07 June 2009

Membaca Al Fatihah Pada Awal Majlis

7questions

Salam

di sini ana ingin bertanya apakah hukum membaca surah al fatihah pada permulaan majlis?

Adakah ia satu sunnah?
mintak ulas selengkapnya,
wAllahua`lam.

************************
Abu_Umair
Panel Feqh

بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

- Amalan membaca Fatihah di permulaan majlis tidak ada sandaran daripada syariat Islam. Sedangkan amalan ibadah mestilah disandarkan kepada dalil daripada Quran dan Sunnah. Amalan ini tidak didapati dalam kedua-duanya.

- Tidak ada riwayat pun, bahawa Nabi SAW dan para sahabat memulakan majlis-majlis mereka dengan amalan ini, sedangkan pada zaman mereka banyak diadakan majlis-majlis dan perhimpunan-perhimpunan. Andainya amalan ini suatu yang baik, sudah tentu mereka orang pertama mengadakannya.

- Kewajipan bagi umat Muhammad SAW ialah mengikut sunnah baginda, dan meninggalkan amalan-amalan yang diada-adakan oleh orang-orang terkemudian. Buat sesuatu kerana Allah, dan meninggalkan sesuatu kerana Allah.

Wallahu A'lam.

************************************************
7questions
Martabat 2

Salam

masih b`kenaan soalan ana yg lepas SJ-13-0436
http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=36262

mcm mana pula sperti yg dikatakan oleh masyarakat kita:
untuk memberkati majlis?

Soalannya adakah kita mendapat keberkatan jika ttp mengamalkan bacaan fatihah ini pd awal majlis?

bagaimana pula dgn khatam majlis dgn bacaan surah al asr?
mintak ulasan lebih lanjut

Wallahua`lam

*****************
Abu_Umair
Panel Feqh

بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

1) Memberkati Majlis.
Segala keberkatan dan kebaikan ialah pada berpegang kepada sunnah Nabi SAW. Kerana Allah Taala memerintahkan supaya amalan agama diambil daripada baginda. Yang diambil kira oleh syariah dalam menilai amalan ialah:

(a) setakat mana ikhlasnya kepada Allah.
(b) setakat mana ketepatannya dengan ajaran Rasulullah SAW.

Maka keberkatan dan kebaikan ialah pada mengikut sunnah baginda. Dalam matan Jauharah Al-Tauhid (syair-syair aqidah mazhab Asyairah) menyebut:

وكل خير في اتباع من سلف
وكل شر في ابتداع من خلف

Setiap kebaikan itu adalah pada mengikut orang-orang salaf
Dan setiap keburukan adalah pada reka cipta amalan orang-orang khalaf

2) Surah Al-Asr sebagai penutup majlis
- Juga tidak ada dalam sunnah bahawa Nabi dan para sahabat membaca Surah Al-Asri pada akhir setiap majlis.
- Yang ada ialah membaca Kaffarah al-Majlis, iaitu:

سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ ، أَشْهَدُ أَنْ لا إِلَهَ إِلا أَنْتَ ، أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوبُ إِلَيْكَ

Doa ini dibaca ketika bangun daripada majlis, dan direkod dalam Sunan Abi Daud (no: 4861). Dinilai sahih oleh Albani.

- Berkenaan dengan Surah Al-Asri, terdapat perbuatan sahabat yang menunjukkan ia dibaca apabila dua orang bertemu, dan apabila berpisah, salah seorang membacakan surah Al-Asri kepada sahabatnya, dan memberi salam kepadanya. Sebagaimana hadis:

كان الرجلان من أصحاب النبي صلى الله عليه وسلم إذا التقيا لم يفترقا حتى يقرأ أحدهما على الآخر : ( والعصر إن الإنسان لفي خسر ) ثم يسلم أحدهما على الآخر

Maksudnya: Apabila dua orang daripada sahabat Nabi SAW bertemu, mereka berdua tidak berpisah sehingga salah seorang membaca kepada kawannya Surah Al-Asri, kemudian memberi salam kepadanya.
Direkod dalam Mukjam Ausat Tabarani (no: 5124). Dinilai sahih oleh Albani.

- Maka wajar kita mengamalkan suatu yang sabit, dan meninggalkan suatu yang tidak sabit. Kerana ibadah mesti didasarkan kepada dalil.

Wallahu A'lam.

3 comments:

Abd Rahim said...

Salam..
ustaz..ana ada 1 soalan berkaitan dengan bacaan surah Al Fatihah di awal majli, iaitu tujuan bagi membaca suarah Al Fatihah itu adalah untuk disedekahkan pahalanya kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan Para sahabat Nabi SAW serta seluruh ksum mslimin dan muslimat khususnya..

Admin said...

Mengenai bacaan fatihah adalah seperti jawapan Ust Abu Umair di atas.
Ulamak berbeza pendapat tentang pahala bacaan alquran disampaikan pada orang yang sudah mati. Fatwa Imam Shfie kata tak sampai pahala sementara fatwa Ibn Taimiyah kata sampai tetapi bersyarat diiringi dengan doa...

WA

Isnan said...

mohon sumber hadits yang lebih rinci untuk riwayat berikut :Wahai sekalian manusia, masing-masing kalian bermunajat (berbisik-bisik) kepada Rabb kalian, maka janganlah sebagian kalian men-jahar-kan bacaannya dengan mengganggu sebagian yang lain.
Al-Baghawi menambahkan dengan sanad yang kuat.
"Artinya : Sehingga mengganggu kaum mu'minin (yang sedang bermunajat)".

Post a Comment