07 March 2009

Adakah Semua Doa Akan Diterima

Ana ada sedikit kemusykilan...

Berkenaan dengan ayat
"ud'uunii astajib lakum..."

Adakah semua doa yg kita pohon itu akan diterima ?

****************
pendekar

وعليكم السلام و رحمة الله وبركاته
{ بسم الله الرحمن الرحيم }
(( رب إشرح لي صدري و يسرلي أمري وأحلل عقدة من لساني يفقهوا قولي ))

Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta'ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama' yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta'ala dan seluruh muslimin. Amin.

Terima Kasih kepada Saudara VHoutenJr yang menaruh kepercayaan kepada kami untuk menjawab soalan yang dikemukakan di atas .

Soalan yang dikemukakan itu sebenarnya bertitik-tolak daripada firman Allah Ta’ala :

وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ إِنَّ الَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِي سَيَدْخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِين

Ertinya : “ Dan Tuhan kamu telah berfirman : Mintalah daripada-Ku , pasti akan Aku perkenankan permintaan kamu itu . Sesungguhnya orang-orang yang berasa sombong daripada beribadat kepada-Ku , mereka itu semua akan dimasukkan ke dalam neraka jahannam di dalam keadaan orang-orang yang hina-dina “ ~ Surah Ghafir : Ayat 60 .

Untuk lebih memahami ayat di atas , kita juga perlulah melihat sama kepada firman Allah Ta’ala di dalam Surah al-Baqarah , ayat : 186 :


وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ فَلْيَسْتَجِيبُواْ لِي وَلْيُؤْمِنُواْ بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ

Ertinya : “ Apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepada engkau mengenai-Ku , katakanlah bahawasanya Aku ini amatlah hampir ( untuk memperkenankan doa dan hampir dari sudut semua ilmu Allah Ta’ala meliputi semua perkara ) . Aku memperkenankan doa seseorang yang berdoa , maka hendaklah mereka itu juga memohon Aku memperkenankan doa mereka dan hendaklah mereka itu beriman juga kepada-Ku . Mudah-mudahan mereka itu terpimpin “ .

Kami tidak bercadang untuk menafsirkan kedua-dua ayat di atas . Walaupun dilihat kedua-dua ayat ini ringkas sahaja , akan tetapi kami yakin ianya boleh ditafsirkan dan dihuraikan dengan panjang lebar sehingga 7 hari 7 malam .

[color=blue] Kenapa pula tidak begitu ? , walhal doa ini merupakan satu acara harian yang dilakukan oleh seseorang muslim , hatta seseorang muslim yang jahat sekalipun ( contohnya yang tidak bersembahyang ) tetap berdoa agar semua cita-citanya dikabul oleh Allah Ta’ala .

Orang Islam yang kerjanya “ sekodeng “ ( mengintai ) anak dara orang mandi pun , tetap percaya bahawa dia mesti berdoa /memohon kepada Allah Ta’ala agar jangan ada sesiapa pun yang tahu perbuatan buruknya itu .

Pendek kata , setiap orang Islam akan berdoa kepada Allah Ta’ala walaupun orang itu sendiri sentiasa mengabaikan arahan dan suruhan Allah Ta’ala . [/color]

Yang tidak mahu berdoa kepada Allah Ta’ala ialah orang yang SOMBONG . Cubalah lihat kembali ayat di atas ! .

Oleh kerana DOA ini sendiri merupakan satu topik yang terlalu luas dan besar untuk dibincangkan daripada segenap sudut , maka kami hanya menumpukan jawapan berdasarkan apa yang ditanya oleh Saudara VhoutenJr secara langsung .

Quote:
Adakah semua doa yg kita pohon itu akan diterima ?

Jawapannya : YA ! SEMUA DOA KITA AKAN DITERIMA APABILA MEMENUHI ADAB-ADAB BERDOA. Dalilnya adalah berdasarkan kedua-dua ayat di atas dan juga hadis-hadis yang begitu banyak membicarakan hal doa ini .

Apakah pula “ Adab-Adab Berdoa “ itu ? :

Permasalahan Di Dalam Berdoa
Al Islam Idonesia

Sabda Baginda Rasulullah s.a.w :


عَنْ أَبِي سَعِيدٍ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَدْعُو بِدَعْوَةٍ لَيْسَ فِيهَا إِثْمٌ وَلَا قَطِيعَةُ رَحِمٍ إِلَّا أَعْطَاهُ اللَّهُ بِهَا إِحْدَى ثَلَاثٍ إِمَّا أَنْ تُعَجَّلَ لَهُ دَعْوَتُهُ وَإِمَّا أَنْ يَدَّخِرَهَا لَهُ فِي الْآخِرَةِ وَإِمَّا أَنْ يَصْرِفَ عَنْهُ مِنَ السُّوءِ

Ertinya : “ Tidak ada seorang muslim pun yang berdo`a dengan sesuatu do`a yang tidak ada di dalamnya dosa atau memutuskan kekeluargaan, melainkan Allah akan beri salah satu dari 3 perkara; sama ada disegerakan untuknya (dimakbulkan di dunia), ataupun disimpan untuknya pada hari akhirat (diberi balasan baik pada akhirat), ataupun diselamat dia dari keburukan yang seumpamanya “ ~ Kata al-Imam al-Syaukani dalam Tuhfah az-Zakirin : Hadith ini riwayatkan oleh al-Imam Ahmad, al-Bazzar, Abu Ya'la, kata al-Munziri: Sanadnya sahih (m.s. 65, cetakan. Lubnan)

Inilah dia dalil bahawa kesemua doa itu akan dikabulkan apabila memenuhi adab-adabnya .

Satu lagi perkara yang perlu diperhatikan iaitu di antara perkara yang menyebabkan sesebuah doa itu diterima oleh Allah Ta’ala ( makbul ) ialah sebagai mana dinyatakan sendiri oleh Baginda Rasulullah s.a.w :


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّ اللَّهَ طَيِّبٌ لَا يَقْبَلُ إِلَّا طَيِّبًا وَإِنَّ اللَّهَ أَمَرَ الْمُؤْمِنِينَ بِمَا أَمَرَ بِهِ الْمُرْسَلِينَ فَقَالَ ( يَا أَيُّهَا الرُّسُلُ كُلُوا مِنَ الطَّيِّبَاتِ وَاعْمَلُوا صَالِحًا إِنِّي بِمَا تَعْمَلُونَ عَلِيمٌ ) وَقَالَ ( يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُلُوا مِنْ طَيِّبَاتِ مَا رَزَقْنَاكُمْ ) ثُمَّ ذَكَرَ الرَّجُلَ يُطِيلُ السَّفَرَ أَشْعَثَ أَغْبَرَ يَمُدُّ يَدَيْهِ إِلَى السَّمَاءِ يَا رَبِّ يَا رَبِّ وَمَطْعَمُهُ حَرَامٌ وَمَشْرَبُهُ حَرَامٌ وَمَلْبَسُهُ حَرَامٌ وَغُذِيَ بِالْحَرَامِ فَأَنَّى يُسْتَجَابُ لِذَلِكَ

Ertinya : Daripada Saidina Abu Hurairah r.a , Baginda Rasulullah s.a.w pernah bersabda : “ Wahai manusia ! , sesungguhnya Allah itu Maha Baik dan Dia tidak akan menerima melainkan yang baik-baik sahaja , dan sesungguhnya Allah telah memerintahkan orang-orang beriman sebagai mana perintah yang pernah ditujukan kepada Para Rasul , iaitu : (( Wahai Rasul-Rasul ! , makankah kamu daripada yang baik-baik dan beramal kebajikanlah . Sesungguhnya Aku Amat Mengetahui akan apa yang kamu lakukan )) . Dan Firman Allah lagi : (( Wahai orang-orang yang beriman ! , makanlah daripada makanan-makanan yang baik yang telah kami rezekikan kepada kamu)).

Kemudian Baginda Rasulullah s.a.w telah menceritakan kisah seseorang lelaki yang jauh berjalan , kusut-masai rambutnya , berdebu pula pakaiannya , lalu dia pun mengangkat kedua-dua tangannya ke arah langit lalu berdoa : “ Ya Tuhanku , Ya Tuhanku ! “ , walhal lelaki itu memakan makanan yang haram , meminum minuman yang haram dan memakai pula pakaian yang haram , dan dia juga disuap makanan daripada sumber yang haram , BAGAIMANAKAH BOLEH DITERIMA DOA daripada orang itu ??? “ ~ Hadis sahih diriwayatkan oleh al-Imam Muslim di dalam sahihnya ( Kitab az-Zakah , Bab : at-Targhib Fil Infaq Wat Tahdzir Minal Imsak , Nombor : 2039 ) .

Sebelum kami mengakhiri jawapan kami ini , marilah kita bersama-sama melihat kepada pesanan seorang tokoh besar umat Islam yang dianggap sebagai salah-seorang wali Allah Ta’ala di satu masa dahulu . al-Imam Ibrahim Bin Adham r.a telah menyatakan sebab-sebab “ matinya hati “ sebagai sebab doa seseorang itu tidak diterima Allah Ta’ala , dan ciri-ciri “ hati yang mati “ itu ialah :

· Kamu semua telah mengenal ALLAH tetapi kamu tidak pernah menunaikan hak-haknya.

· Kamu semua membaca Al-Quran tetapi tidak pernah mengambil iktibar dan pengajaran daripada isi kandungnya. Kamu semua mengaku mencintai Rasulullah s.a.w. tetapi sebaliknya kamu telah meninggalkan sunnahnya.

· Kamu semua terlalu mengharapkan syurga tetapi tidak pernah melakukan amalan-amalan yang mendekatkan kamu ke syurga.

· Kamu semua mengaku bahawa syaitan itu adalah musuh ketat kamu tetapi masih ada diantara kamu yang mengikuti jejak langkahnya.

· Kamu semua menyangka bahawa kamu akan terselamat dari neraka jahannam tetapi diantara kamu masih ada yang melakukan amalan-amalan ahli neraka.

· Kamu semua juga mengaku bahawa kematian itu adalah perkara benar tetapi sedikit pun kamu tidak bersedia untuk menghadapinya.

· Kamu sentiasa saja mencari keburukan dan kecelaan saudara-saudara kamu tetapi sebaliknya kamu tidak pernah cuba mencari kecelaan diri sendiri.

· Kamu semua telah merasai dengan begitu banyak sekali nikmat pemberian dari ALLAH S.W.T. tetapi tidak pernah sekalipun kamu mahu bersyukur kepadanya.

· Kamu semua telah mengusungkan jenazah ke perkuburan lalu mengkebumikannya tetapi kamu tidak pernah mahu mengambil iktibar dari peristiwa itu.

Janganlah kita lupa juga pesanan seorang ‘abid yang soleh , yang dekat dengan Allah Ta’ala :

“ Hendaklah kita sentiasa meminta dan berdoa kepada Allah Ta’ala kerana Allah Ta’ala itu sekali-kali tidak sama dengan sebarang makhluk-Nya . Jika kita selalu meminta pada seseorang manusia , akhirnya dia akan berasa bosan dengan kita . Akan tetapi , jika kita selalu berdoa dan meminta daripada Allah Ta’ala , maka semakin dekatlah pula hubungan kita dengan-Nya ! “ .

Janganlah lupa juga untuk mendapatkan kaset-kaset pengajian KULIAH SUBUH yang disampaikan oleh Almarhum Prof. Buya HAMKA rh, khasnya yang bertajuk : “ DARI GELAP MENUJU TERANG “ di pasaraya-pasaraya berdekatan . Terbitan : KUCING ( Yik Seng Record Co – Seremban , N.S ) [/color] .

Sekian . Semoga ada manfaatnya bersama .
Wallahu A'alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad

RUJUKAN & SARANAN PEMBACAAN

1 ~ TAFSIR al-IMAM al-QURTUBI RH Terbitan : ESC Software , Egypt

2 – FATHUL MUN’IM SYARH SAHIH al-IMAM MUSLIM RH Oleh : al-Imam an-Nawawi rh & al-‘Allamah Prof. Dr. Musa Syahin Lasyin ha Jilid : 4 , Halaman : 321 - seterusnya
Terbitan : Darul Shurook , Kaherah

3 – ARTIKEL : PERBUATAN HARAM PUNCA DOA TIDAK MAKBUL
Berita Harian : 5 Ogos 2000
http://www.emedia.com.my/z/Current_News/BH/Sunday/Editorial/20000805131415/sun_artrevamp

4 – ARTIKEL : SANTAPAN ROHANI http://www.perpustam.edu.my/bparkib/bp399/santapan_rohani.htm


و صلّى الله على سيّدنا محمّد و على آاله و صحبه و سلّم والحمد لله رّب العالمين




و إلى اللقاء إن شاء الله تعالى
والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته

0 comments:

Post a Comment