10 March 2009

Gigi Emas Jenazah

Salam
Minta pandangan Ustaz2 sekalian..
Adakah diharuskan mencabut gigi emas pada mayat?

JZK

**************
kamin
Panel Feqh

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan msyunus dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

Emas adalah harta yang perlu diwarisi oleh si-pwaris apabila pemiliknya mati. Begitulah keharusan hukum menanggalkan gigi emas pada si-mati dan adalah menjadi satu kerugian/pembaziran jika dibiarkan sahaja ditanam bersama mayat. Ia dilakukan dengan syarat tidak merosakkan keadaan mayat. Berikut kami paparkan beberapa fatwa ulama' berkenaan dengan menanggalkan gigi emas daripada mayat.

a. Menurut al-Fadhil Dr Ismail Al-Daftaar :-

بجواز نزع السن الذهبي من الميت قبل دفنه بشرط عدم إيذاء الميت أو إلحاق أي نوع من أنواع الضرر به، والله أعلم
"Dibenarkan menanggalkan emas pada gigi pada mayat sebelum ia dikebumikan dengan syarat tidak merosakkan atau menyebabkan apa2 sahaja bentuk kemusnahan kepada mayat, WaAllahu 'Alam" [Fatwa IslamOnline. حكم تركيب السن الذهب URL : http://www.islamonline.net/fatwa/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=7657 ]

b. Bekas Mufti Besar Arab Saudi, Syeikh Ibn Utsaimin rh. berkata :-


وإذا ماتت المرأة في هذه الحال أو مات الرجل وعليه سن ذهب قد لبسه للضرورة فإنه يخلع إلا إذا خُشي المثلة ، يعني خشي أن تتمزق اللثة فإنه يبقى ؛ وذلك أن الذهب يعتبر من المال ، والمال يرثه الورثة من بعد الميت فإبقاؤه على الميت ودفنه إضاعة للمال
"Apabila mati seorang wanita didalam keadaan ini, atau mati seorang lelaki yang memakai gigi palsu disebabkan keperluan (al-Darurah) maka sesungguhnya hendaklah ditanggalkan, kecuali jika ditakuti akan merosakkan mayat, iaitu takut akan gusinya pecah, maka hendaklah ditinggalkan! Itu adalah sebab emas dianggap sebagai harta (al-Maal), dan harta hendaklah diwarisi oleh pewaris selepas dia mati, membiarkannya (gigi emas) bersama mayat dan menanamnya merupakan satu pembaziran harta" [Majmu' al-Fataawa Ibn Utsaimin, 18/108].

c. Didalam fatwa yang lain beliau mengatakan bahawa, jika pewaris seorang dewasa, dan membenarkan gigi emas tersebut ditanam bersama mayat, maka hendaklah dibiarkan sahaja bersama mayat. [al-Bab al-Maftuh, ms. 155]

Wallahu A'lam, wassalam

0 comments:

Post a Comment