08 March 2009

Tanda-tanda Hampir Mati

SIAKAB
Salam

Adakah artikel dibawah soheh dan boleh dipercayai??

Tanda 100 hari sebelum hari mati.
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda
ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 hari sebelum hari mati
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 hari
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba- tiba ianya berselera untuk makan.

Tanda 3 hari
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 hari
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda akhir
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula

***************
JAWAPAN
kamin
Panel Feqh

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab persoalan sdr 'Abdullah dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

Kematian ini merupakan salah satu dari perkara yang dirahsiakan oleh Allah swt kepada hambanya, dan alamat atau tanda kematian seperti yang tertera dan tersebar dilaman-laman web memang tidak terdapat hadith-hadith yang sahih yang menyokong pendapatnya. Pattern atau corak penomboran seperti 100, 40,7,3 dan 1 ini merupakan perkara yang sinonim didalam upacara-upacara kematian, seperti kenduri arwah didalam alam Nusantara ini. Kemua ini tidak ada nas akan kebenarannya. Ternyata sekali bahawa saat kematian itu adalah rahsia Allah swt kepada hambanya.


Hadith al-Bukhaari (no:4627) dibawah ini menceritakan bahawa "kematian seseorang itu" adalah Rahsia Allah swt :

عن عبد الله بن عمر رضي الله عنهما أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال : ( مفاتح الغيب خمس : ( إِنَّ اللَّهَ عِندَهُ عِلْمُ السَّاعَةِ وَيُنَزّلُ الْغَيْثَ وَيَعْلَمُ مَا فِى الأرْحَامِ وَمَا تَدْرِى نَفْسٌ مَّاذَا تَكْسِبُ غَداً وَمَا تَدْرِى نَفْسٌ بِأَىّ أَرْضٍ تَمُوتُ إِنَّ اللَّهَ عَلَيمٌ خَبِيرٌ )

Dari Abdullah ibn Umar r.a. bahawa Rasulullah saw bersabda :"Kunci lima yang ghaib/rahsia adalah : Sesungguhnya Allah mempunyai pengetahun mengenai waktu Kiamat, dia yang menghantarkan hujan, dia mengetahui apa yang didalam rahim [wanita], tiada siapa tahu apakan nasibnya esok, dan tiada siapa tahu dibumi mana ia akan mati" -

Tarikh kematian seseorang itu dirahsiakan oleh Allah swt adalah sebagaimana Allah merahsiakan HARI atau WAKTU (al-saa'ah) berlakunya kiamat. Sheikh Al-Alusi (Tafsirr al-Manaar) didalam komentarnya terhadap waktu Kiamat dan juga kematian, katanya :

وإنما أخفي سبحانه أمر الساعة لاقتضاء الحكمة التشريعية ذلك ؛ فإنه أدعى إلى الطاعة ، وأزجر عن المعصية ، كما أن إخفاء الأجل الخاص للإنسان كذلك . . . وتدل الآيات على أنه صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لم يعلم وقت قيامها ، نعم علم صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قربها على الإجمال ، وأخبر صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ به

"Allah telah merahsiakan Al-Saa'ah (hari Kiamat) kerana hikmah shar'i dan sebab kenapa ia begitu, kerana ia lebih berkesan didalam menyeru orang mentaatinya dan menjauhkan mereka dari melakukan maksiat, sebagaimana dia merahsiakam ajal seseorang itu... dan petikan kenyataan ini menunjukkan bahawa Nabi saw tidak mengetahui bila Al-Saa'ah bermula. BENAR, baginda mengetahui ia agak dekat didalam ertikata yang umum, dan baginda saw memberitahu kita yang itu"

Dari Imam Muslim (hadith no:2947), Nabi saw bersabda :

أ بَادِرُوا بِالأَعْمَالِ سِتًّا : طُلُوعَ الشَّمْسِ مِنْ مَغْرِبِهَا ، أَوْ الدُّخَانَ ، أَوْ الدَّجَّالَ ، أَوْ الدَّابَّةَ ، أَوْ خَاصَّةَ أَحَدِكُمْ ، أَوْ أَمْرَ الْعَامَّةِ .


"Bersegera melakukan amal sebelum enam perkara : Matahari naik sebelah barat, atau keluar asap, atau keluar Dajjaal, atau keluar Binatang (Ad-Daabbah), atau perkara yang khas untuk seseorang atau perintah yang melibatkan semua"

Ulama mentafsirkan "perkara yang khas untuk seseorang" sebagai kematian seseorang. Hadith ini menunjukkan seseorang itu harus memastikan dirinya bersegera melakukan perkara kebaikkan sebelum berlakunya akhir zaman atau pun akhir zaman pada dirinya, iaitu MAUT.

--------------------
Terdapat beberapa hikmah yang tersirat mengenai dirahsiakan tarikh dan saat kematian, diantaranya yang boleh kami sebut ialah :-

1. Umat Islam diseru sentiasa melakukan taubat kepada Allah swt dari segala dosa yang mereka lakukan, baik kecil ataupun besar.
2. Adalah menjadi satu sunnah Nabi saw menyeru Umatnya agar sentiasa mengingati mati.
3. Umat Islam perlu ingat bahawa mati itu akan datang bila-bila masa sahaja, dan mereka sentiasa bersedia menghadapinya. Mereka sentiasa mempertingkatkan amalan masing-masing.
4. Ingat akan mati boleh memecahkan benteng nafsu yang rakus dan juga sikap ego seseorang.
5. Hati yang sentiasa mengingati mati akan sentiasa takut kepada Allah swt, dan akan menimbulkan kekhusyukkan didalam amal ibadatnya, lantas meningkatkan quailiti ibadat seseorang.
6. Dengan dirahsiakan tarikh kematian, manusia akan sentiasa melakukan amalan soleh dan mengingati Allah swt selalu.
7. Umat Islam disunnatkan menziarahi orang yang mati, lantaran ia menimbulkan keinsafan didalam hati manusia, terutamanya bila Imam menghadapi zaman menurunnya.

Kita boleh bayangkan kalau setiap orang diberi alamat dan tanda kematian, sudah pasti mereka akan hanya melakukan taubat dan amal soleh bila sudah kelihatan alamat-alamat kematian sahaja. Berlakulah keadaan yang kucar kacir kerana orang-orang yang melakukan maksiat boleh meneruskan kefasadan mereka kerana mereka mengandaikan suatu masa nanti mereka akan bertaubat apabila timbul alamat-alamat kematian tersebut. Disana ada perkara-perkara lain yang boleh diketahui berkenaan dengan kematian yang terdapat didalam hadith-hadith sahih, contohnya tanda-tanda kematian yang baik! Wallahu 'alam.

-wassalam-

Rujukan :-

1. Al-Harf. Tafsir Al-Manaar.

2. Al-Harf. Shahih Bukhari dan Muslim.

9 comments:

anuar said...

Assalamualaikum,
Adakah semua doa yang dibaca adalah petikan daripada ayat-ayat dalam Al Quran ?

aizuddin said...

W'salam..

Alhamdulillah, jika maksud soalannya tentang doa-doa yang terdapat dalam blog ini jawapan ya, semua doa-doa dan zikir2 adalah dipetik dan sabit dari Al-Quran dan hadis-hadis sahih.

Siti said...

Salam,saya ingin bertanyakan tentang persoalan di atas,terdapat juga ustaz2 yang mengatakan bahawa tanda ini adalah benar?jadi persoalan saya,adakah sumber sahih yang dapat menghuraikan kesemua persoalan ini?

Admin said...

sudah dinyatakan di atas kesemua tanda-tanda 100 hari itu adalah palsu dan rekaan orang semata-mata, tidak ada keterangan dari sumber syariat....

Siti said...

Terima kasih...Saya juga telah mendapatkan nasihat dari empat orang ustaz dan semua menyatakan hal yang sama...Nasihat oleh Ustaz Mohd Zawawi menyatakan bahawa berpandukanlah kepada Al-Quran dan apa yang telah disyariatkan oleh Nabi Muhammad dan hanya mempercayai kepada sumber yang sahih sahaja...Terima kasih...Salam

Lisa said...

As Salam, dsni saya ingin btanya.. Ketika saya mbaca tanda tanda kmatian yg terdapat d Internet.. Tiba Tiba saya takut Dan byk berfikir tentang tanda- tanda itu, lalu dalam keadaan bfikir tiba-tiba saya terlihat satu lembaga hanya muka, mata & hidung Nya sahaja yg saya nampak didepan cermin tingkap rumah hanya dalam sekali pandang.. Skarang saya dalam keadaan takut atas apa yg saya nampak.. Berulang Kali saya mbaca internet atas apa yg saya nampak Dan internet mnunjukn iatah tanda-tanda mati.. Soalan saya apakah saya nampak? Terima kasih

Admin said...

itu mungkin bayangan yang muncul akibat dari perasaan takut sendiri. Syaitan mengambil kesempatan untuk menambah rasa takut itu.

Mengingati mati adalah sunnah supaya kita berusaha lebih untuk ibadah namun yakinlah bahawa waktu bila kematian datang menjemput adalah rahsia yang hanya diketahui oleh Allah. WA

Ji said...

Salam. Harap dpt membalas kekeliruan sy ini. Sy seorang pelajar ipg yg baru sahaja nk mengenali dunia, sebelum ini, sy bukan lah seorang yg alim dan selalu lalai. seperti remaja lain, rasanya sy mmg byk berdosa. baru2 ini, sy bagaikn mndapat petunjuk utk mnjadi seorg islam yg lbh baik. wpon perlahan, tp sy cuba sebolehnya walaupun byk kekangan. 2 hari sebelum ini, sy dlm pjalanan dr tempat belajar ke kg utk menyambut 1ramadhan. di dlm kreta, sy berbalas msg dgn rakan yg ada salah faham dgn sy sebelum pulang. sy seorg yg tlampau suka berfikir. fikir terlalu mendalam. sampai di suatu tahap dlm pjalanan tersebut, sy tertanya mengapa sy terlampau sensitif dgn rakan2 dan mengapa sy diuji dgn kehadiran orang yg selalu mmbuat sy salah faham. tiba2 shj, entah mcmna terdetik, hati sy mengatakn sy akan mati dlm 100 hr lg. YA ALLAH, sampai hr ini tdr sy tak tenang dsebabkn ini, hati sy kuat mengatakn sy akan meninggal. jd bermula di sini lah sy sudah tidak tahan lg dan cuba melayari semua website berkenaan kematian. sy tidak merasai getaran seperti yg disebut di dalam beberapa laman web, cuma badan sy automatik akn menjadi seram sejuk setiap kali terfikir yg sy akan mninggal dlm 100 hari lg. sy tdk tahu smaada ini alamat dr ALLAH atau pun hanya gangguan fikiran dan syaitan,dah la sudah mula bulan puasa, syaitan apa yg mengganggu sy? sy amat takut. mmg dk blh tdr lgsg. sy beribadat dgn lebih, tp sy tidak bersedia lg. amalan sy terlampau sedikit, dosa sy bertimbun2. sy anak sulung, adik2 sy masih kecil. sy mahu berbakti kpd ibu bapa sy dahulu. siapalah yg akan mendoakan mereka krna adik beradik km sedikit. sy btl2 mahu kan masa lbh dpd 100 hari. sy tahu kuasa doa kuat, sy sentiasa berdoa di pjg kn umur dn dpt beribadah lg. MashaALLAH,ketakutan sy sgt dahsyat shingga sy tdk mampu berfikir dgn waras. yg baiknya tentang ini, sy mnjadi lbh pendiam dankurang hiburan (drastik dlm masa 2 hari). sy sudah tidak sabar utk pulang ke kampus dn bertemu ustaz. buat masa ini, ini shj lah ikhtiar yg mampu sy lakukan. sy tdk memberitahu ibu bapa sy lg. sy tak mahu sesiapa risau dan sy perlukan bimbingan yg teramat skrg. mashaAllah, tolonglah. trm kasih. Assalamualaikum. Tolong lah balas dan kalau blh di email sy najihah_najmuddin@yaoo.com

Fatin said...

Assalamualaikum ustaz...saya mempunyai satu masalah yang saya xtau apa puncanya...perkara ini sejak Sebulan lalu...saya Ada tetibe tgk drama mengenai tanda2 kematian..pas tue saya baca tanda2 nie kat internet..saya mula gelisah,risau,takut,hati xtenang Kerana merasakan tanda2 ini Ada pada saya..saya selalu menangis.saya kenangkan dosa2 saya yang terlalu banyak yang meyakinkan saya bahawa saya terlalu Jauh akidah..saya selalu risau jika tanda2 nieyh Ada pada saya Dan merasakan saya akan mati.saya takut Kerana saya Blum bersedia Sebab dosa2 saya.saya menangis terkenangkan Ibubapa saya, adik2 saya..saya Blum berbakti pada Ibubapa saya,dosa2 saya seperti xpkai tudung,Melawan cakap Ibubapa, membuat maksiat..saya takut coz saya bnyk tinggal segala suruhanNya..saya takut cgt,saya xsedar betapa kerdilye saya..saya mulai insaf dengan menutup aurat,bersolat,membaca Al Quran,Dan lain2...saya berdoa setiap masa agar dipanjangkan umur Dan diberikan peluang untuk saya memperbanyakkan amalan2.saya juga mendoakan agar saya dapat berbakti pada Ibubapa saya,dipanjangkan umur keluarga saya,Dan sebagai ya..saya Ada pergi berubat ngan ustaz,dia mengatakan saya Ada 'sesuatu'..Jadi saya berihktiar berubat,Namun masih tak hilangkan ketakutan saya pada kematian,tanda2..saya dapat rasakan saya Ada tanda2 tue seperti dahi berdenyut,tapi saya xpasti...saya sangat takut..takut pada hari pembalasan terhadap dosa2 saya..saya menangis Dan banyak berkongsi pe yang rasa dengan kawan2 saya..mereka menyuruh agar tidak terlalu memikirkan agar saya tidak tertekan..takut boleh Jadi khurafat..ustaz,saya xtau pe yang saya fikirkan,tapi saya Cuma inginkan pendapat ustaz tentang Hal ini..terima kasih

Post a Comment