08 March 2009

Bacaan Pada Setiap Langkah Mengusung Jenazah

insankecil

Assalamualaikum warahmatullah

saya ingin bertanyakan berkenaan hukum bacaan tertentu pada beberapa langkah awal ketika menghantar jenazah. Adakah ianya dilakukan ketika zaman rasulullah saw?

mohon kupasan drpd mereka yg punya ilmu untuk menjawab. Terima kasih

*************
kamin
Panel Feqh

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami cuba menjawab soalan sdr insankecil dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

Tidak ada bacaan2 tertentu pada langkah2 awal ketika mengiringi mayat. Ini tidak dilakukan oleh Nabi saw. Malahan ketika mengiringi mayat, para sahabat tidak menguatkan suara mereka. Syeikh Nasyiruddin al-Albani menulis :-

ويلحق بذلك رفع الصوت بالذكر أمام الجنازة ،لانه بدعة ، ولقول قيس ابن عباد : " كان أصحاب النبي صلى الله عليه وسلم يكرهون رفع الصوت عند الجنائز " . أخرجه البيهقي ( 4 / 74 ) بسند رجاله ثقات .
ولان فيه تشبها بالنصارى فإنهم يرفعون أصواتهم بشئ من أنا جيلهم وأذكارهم مع التمطيط والتلحين والتحزين[1].
وأقبح من ذلك تشييعها بالعزف على الالات الموسيقية أما مها عزفا حزينا كما يفعل في بعض البلاد الاسلامية تقليدا للكفار . والله المستعان .
"Termasuklah perkara yang dilarang iaitu menguatkan suara dengan zikir ketika dihadapan jenazah, kerana sesungguhnya ia adalah bid'ah, dan telah berkata Qais Ibn Abbad : ((Para sahabat Nabi saw membenci menguatkan / mengeraskan suara disisi jenazah)). Hadith dikeluarkan oleh al-Baihaqi (4/74), dengan sanad Rijal yang thiqah. Kerana sesungguhnya ini adalah meniru2 Nasrani, pada masa membaca bible mereka menyanyikan dengan suara yang sedih melambangkan kesedihan mereka [Lihat al-Azkar ms 203]. Dan yang sangat buruk apabila meniru kebiasaan mereka dengan mainan alat2 musik yang irama yang melambangkan kesedihan, sebagaimana yang dilakukan oleh beberapa negara Islam kerana meniru orang kafir. Demi Allah memohon segala perlindungan" [Ahkam al-Janaaiz, ms 92].

Al-Imam al-Nawawi (sebagaimana yang dipetik didalam notakaki Sy. al-Albani) menyokong akan kebenaran ini didalam Kitab Al-Azkar, katanya :

واعلم أن الصوابَ المختارَ ما كان عليه السلفُ رضي اللّه عنهم السكوتُ ‏ في حال السير مع الجنازة فلا يُرفع صوتٌ بقراءة ولا ذكر ولا غير ذلك، والحكمة فيه ظاهرة وهي أنه أسكنُ لخاطره وأجمعُ لفكره فيما يتعلق بالجنازة وهو المطلوبُ في هذا الحال، فهذا هو الحقّ، ولا تغترّنّ بكثرة من يُخالفه، فقد قال أبو عليّ الفُضيل بن عِياض رضي اللّه عنه ما معناه‏:‏ الزمْ طرقَ الهدَى، ولا يضرُّكَ قلّةُ السالكين، وإياك وطرقَ الضلالة، ولا تغترَّ بكثرة الهالكين‏.‏
"Ketahuilah bahawa yang benar dan menjadi pilihan adalah apa yang dilakukan oleh para salaf ra iaitu mereka diam (tenang) didalam mengiringi jenazah, dan tidak meninggikan suara dengan membaca, berzikir dsb, dan hikmahnya jelas kelihatan, iaitu agar kita merenung dan menghayati makna kematian, dan itulah yang dituntut didalam hal ini, dan ini adalah yang benar, dan janganlah terpengaruh dengan kebanyakkan orang yang menyalahinya. Telah berkata Abu Ali Al-Fadhil bin 'Iyad ra iaitu : Tetapkalah dengan jalan hidayah, jaganlah merasa sedih kerana sedikit orang mengikutinya, dan berhati2 dengan jalan kesesatan, dan janganlah terpengaruh dengan kebanyakkan orang yang tergelincir" -[al-Azkar, ms 145, bab : بابُ ما يقولُه الماشي مع الجَنَازة ]

Bekas Mufti Arab Saudi, Syeikh Abdul Aziz bin Baaz pernah ditanya mengenai hukum menguatkan suara sambil membaca Laa ilaaha ill-Allaah atau Allahu Akbar semasa mengiringi mayat, beliau menjawab :

هذا منكر لا أصل له في الشرع المطهر ، وإنما المشروع عند اتباع الجنائز تذكر الآخرة والموت والدعاء للميت بالمغفرة والرحمة من دون رفع الأصوات ، وقد قال قيس بن عباد التابعي الجليل رحمه الله : كان أصحاب رسول الله صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يكرهون الصوت عند ثلاث : عند الجنازة وعند الذكر ، وعند القتال
"Ini merupakan suatu perkara yang mungkar yang tidak ada asalnya didalam syara' yang suci. Adalah disyara'kan ketika mengiringi jenazah agar mengingati Hari Akhirat dan mengingati mati, dan berdo'a agar Allah mengampun dan merahmatkan mayat, tanpa menaikkan suara. Qais ibn Abbad, Taabi'i' besar berkata ((Para sahabat membenci suara2 didalam 3 keadaan : ketika kematian, ketika berzikir dan ketika berperang))" -[Majallat al-Buhooth al-Islamiyyah, 68/36].

Begitulah pandangan ulama2 berkenaan masalah meninggikan suara ketika mengiringi jenazah, baik dengan berzikir sekalipun tidak disukai, inikan pula disertai dengan perkataan2 yang tidak disyara'kan.

wassalam
========
Rujukan :

1. Syeikh Muhammad Nasyiruddin al-Abani. Ahkam al-Janaaiz wa bida'uhaa. cet. baru. Riyad : Maktabah al-Ma'aarif, 1992.

2. Al-Hafiz Imam al-Nawawi. l-Azkar. Beirut : Daar al-Ma'rifah, [tt]. ms 145.

0 comments:

Post a Comment