12 March 2009

Bagaimana Merawat Sihir Mengikut Sunnah

flickerz

Assalamualaikum,

harap panel ahkam tolong bagi penerangan secara detail camne nak berubat orang yang di sihir atau dirasuk syaitan/jin yang mengikut manhaj salaf soleh?

Adakah perubatan keatas sihir ini perkara ijtihadi iaitu seperti perubatan konvensional atau ia memerlukan kepada dalil dan hujah agama.?

jazakallah kahiran kathira

************
kamin
Panel Feqh

wa'alaikumussalam

Kami akan cuba menjawab soalan flickerz dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

Adakah perubatan keatas sihir ini perkara ijtihadi iaitu seperti perubatan konvensional atau ia memerlukan kepada dalil dan hujah agama.?

Setiap penyakit, ada ubatnya, dari Jabir ra., bahawa Nabi saw bersabda :-

لكل داء دواء فإذا أصيب دواء الداء برئ بإذن الله عز وجل
"Bagi setiap penyakit ada ubatnya, dan jika ubat dikenakan pada penyakit, ia akan baik dengan izin Allah azza wajalla" [Hadith Riwayat Muslim]

ما أنزل الله داءً إلا أنزل له شفاء علمه من علمه وجهله من جهله
"Allah tidak akan menghantar penyakit melainkan diturunkan penyembuh, mereka yang tahu, maka dia tahu, mereka yang jahil (tidak tahu), maka tidak tahulah ia" [Riwayat Imam Ahmad #3397]

Memang terdapat didalam hadith-hadith sahih yang meriwayatkan bagaimana para sahabat yang membaca al-Fatihah dapat menyembuhkan ketua kumpulan yang telah digigit ular. Kaedah ini pun tidak pernah di ajar oleh Nabi saw secara terperinci,akan tetapi baginda meletakkan syarat :

لا بأس بالرقي ما لم تكن شركاً
"Tidak mengapa menjampi (ruqyah) selama mana tidak melakukan syirik"

Selain dari itu, didalam Tafsir Munir, baginda telah diajar oleh Jibril mengenai al-Mi’wadhatayn; surah al-Falaq dan surah Al-Nas, agar dapat menghindari diri dari terkena sihir. Terdapat juga banyak ruqyah (jampi) yang diajar oleh Nabi saw kepada para sahabat bagi merawat sakit-sakit tertentu.

Secara umumnya yang dapat kita simpulkan, terdapat beberapa syarat didalam menjampi:-

1. Tidak melibatkan syirik (hanya memohon kepada Allah)
2. Menggunakan ayat al-Quran dan hadith-hadith Nabi saw
3. Berdo' a didalam bahasa Arab atau penggunaan bahasa yang di fahami
4. Menyakini bahawa hanya Allah sahaja yang menyembuhkan penyakit atau sihir tersebut.

harap panel ahkam tolong bagi penerangan secara detail camne nak berubat orang yang di sihir atau dirasuk syaitan/jin yang mengikut manhaj salaf soleh?

Berikut adalah contoh rawatan sihir yang kami petik dari Fatawa Syiekh Abdul Aziz bin Baaz rh, bekas Mufti besar Arab Saudi.

a. Ambil 7 helai daun bidara (sidr), dan ditumbuk menggunakan 2 ketul batu.
b. Dimasukkan daun tersebut didalam bijana air.
c. Bacakan ayat-ayat dibawah ini keatas air dan dituipkan keaatasnya.
d. Jika pesakit berada dihadapan anda, hembuskan kepadanya juga.
e. Air tadi dibuat mandi, dan selebih dibuat minum.

Berikut adalah bacaan2nya :-

kamin wrote:Petikan SJ-01-0074 : masalah pukau..

1. Surah al-Baqarah : 255 / Ayat Kursi

: {اللّهُ لاَ إِلَـهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ لاَ تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلاَ نَوْمٌ لَّهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الأَرْضِ مَن ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلاَّ بِإِذْنِهِ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ وَلاَ يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِّنْ عِلْمِهِ إِلاَّ بِمَا شَاء وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضَ وَلاَ يَؤُودُهُ حِفْظُهُمَا وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ} [البقرة 255].

2. Surah al-'Araf : 117 hingga 122

{وَأَوْحَيْنَا إِلَى مُوسَى أَنْ أَلْقِ عَصَاكَ فَإِذَا هِيَ تَلْقَفُ مَا يَأْفِكُونَ، فَوَقَعَ الْحَقُّ وَبَطَلَ مَا كَانُواْ يَعْمَلُونَ، فَغُلِبُواْ هُنَالِكَ وَانقَلَبُواْ صَاغِرِينَ، وَأُلْقِيَ السَّحَرَةُ سَاجِدِينَ، قَالُواْ آمَنَّا بِرِبِّ الْعَالَمِينَ، رَبِّ مُوسَى وَهَارُونَ} [الأعراف 117-122].

3. Surah Yunus : 79 hingga 82

{وَقَالَ فِرْعَوْنُ ائْتُونِي بِكُلِّ سَاحِرٍ عَلِيمٍ، فَلَمَّا جَاء السَّحَرَةُ قَالَ لَهُم مُّوسَى أَلْقُواْ مَا أَنتُم مُّلْقُونَ، فَلَمَّا أَلْقَواْ قَالَ مُوسَى مَا جِئْتُم بِهِ السِّحْرُ إِنَّ اللّهَ سَيُبْطِلُهُ إِنَّ اللّهَ لاَ يُصْلِحُ عَمَلَ الْمُفْسِدِينَ، وَيُحِقُّ اللّهُ الْحَقَّ بِكَلِمَاتِهِ وَلَوْ كَرِهَ الْمُجْرِمُونَ} [يونس 79-82].

4. Surah Tha Ha : 65 hingga 70]

{قَالُوا يَا مُوسَى إِمَّا أَن تُلْقِيَ وَإِمَّا أَن نَّكُونَ أَوَّلَ مَنْ أَلْقَى، قَالَ بَلْ أَلْقُوا فَإِذَا حِبَالُهُمْ وَعِصِيُّهُمْ يُخَيَّلُ إِلَيْهِ مِن سِحْرِهِمْ أَنَّهَا تَسْعَى، فَأَوْجَسَ فِي نَفْسِهِ خِيفَةً مُّوسَى، قُلْنَا لا تَخَفْ إِنَّكَ أَنتَ الأَعْلَى، وَأَلْقِ مَا فِي يَمِينِكَ تَلْقَفْ مَا صَنَعُوا إِنَّمَا صَنَعُوا كَيْدُ سَاحِرٍ وَلا يُفْلِحُ السَّاحِرُ حَيْثُ أَتَى، فَأُلْقِيَ السَّحَرَةُ سُجَّدًا قَالُوا آمَنَّا بِرَبِّ هَارُونَ وَمُوسَى} [طه 65-70].

5. Surah al-Kafirun

{قُلْ يَا أَيُّهَا الْكَافِرُونَ، لا أَعْبُدُ مَا تَعْبُدُونَ، وَلا أَنتُمْ عَابِدُونَ مَا أَعْبُدُ، وَلا أَنَا عَابِدٌ مَّا عَبَدتُّمْ، وَلا أَنتُمْ عَابِدُونَ مَا أَعْبُدُ، لَكُمْ دِينُكُمْ وَلِيَ دِينِ}.

6. Surah al-Ikhlas

{قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ، اللَّهُ الصَّمَدُ، لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ، وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُوًا أَحَدٌ}.

7. Surah al-Falaq

{قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ، مِن شَرِّ مَا خَلَقَ، وَمِن شَرِّ غَاسِقٍ إِذَا وَقَبَ، وَمِن شَرِّ النَّفَّاثَاتِ فِي الْعُقَدِ، وَمِن شَرِّ حَاسِدٍ إِذَا حَسَدَ}.

8. Surah al-Nas

{قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ النَّاسِ، مَلِكِ النَّاسِ، إِلَهِ النَّاسِ، مِن شَرِّ الْوَسْوَاسِ الْخَنَّاسِ، الَّذِي يُوَسْوِسُ فِي صُدُورِ النَّاسِ، مِنَ الْجِنَّةِ وَ النَّاسِ}.

Petikan : Majmu' Fataawa Samaahah alSyeikh Abdul Aziz bib Abdullah bin Baaz : Fatwa Aqidah - 2. susunan Dr Abdullah bin Ahmad al-Thayyaar. Riyad : Daar al-Watan, 1995. ms 649.

Sekian, wassalam

1 comments:

ahmad said...

assalamualaikum. nak tanya sikit boleh? daun bidara tu camna rupanya? ada nama lain tak?

Post a Comment