12 March 2009

Doa Ketika Berbuka Puasa

Islah

Salam,

ada ust yg menyatakan d antara kesilapan kita di dalam berpuasa ialah tidak memperbanyakkan doa ketika berbuka puasa.

-Apakah Nabi membaca banyak doa ketika berbuka?
-Apakah doa Nabi tersebut?

*********
kamin
Panel Feqh

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

Pada akhir sebuah hadith, Nabi saw bersabda :-

ثَلاثَةٌ لا تُرَدُّ دَعْوَتُهُمْ الإِمَامُ الْعَادِلُ وَالصَّائِمُ حَتَّى يُفْطِرَ وَدَعْوَةُ الْمَظْلُومِ تُحْمَلُ عَلَى الْغَمَامِ وَتُفْتَحُ لَهَا أَبْوَابُ السَّمَاءِ وَيَقُولُ الرَّبُّ عَزَّ وَجَلَّ وَعِزَّتِي لأَنْصُرَنَّكَ وَلَوْ بَعْدَ حِينٍ
"Tiga golongan dimana do'a mereka tidak akan ditolak, Imam (Pemerintah) yang Adil, orang yang berpuasa sehingga dia berbuka, do'a orang yang dizalimi. Ia dibawa melalui awan dan baginya pintu langit terbuka. Dan berkata Tuhan Azza wa jalla : demi kemuliaanku, Aku akan tunaikan pertolongan walaupun masa telah berlalu sedikit" [Hadith Riwayat Ahmad #8030, di kelaskan sahih oleh Syiekh Syi'ib al-Arnaout didalam Tahqiq al-Musnad].

Melihat pada hadith ini, orang yang berpuasa itu akan dikabulkan do'a sehingga dia berbuka puasa. Syeikh Ibn Utsaimin rh (al-Liqa' al-Shahri, 8) membahagikan masa berdo'a semasa berpuasa kepada dua :-

a. Do'a dibaca sebelum berbuka pada waktu Maghrib, kerana ia menunjukkan kelemahan dan kehinaan manusia, kerana waktu itu dia masih berpuasa.

b. Didalam riwayat sahih, do'a dibaca selepas menjamah makanan semasa berbuka puasa. Diantara do'anya :

ذهب الظمأ وابتلت العروق وثبت الأجر إن شاء الله
"Telah pergi kehausan, urut-urut telah basah, dan ganjaran telah dithabitkan, dengan izin Allah" [Hadith Riwayat Abu Daud].

Mengenai do'a2 yang Nabi saw baca sebelum berbuka (sebagaimana (a)), tidak pula diketahui do'anya. Kemungkinan ia menunjukkan waktu mustajab do'a, dan galakkan berdo'a dalam ertikata yang luas. WA.

Sekian, wassalam

0 comments:

Post a Comment