17 June 2010

Batu Nisan

Postby Khay4_me »

:salam

nak tanya tentang hukum mendirikan batu bata @ simen keliling kubur.
saya pernah terdengar larangan mendirikan batu bata @ simen keliling kubur... atau memadai sekadar batu nisan shj. mohon penjelasan. Terima kasih
:wassalam


****************************************
Postby kamin »

Wa’alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, InSyaAllah.

Larangan membina dan menulis sesuatu diatas kubur merujuk kepada sebuah hadith riwayat Jabir bin Abdullah ra, dimana Nabi :saw


نهى أن يجصص القبر وأن يقعد عليه وأن يبنى عليه.
"Nabi saw melarang kita menampal (plaster) kubur, duduk diatasnya dan membina apa-apa diatasnya" (Riwayat Muslim).

وأن يكتب عليه
Didalam riwayat Tirmudzi dan al-Nasaa’I ada tambahan “(melarang) menulis diatasnya”.

Ulama’ khilaf didalam hukum menggunakan batu nisan dikubur, ada kalangan ulama’ yang mengharamkannya dan ada yang makruhkannya. Berikut adalah tautan yang membincangkan lebih lanjut berkenaan dengan hukum tersebut :-

SJ - 2846 : Batu Nesan
http://qazikirdandoa.blogspot.com/2009/03/batu-nisan_15.html.

Ada dikalangan ulama’ yang berpandangan bahawa tidaklah dilarang menandakan kayu atau batu diatas kubur seseorang sebagaimana kata Ibn Qudamah :

ولا بأس بتعليم القبر بحجر أو خشبة ، قال أحمد : لا بأس أن يعلِّم الرجل القبرَ علامةً يعرفه بها ، وقد علَّم النبي صلى الله عليه وسلم قبرَ عثمان بن مظعون
“Tidak mengapa menandakan kubur dengan batu atau kayu. Berkata Ahmad : Tidak mengapa bagi seseorang lelaki menandakan kubur untuk dia mengetahui dimana kubur itu,dan telah maklum bahawa Nabi :saw menandakan kubur Uthman ibn Maz’uun” [al-Mughni, 2/191].

Bagi al-Khatib al-Syarbini, mengenali dimana tempat dikebumikan mayat adalah dituntut supaya memudahkan keluarga yang masih hidup menziarahnya [Mughni al-Muhtaj, 1/541].

Kebenaran ini dalam konteks menandakan dan bukan menghiasi atau berlebih-lebihan menghiasai sesuatu kubur. Sebagaimana kata Ibn Hazm, niat menandakan batu atau kayu HANYALAH bagi tujuan pengenalan sahaja! Dengan itu, isu kuburan ini hendaklah ditangani dengan hati-hati agar ia tidak membawa kepada perkara yang dilarang sebagaimana hadith Jabir diatas. WA.

0 comments:

Post a Comment