07 March 2009

Asal Ayat-ayat Ruqyah

Hari ini...cukup banyak kita jumpa doa-doa atau cara perubatan yang menggunakan ayat Al-Quran, yg ana nak tanya ialah dari manakah manusia mengetahui sumber tersebut... maksud ana...dalilnya? adakah diberitahu secara direct oleh Rasulullah atau ulamak muta'akhir sahaja yang mencadangkannya?

******************
thtl

Salam

Jawab:

Ia gabungan dari petunjuk Nabawi, athar sahabat dan qaul ulama'.
Dalil Nubuwwah:

a. menjampi dgn surah tiga Qul (alFalaq, alNas dan alIkhlasy). Sumber Fathul Bari, Jld 21/319

b. Menjampi dgn nama-nama Allah SWT (Fathul Bari: 21/321)

Dalil sahabat: Abi Sa'eed alKhudry menggunakan surah alFatihah utk menjampi (Fathul Bari:21/322)

Dalil ulama':

Koleksi kitab-kitab Tibb (perubatan) yg di susun oleh Imam Ibn Qayyim (Tibb Nabawi), asySyuyuthi (Tibb Nabawi), anNawawi (AlAzkar).

Ulama' muttakhir spt Syaikh Said Ali bin Wahab alQahtany menyusun sebuah kitab "adDu'a min alKitab wa alSunnah Wa al Ilaj bi Ruqaa min alKitab wa alSunnah" (Kumpulan Do'a2 dan Pengubatan secara Mentera dari al Kitab dan Sunnah)
Ulama' muttakhir lain spt Prof Dr alImam Yusof alQaradawi (Fatawa Mu'asirat, Dar alQalam, Jld 3, cet 2001) menyarankan utamakan mengambil asbab (mendapatkan rawatan perubatan yg disediakan oleh klinik perubatan moden), jampi dan mentera dari AQ dan asSunnah itu hanyalah pelengkap sahaja. WA

0 comments:

Post a Comment