11 March 2009

Ayat Penyeri Wajah

anakMINANG04

Salam

Ada tak ayat2 quran yang boleh diamalkan sebagai penyeri wajah dan juga orang senang tengok kita....???

**************
thtl

Wassalam

alJawab:

Lajnah Fatwa Arab Saudi mengeluarkan sejumlah fatwa dan panduan yang dinamakan "Bida'unNas fiil al-Qur:an" maksudnya Penyimpangan manusia terhadap al-Qur:an dan salah satu penyimpangan itu ialah mendekati al-Qur:an untuk mendapat sesuatu dengan mudah dan cepat.

Seperti ayat seribu dinar untuk lancar bisnes, ayat penyeri wajah, pendinding, dsbnya. Maka perbuatan ini adalah tertegah. (Darul Wathan, Riyadh, cetakan satu, 1999)

Penyeri wajah dan disenangi orang ialah membaca AQ dan mengamalkan isi kandungannya. Itulah yang dilakukan oleh kaum salaf, terutamanya RasuluLlah SAW, bahawa Aisyah memberitahu para sahabat, bahawa ä akhlak baginda adalah al-Qur:an. AQ adalah cahaya, sesiapa yang sering membaca, hafal, beramal, dan mengkhatamnya secara berkala, insyaAllah akan mendapat nur dan nur itu akan terpancari dar segenap badannya.

HR Bukhari Muslim, " Perumpamaan orang mukmin yang membaca al-Qur:an laksana buat oren, baunya yang harum dan rasanya yang manis."

Muka yang berseri dan bercahaya dapat di capai dengan banyak amalan harian, antaranya wudhu'yang sempurna.

Dalil: HR Muslim dari Abu Hurayra. "kecemerlangan (wajah) kaum mukminin itu sebanyak mana wudhu'yang pernah dilakukan."

Keikhlasan kita dalam beramal dan berjihad juga akan melahirkan nur dan disenangi oleh penduduk bumi dan langit. sekian

9 comments:

Anonymous said...

ASSALAMUALAIKUM , SAYA SITI WARDA ,SAYA INGIN MENGETAHUI APAKAH DOA COP MOHOR DIBELAKANG BADAN RASULLULLAH S.A.W........DAH BANYAK RESEARCH SAYA BUAT MASIH BELUM MENJUMPAI DOA TERSEBUT.
KALAU ADA BOLEH TOLONG EMAILKAN KPD SAYA DI ALAMAT: szwa_AZ@yahoo.com

hurm said...

assalamualaikum...sya mastura ingin bertnya..dlm pernyataan di atas,saya tidak bgitu faham dgn maksdnya... ayat penyeri wajah adalah ditegah...bagaimana dengaN ayat: ya badiyah,ya nur, ya hadi, ya allah.ya allah.ya allah....yang sering saya baca..ayat ini saya ambil dari internet.
emailkan kpd saya di mastura_nizmas@yahoo.com

Admin said...

W'salam hurm,

Ditegah tu maksudnya dia tak bagi guna apa-apa ayat untuk tujuan penyeri wajah sebab memang tak ada riwayat dan keterangan dari Rasulullah saw dari para sahabat dari para fuqaha ayat2 yang quran yang khas untuk itu.

Alquran diturunkan sebagai petunjuk untuk dipatuhi dan diamalkan, memandu jalan taqwa. Pelihara ibadah kita insysallah rohani akan bersih kukuh secara otomatik wajah akan kelihatan manis.

Perbanyakan doa untuk meminta apa sahaja keperluan kita kepada Dia yang maha pemurah lagi amat penyayang...

Admin said...

Maaf terlepas pandang soalan dari Warda, insyaAllah kita sedang cuba mengesan riwayat sahih mengenai cop mohor Rasulullah saw ini.

Ingin Tahu said...

assalamualaikum...ustaz bgaimana dgn ibadah berzikir dgn "asmaul husna" utk kegunaan peribadi..seperti menyebut ya rahman berulang kali supaya rezeki dimurahkan dsb...byk buku yg diterbitkan tentang kelebihan2 nama2 ini utk diamalkan..adakah ini dikira bidaah?

Anonymous said...

as salam...maaf jikalau mencelah..mungkin ayat yang saudari warda tercari2 ialah khatamun nubuwwah...

Anonymous said...

hurm>awak bace ayat ya badiyah ya nur yadi ya allah ya allah ya allah tu bagus ke tidak???

kngah.. said...

Assalamualaikum..bagaimana plak org yg mngamalkn ayat 4 dr surah yusuf..dn ayat2 yg lain..mohon penjelasan..tema kasih..

Anonymous said...

APA JAWAPAN NYER???

Post a Comment