08 March 2009

Konsep Zikir

SOALAN
ateed

Salam
Ana nak tak tanya pada ikhwah dan syeikh2 ahkam mengenai konsep zikir. Dlm quran ada menyebutkan paling afdhal zikir ialah laailahaillallah. Dan kalau tak silap ana, ada hadith yg menyatakan zikir yang palik baik ialah membaca quran. Begitu juga dgn hadith shahih mengatakan Rasulullah beristighfar sehari lebih dpd 70 atau 100 kali. Ana juga faham sikit sebanyak konsep zikir; zikir hati, mulut dan perbuatan. Ana cuma nak tahu bagaimana pelaksanaan zikir seperti yang telah disebutkan. Adakah sunnah dan menjadi kebiasaan para salafussoleh duduk setempat dan berzikir (istighfar) seperti yang diamalkan golongan-golongan tertentu. Ana juga pernah terbaca drpd huraian hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, menyatakan Abu Hurairah bertasbih sebanyak 12,000 kali sehari sewaktu beliau menjawat jawatan di Madinah. Adakah beliau juga duduk setempat sambil menggunakan tasbih, batu dan lain-lain. Wallahua'lam
Wassalam

*************
JAWAPAN
thtl

JKK kepada sdr JS. Komen kami: jawapan itu dalam bentuk falsafah sedikit dan agak sulit bagi yg bertanya mahu mengutip isi-isinya.

Kita sudah menjelaskan tasawwur (konsep) Zikir ini sebelum ini. Kita ulangi dgn ringkas dan mudah bagi anda tanpa berjela2 dgn pendekatan filosuf.

Dalam ilmu2 Islam, ada banyak sub-topik. Sub topik Ibadah misalnya ada banyak lagi sub-topik, antaranya Zikr yg anda musykilkan ini. Untuk mendapat gambaran jelas mengenai Zikir dan ruanglingkupnya, maka kita kenalah mendapatkan kitab2 yg betul utk mendapat pandangan yg benar mengenai apa itu Zikir. Kitab yg terbaik ialah alUbudiyah oleh Syaikhul Islam Abu alAbbas Ibn Taymiyah, Ibadah fil Islam oleh Dr alImam dan Syaikhul Islam hari ini, Yusof alQaradhawi, Syaikh Prof ad Dr Wahbah azZuhaili, ZikruLlah. Jika mampu menatap salah satu kitab ini, maka terbukalah ufuk kekeliruan mengenai Ibadah dan termasuklah do'a dan Zikir. kekeliruan dalam bab Ibadah: Do'a dan Zikir ini telah merata dan banyak aliran yg sesat lagi menyesatkan berpunca dari salahfaham terhadap Zikir dan Do'a terutama di kalangan kumpulan tariqat.

Apa yg anda nyatakan itu semuanya benar:

a. "seafdhal2 Zikir ialah La ilahailaLlah"
b. "zikir yg paling aula ialah membaca alQur;an"
c. Nabi saw istighfar sehari 70 Kali

Itu semuanya benar, thabit melalui hadis2.

Jika kita hanya menerima nas yg ini sahaja, maka ada sebahagian umat Islam yg tidak berminat bekerja dan berusaha, bernikah kahwin kerana ingin menumpukan kepada zikir. Kehidupan para sahabat atau salaf assoleh ini adalah sebuah kehidupan yg sempurna, terbaik pernah dikeluarkan utk manusia, mereka adalah umat yg pertengahan (tidak ekstrim) dan mereka berzikir, bertahajjud, mereka juga bekerja mencari rezki, bekeluarga dan keluar memikul pedang utk berjihad. Ini semua zikiruLlah. Imej zikir dgn memegang biji tasbih atau counter utk berzikir dgn kuantiti yg banyak itu adalah imej tariqat dan bukanlah imej sahabat/salaf.

Rumusan:

ZikiruLlah adalah :

a. zikir hati (khusyu'/memikirkan kebesaran Allah)
b. zikir lisan (baca AQ dan zikir2 yg makthur)
c. zikir jawarih (angguta), angguta2 tidak memaksiati Allah
d. Zikir ri'ayah (Ihsan) yaki merasai kebesaan Allah sepanjang masa dan Allah dirasai mengawasinya (tindak-tanduknya)
(Ibn Qayyim, Madarij asSalikin: 2/434) WA

0 comments:

Post a Comment