12 March 2009

Amalan Kaf 40

mamat_com

saya kurang faham tentang pengamalan kaf40. adakah ia pernah diamalkan oleh nabi atau para sahabat?

***********
kamin
Panel Feqh

wa'alaikumussalam.

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan mamat_com dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

Kaf 40 ini merupakan amalan batiniyah, yang dikata digunakan pada masa-masa dalurat. WA. Jika ditanya adakah KAF 40 ini pernah di amalkan oleh Nabi saw jawabnya : Tidak pernah.

Contoh amalan Kaf 40, yang saya petik dari laman web paranormal -

Quote:
Bismillah...
kafa karabbuka kamyakfiika waa kifatan kifkaa fuhaa,kakaminin kanamin kalakin takirru karra kakarril karri fii kabidi tuhki mushak shakatan kallak lakal kalaki.kafa kamabi kafa kufa kurbatahum ya kau kabal ka na yahki kaukabal falaki.


Banyak lagi zikir-zikir sahih yang dibawa oleh Nabi saw yang boleh kita amalkan. Boleh baca buku al-Azkar (Imam Nawawi rh), Hishnul Muslim (Dr. Said bin Ali bin Wahf al-Qahthaani) dsb, yang boleh kita baca tanpa was-was.

Sekian, wassalam

73 comments:

suudi said...

assalamu'alaikum wr.wb.
klo bisa bacaan kafnya dalam teks arab.
thanks ya...
wasslamu'alikum wr.wb.

Abjadian said...

Amalan kaf 40 adalah dalam bahasa Ibrani atau Suryani. Ia bersempena dengan 40 orang auliya' di Bukit Golan ketika berusaha mendapatkan semula TABUT SAKINAH yang dirampas oleh puak gergasi dari Bani Israel. Peristiwa ini berlaku pada zaman Nabi Musa A.S. Kepada yang tidak mengetahui sejarah ini, pada zaman penentangan umat Islam di negeri Pahang yang dipimpin oleh Dato'Bahaman dan Mat Kilau. Mereka ini pernah diijazahkan amalan ini oleh Tokku Saiyid Paloh beserta sebilah pedang untuk jihad menentang British.

Anon said...

Riwayat israiliyat yang tidak ada langsung bukti kebenarannya. Amalan karut batiniyah penganut islam tradisi malaysia... inilah antara punca tanah melayu beratus-ratus tahun di jajah...

tok uban said...

amalan ini tidak ada salahnya dan bukan amalan karut dan bukan riwayat israiliyat harap saudara anom belajar dan kaji sebelum membuat penilaian dan menghukum..k tq

patman said...

sepakat,,,kl mw bijak jgn memprotes sesuatu kl tidak ada pengetahuan didalamx, minimal sepadan dengan orang yg ahli dan mendalami sebuah ajaran tersebut baru boleh mengatakan ini salah dan itu salah...

Anon said...

Orang tareqat memanglah marah bila kita katakan amalan kaf 40 ni amalan karut, tak boleh dinafikan kaf 40 salah satu amalan dalam ilmu kebatinan.

jangan tak tau ilmu kebatinan ni pun diamalkan dalam agama budha, hindu dan tao, cuba lihat latihan yang depa buat dalam kuil depa, tak banyak beza...

ini bukan PROTES tapi satu hakikat kebenaran...

al-faqir said...

saya setuju dengan anon....

jgn-lah diamalkan apa-apa amalan yang kelak akan menghijab pandangan mata-hati kita dari melihat hakikat...cukuplah zikrullah dengan kalimah tasbih, tahmid, tahlil dan takbir yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w dan dianjurkan oleh beliau untuk diamalkan di dalam kehidupan seharian kita...sekiranya kita nampak apa yang tersirat disebalik kalimat2 mulia ini maka pastinya Kaf 40 itu jadi sirna & redundant... ahlul-Badar x guna pun Kaf 40...menang juga, fikirkanlah... :D

Semoga Allah s.w.t kurniakan kita semua cahaya petunjuk menuju ke jalanNya yang lurus dan benar. Semoga perjalanan kita di dunia yang fana ini berakhir dengan kemenangan yang hakiki.

Anonymous said...

Assalamualaikum:Saudara

Saya ada amalan ayat kaf 40,pada saya ayat ni digunakan untuk mengeluarkan ilmu2 bathil,jin,syaitan dan iblis yang ada di dalam dan luar qalbu seseorang.Itu pun tergantung pada kekuatan aqidah dan tauhid seseorang itu,bukan ayat kaf 40.Dan tiada salah ayat kaf 40 damalkan walaupun tidak ada dalam quran dan tidak damalkan rasuulullallaah,kecuali orang yang bodoh yang tidak mahu belajar dan tidak mahu mencari.

Wassalam
Roslee

fadil said...

asssalamualaikum....bagi pandangan saya pula...amalan kaf 40 ini tiada salahnya kerana maksud dan kegunaannya tiada sebarang insur jahat melainkan untuk bebaikan belaka. cuma kita sekarang umat islam di akhir zaman janganlah asyik nak mempertikai permaslahan kecil sperti ini.banyak lagi agenda besar yang menjadi kewajipan kita untuk bersama menangani seperti masalah dadah,keruntuhan akhlak dan yang paling utama kerosakan akidah yang sengaja di susun oleh pihak kafir laknatullah. Memang kita tidak pernah mendengar baginda junjungan besar tidak menggunalkan amalan sperti ini...namun...sebelum baginda dilahirkan kemuka bumi ini...terdapat ribuan para anbia dan aulia yang telah hidup dengan pelbagai amalan dan zikir tersendiri...ini tidak menjadi tegahan oleh rasul SAW..malah sebagai contoh ayat seribu dinar yang begitu popular digunakan oleh nabi nuh dan nabi yunus boleh diamalkan oleh umat islam hatta ke akhir zaman ini...doa nabi sulaiman,doa nabi ibrahim semasa belau di campak kedalam api...doa nabi musa semasa menentang tentera firaun...semua ini merupakan satu bukti bahawa ayat dan zikir para nabi tiada pernah dipertikai sejak zaman dahulukala.saya merupakan salah seorang penduduk kampung tanjung rambai tempat kelahiran pengarang kitab pagar hikmat yang dicetak oleh pustaka ipoh 1976.walaupun ketika usia masih kecil..saya sempat bersama melihat tok janggut sebagai pengarang kitab ini dengan peribadi unggul beliau yang sentiasa menitikberatkan soal keagamaan penduduk kampung.beliau seoprang ketua kampung yang dengan sendiri mengetuk pintu pintu rumah penduduk supaya berjemaah solat subuh.itu satu diantara banyak lagi peribadi unggul beliau yang sempat saya nyatakan.....sekian wassallam.

ana said...

baca je ayat Quran, abes cito, setahu den kaf40 ni xdo makno pun. ianyo namo2 40 jin yg hebat2 belako.. xcayo try check. kalau dah nabi xbuek.. den raso xyah buek. kito pun maen raso2 xsodap eh. try tgk

p said...

saudara jangan ckp mcm 2 x baik.mana mike tahu amalan 2 ada megandungi nama2 jin..selagi ia tidak bertentangan dengan ajara islam x salah kita amalkan..bab ni kita dok heboh2 bab orang yg wt jahat tu kita x bising dan tegahkan.ni orang wat baik pula kita marah..

p said...

eh mcm 2 plak..mike pegi dok tgk orng2 budha,india beramal ke?sok mike g duk dengan org budha,india kaji mereka punya cara beramal k..kmdian mike g duk dengan org tariqat dan wt perbandingan k?sama ke atau x?baru boleh kata cara org tariqat sama dengan agama lain..lg satu mike kaji sejarah para wali2 songo.tahu la jwpannya..mike x fhm konsep ahli2 tasauf cm mna.apa la org nk dekatkn diri dengan ALLAH SWT pun jdi isu ye?kita ptt sedar yg kita ni yg x cb dktkn diri dgn ALLAH SWT ni lg rugi...lu fikirlah sendiri....maaf....

mj said...

berlagak pandai .... macam pengikut wahabi je ...mensempitkan ilmu pengetahuan. dan asalkan tak tahu saja israiliyat macamlah warak sangat ..... belajarlah dulu , cari guru yang mursyid ....... org dah lama amalkan , tak sesat pun .... malah makin faham susunan alam Allah ni .....

Tajdid said...

mj... mat TARIQAT macam ko ni pegi bawak kaf 40 ke 80 ke betapa dengan guru kamu sana jauh-jauh... sini bukan tempat orang macam kamu sini tempat orang Islam nak mencari maklumat yang benar...

mj said...

Assalamualaikum Tuan Tajdid . Janganlah marah Tuan Tajdid : Mohon maaf atas ketelanjuran kata-kata saya. Mungkin saya dapat pendidikan cara lama , pakai pun kitab lama , guru saya pun orang lama yang saya muliakan , amalan dan ilmu pun cara lama-lama , mohon maaflah sekali lagi atas kedaifan saya. Mengaji pun jauh , dalam rumah je . Maka tebukalah web ini, lalu cepat sekali saya saya nak menghujah sedangkan ruangan ini mungkin cuma untuk orang yang alim lagi warak dan menguasai semua sudut ilmu macam Tuan Tajdid. Benar kata Tuan Tajdid di sini bukan tempat saya .... saya orang Islam yang tak dapat cari kebenaran macam Tuan Tajdid : Cuma pembetulan sikit , saya akui saya ahli Tariqat tapi tak ada pulak guru saya ajak betapa ketika suluk atau amalan yang lainnya. Cuma pendedahan mengenai Kaf 40 adalah sebahagian dari cabang ilmu ...... apakah Tuan Tajdid mahu menafikan ilmu laduni ? Tuan Tajdid dari caranya .... macam anti saja dgn pergerakan tariqat .....Jangan begitu : tak kenal maka tak cinta ..... mohon tunjuk ajar. Terima Kasih.

Tajdid said...

W'salam mj,
begitulah adat kita orang melayu ni masuk tempat orang. Jadi saya pun kena minta maaf juga dengan tulisan yang kesat macam tu... ada masa-masanya kita tak kawal emosi sendiri padahal dengan mudah boleh dikawal...

secara personal kita tak ada masalah apa-apa... tapi kita berbeza tentang beberapa ideologi kepercayaan tentang agama, mungkin besar juga ruang perbezaannya. Tuduh menuduh salah dan betul tak akan selesai sampai akhir zaman. Semua pihak mengaku menedpati kehendak alQuran dan As Sunnah. Serahkan pada Allah dan RasulNya...

Dalam masa yang sama tidak ada yang menghalang kita mengemukakan fakta dan dalil mengikut kefahaman kita sendiri membantah atau menyokong satu-satu pendapat.

Untuk pengetahuan saudara MJ - "suluk", "kaf 40" "ilmu laduni" dan beberapa perkara lain sangat bertentangan dengan apa yang kami yakini. Ruangan tidak mencukupi untuk kita mengemukakan pendapat, mungkin ada waktu dan kesempatan lain kemudian nanti... insyallah.

mj said...

Terima Kasih Tuan Tajdid : Semoga Allah memberkati dan mengampuni kita semua , sememangnya perbezaan pendapat itu adalah rahmat bagi umat Muhamad S.A.W , atas kekerdilan saya , mohonlah saya mengundur diri dengan tiada alasan sebab mungkin displin ilmu , latar belakang , persekitaran yang kita lalui tidak sama dan saya bersangka baik bahawa ilmu Allah itu amat luas , seluas-luas Rahmat Nya. Maka sama-samalah kita terus mendalami ilmu sebagimana tuntutan sunnah dan kerana Allah. Dan sebaik-baik bekal pada sisi Allah adalah takut/taubat kepada Allah ..... untuk mencapainya mestilah dgn jalan ilmu dan amal.
Semoga Tuan di rahmati Allah adanya.
Terima kasih , wassalamulaikum.

jiwa said...

Akum saudara, adakah kaf 40 ni sempena nama2 org auliya' yg menentang puak gergasi tersebut? siapa yg memulakan dulu kaf40 ini? maaf la sbb saya mmg x tahu. Skrg sy nak tahu sekiranya saudara tahu boleh la berkongsi kisah kaf40 ini.

mujahid said...

salamullahi'alaikuwarahmatuh...
Maaf mnyampuk....seorang Ulama' Tarikat pernah berkata : Man Lam Yazuq Lam Yadri maksudnya siapa yg x mrasa dia x akn tahu...dan brktanya lagi : Awwalan Toriqoti Junun Wawastuha Funun Wa Akhiruha Kun Fayakun maksudnya...Awalan Tariqatku gila dikatakan orang, pertengahan tariqatku bermacam2 ilmu pemberian Allah dengan cara ilham, diakhir tariqatku "kun fayakun" mntaklah hajat nscya Allah akn beri.....

mujahid said...

knapa pula org tarekat yg kau babitkan. nampak sgt ko ni x tahu dn tak berilmu. setakat dgr2 kata org kat kedai kopi,, jgn berhujah..sbb akan jelas kejahilan kamu..kaji dulu amalan2 dlm agama islam.. ilmu Allah ni luas...

kamal said...

amal apa yang mampu. bukan setakat cakap dan tahu je...

kalau keadaan terdesak dah ada persediaan ke?

dah berapa guni beras orang melayu simpan? dah berapa kontena senjata anta simpan??

setakat nak berhujjah bila berdepan musuh nanti . Mati katak je?

penglipurlara said...

Nak tahu boleh amal ke atau tak boleh amal, senang je. Mohon terjemahkan kaf 40 ni. Maksudnya membawa ke syirik ke tak?

shamsuddin said...

asalam..saya sudah mengamalkan doa ini hampi30 tahun asalnya saya beramal sholat dhuha selama 40 hari dan pada suatu malam saya bermimpi supaya mencari sesaorang yg di ketahui hanya pada nama alhamduliilah dgn izin Allah sayadapat bertemu orang tua itu(kini arwah)dia menghadiahkan saya sebentuk cincin.Pada sebelah mlmnya saya bermimpi diperdengarkan ayat kaf 40 ada suara tanpa wajah.saya tidak hiraukan stelah berulang kali selama 3 mlm baru saya yakin mungkin ada ayat tersebut dimana2 kitab puas saya merujuk kesana kemari akhirnya saya dapati dilam kitab pusaka tok janggut ipoh beserta ijazahnya dan saya masih amalkan saya bertambah yakin bila bertemu dgn sesaorang ahli tasauf mengamalkn ayat tersebut dan ada dipamerkan dirumah guru tersebut dan saya yakin ramai org yg mengamalkanya wallhualam.

Anonymous said...

w'salam

apa faedahnya kaf 40 ni? niat dan tujuan yang baik bukan alasan, sama macam cuba menambah solat subuh jadi 4 rakaat bukankah tujuannya baik?

30 tahun doa dengan kaf 40? Allah dan Nabi saw mengajar kita berdoa mengikut petunjuk alQuran bukan dengan kaf 40... siang malam umat Islam berdoa dalam solat...

memang dasar orang tariqat beramal agama mengikut petunjuk mimpi bukan petunjuk Quran dan Sunnah... itulah yang dikatakan belitan iblis...

keluarlah dari kepompong kitab tok janggut tu, rujukan agama adalah Quran dan Hadis-hadis bukan guru tasauf yang bukan-bukan...

tidak hairan kebanyakan penganut Islam di Malaysia tak ada bezanya dengan penganut barelwi di Inda sana...

Wak said...

Bagi mereka yg suka sngt mnidakkan amalan ilmu ni sebnarnya tdk mahu mmbuat kajian. malas nak fikir jauh2. Asyik2 suruh trngok baca Al Quran. Tpi dia sendiri ada tengok ke, dah kah perdalami ilmu dalam al Quran tu? Ayat ni guna apa..ayat tu apa guna. Al Fatihah je pun belum habis di kupas kedalaman isinya...Tu Al Ikhlas klu tahu cara amal, tdk mustahil kita bole berjalan atas air...sbb inilah amalan wali2 Allah...Semulia-mulia manusia itu, ialah manusia yg suka berfikir dan panjang akalnya ( ilmunya ). Rasulullah pernah bersabda, lebih kurang maksudnya "Sesungguhnya Ilmu Allah itu amat dalam, jika 7 lautan itu dijadikan tinta untuk menghuraikan ilmunya, tidak akan habis terhurai walau ditambah dengan 7 lautan lagi"...mari kita sama2 mengkali sambil beramal mendekatkan diri pada NYA...

Noi said...

Sya stuju...sbb cara ambil wuduk sja pun kta blum prdalami sperti mana Imam Al Ghazali mgambil wuduk dimana stiap anggota yg dibasahkn air wuduk tu ada doanya walaupun sunat ttpi dalam pngrtiannya besar pula pahalanya....

Guest said...

hehehe Wak, bejalan atas air tu ilmu kebatinan (sihir) wak bukan ajaran agama Islam, bacalah banyak mana pun Al Ikhlas tu sampai bebuih mulut takkan boleh bejalan atas airnya... sebab Nabi tak pernah ajar boleh dapat fadilat jalan atas air ni. Ilmu Allah tu tak payah nak cerita, dalam Al Ikhlas tu dah cerita dah, kita cerita pasal ilmu pada manusia.

kaf 40 ni tak ada dalam Quran tak ada dalam hadis... itu pasal orang Islam tu jadi ketinggalan macam orang tarikat nih, buat amal sikit tujuan nak bejalan atas air...

Guest said...

ni lagi satu, tak ada Imam lain boleh rujuk ke... tau tak dalam kitab Ihya Ulumuddin imam ghazali tu melambak ada beratus-ratus hadis palsu dengan hadis daif langsung tak boleh amal tak boleh dijadikan hujah... la ghazali ni penganut wahdatul wujud

tuah said...

salam..bro guest...jgn sombong sgt...mmg petanda akhir zaman manusia di akahir zaman akn menyalahkan umat terdahulu...mcm dah bnyk je ilmu..tundukkan lah diri...jgn nk sombong di muka bumi ni...kalo sesuatu tu x sesuai dgn kita...tegur secara hikmah...bkn main bantai ikut suka je...kalo salah...tolong ajarkan.

tuah said...

nk kate org ketinggalan...kita betul2 dah maju sgt ke...bape maju sgt kita????ramai lagi yg kt luar x pakai tudung...kita bersongkok kah atau berkupiah dan berserban???kita dah selesaikan tanggujawab...jgn nk menafikan yg benar..ALLAH mengurniakan ilmu dan kefahaman kpd yg dikehendakiNYA.maksud dlm ayt kursi jelas dan terang...baca sendiri maksud ayat kursi.tidak mustahil segala sesuatu boleh terjadi...sdg kan manusia dicabut nyawa kerana kuman sekecil zarah yg menjadi sbb kpd kematian..jgn sombong...kalo dengan IZIN ALLAH...dgn membaca BASMALLAH je ular didalam kantong guni boleh bertukar menjadi emas...renung2kan...semoga kita sama2 dapat beramal

tuah said...

dah zaman nabi dulu x de dibukukan al-quran...tp kite skg ngaji al-quran dari al-quran yg dah dibukukan btl x?...sahabat2 yg dapat hafal al-quran pada zaman nabi mendapat ilmu al-quran dari ALLAH cuma disampaikan melalui malaikat jibril kpd nabi..then nabi smpaikan kpd sahabat2...btl x..walao pon aku bkn org tarekat...tp jgn sombong dgn ilmu ALLAH..bukan semua yg kita tahu org lain tahu...ilmu ALLAH amt luas...dan manusia yg dapat bermimpi nabi...akan diajar satu ilmu yg bermanfaat unutk dir oleh nabi sndiri...tp kita nk apa2 suma mintak kt ALLAH.

Anon said...

jangan nak melalut pasal guru mursyid sangatlah yang mengajar kaf 40 ni...

islam tak pernah mengajar kaf 40 ni... tak ilmu2 huruf dalam Islam... jangan bertegang leher nak mempertahankan benda bidaah besar ni. Orang tarikat je yang dapat ilmu agam dalam mimpi ni bila orang sesat pandai pulak marah. Tak lengkap lagi Nabi dah bawak agama Islam ni nak kena tunggu mimpi orang tarikat pulak jadi syariat agama...

keluar dari tarikat tu Imam Shafie kata dungu orang tarikat ni

Anon said...

pakai tudung Allah dah perintahkan dalam Quran rujuk An-Nur 31. Ayat Kursi nabi dah jelaskan fadilatnya dalam hadis... ni kaf 40 ni asal dari mana? dah jelas dengan terang cuba juga nak pertahankan...

inilah dia contoh orang melayu tarikat di tempat kita ni... baca bismilah biar ular jadi emas... memalukan umat Islam jenis orang macam kamu ni...

ABDUL KADIR JAILANI said...

saya pengamal kaf 40 dari seremban. SESIAPA YANG BELUM PERNAH MENGAMALKAN AYAT INI jangan cuba nak komen apa2. cuba try baca dulu dan amal baru komen .berlagak macam bagus....adakah memaki/mencaci sesama islam dituntut oleh agama? cuba lihat adakah pengamal kaf 40 membuat propaganda di malaysia. Saya menngamalkan ayat ini dari umur 18 tahun sehingga sekarang (43 thn).

Anon said...

sapo yang caci maki ni waghih? besepah doa zikir yang Nabi ajar kau tak mau buek ni kaf 40 yang ntah mano asal usul eh yang kau banggo bona... kalo takdo Allah dan RasulNya yang bagi tau sapo yang buleh bagi gerenti? ilham mimpi guru tak leh pakai dalam agamo ni...

ABDUL KADIR JAILANI said...

sibuk nak complain pasal kaf 40.... tak setuju duduk rumah diam2. Pegi buat ceramah kat surau ke

ABDUL KADIR JAILANI said...

bangang...tak pernah try jangan nak complain apa2 saya sudah lebih 20 thn mengamalkan kaf 40

ABDUL KADIR JAILANI (seremban) said...

bodoh... bercakap macam professor...tak berminat pasal kaf 40 boleh blah jangan sibuk nak complaint apa2 saya dah 20 thn amalkan kaf 40

ABDUL KADIR JAILANI (seremban) said...

ikut suko ati den la nak amal ayat apo.. jangan sesekali kito memperkocik kan orang punya amalan. Den tau ekau tu ilmu banyak, tapi den masih lagi orang islam, ekau ingat den agamo apo?

Anon said...

den takdo kato ku bukan islam pun... apo yang kau amal den takdo rugi apo pun... sesamo islam den kono bagi tau apo yang den tau... kalau salah apa yang den tulih bantah dongan fakta

tok uban said...

kalu imam ghazali dakwa ko nanti ape ko nak jawab?

Anon said...

kalau dia nak dakwa aku dia kena ambil lawyer la, boleh ke dia bangkit dari kubur dia? begitu banyak ulamak lain mendakwa kesalahan kitab-kitab dia dengan FAKTA...

al-ghzali manusia biasa macam orang lain juga... cuma penganut tarikat malaysia yg taksub terlalu mendewakan dia...

ASSAMRA81 said...

ILMU TUHAN NI LAUTAN LUAS.NABI XBUAT XSEMESTINYA NABI LARANG.DALAM QURAN TU SEMUA ADA.HANG JE BUTA KAYU.

Anonymous said...

puas belaka doh?doh puas tunjuk "kecemerlangan" masing-masing?dari hal kaf 40, terus tunjuk masing-masing ilmu tu dah melebihi tahap makrifat..bagus..bagus..rasa seperti Allah tu menyebelahi anda kan?paling cemerlang
berbanding orang lainkan?bagus...bagus...

Anon said...

bagus... bagus... kejarlah tahap makrifat tu... baca kaf 40 banyak2

Anonymous said...

amenda la korg ni..bncg elok2 la..cari jln pnyelesaian..cari kata putus..biar smpai matlamat asal..kalau asyik duk gaduh smpai mati pn x jmpa apa yg d cari..hujah dgn brhemah..kalau nk tengking2,caci2,org x respek pun..sbb org leh tlis mcm2..k la..mana yg baik kita ambk..yg x baik kita tnggal..ok..salam///

ABDUL KADIR JAILANI said...

salam...... jangan sesekali memperkecilkan org lain punya amalan.... cara anda bercakap memang sedap di dengar oleh pengamal KAF 40.

Anonymous said...

Maaf.. Tlg terjemah kn makna ayat kaf40 ni boleh?? Supaya sama2 kita dpt mengerti dan nilai kn sendiri sama ade patut atau tidak kita sendiri mengamalkn nye..trima kasih..jazakallah khair

Anonymous said...

Kaf 40 ada 28 kelebihan.... cuba sebutkan kelebihan surah Yasin sampai tak 28.... Mana mungkin hizib lg hebat dr al Quran.....

Anonymous said...

40 kaf itu direka dengan spontan bagi menyelamatkannya dari hukuman penjara, tetapi bila masuk ke alam melayu dijadikan jampi serapah, sedangkan perekanya membuat puisi untuk menyahut cabaran pihak berkuasa pada zamannya.  Kisahnya begini:

Diriwayatkan, seorang penya`ir telah dihukum penjara oleh pemerinyah dan setelah sekian lama dalam penjara, beliau memohon untuk dibebaskan, dengan syarat banduan ini mencipta puisi syair dalam tiga bait menggunakan  40 kaf.  Jika gagal, banduan ini akan dikekalkan dalam penjara seumur hidup, lalu penyar ini menyahut cabaran itu dan Berjaya lalu beliau dibebaskan.

Anonymous said...

Nie amalan para wali2 yahudi jgn berani nak menghina nya nanti dpt bala.... Bertaubat lah para penghina hizib kaf 40... Ana dah ajar murid2 ada semua nyer jadi hebat2 belaka...

Malam said...

Assalamualaikum smua... Ilmu ada 3 tahap... Bila seseorang masuk tahap 1..dia akan jadi sombong.. Rasa ilmu tinggi melangit.. Semua dia tahu... Masuk tahap 2...dia akan merasa rendah hati... Rasa orang lain lebih baik drpnya... Masuk tahap 3...dia akan merasa dirinya tiada apa-apa.. Kosong... (Ummar Al Khattab)... Coba antum semua nilai diri masing2... Ditahap mana antum berada...

Unknown said...

Saya masih mengamal kaf 40 ini. Pernah berjumpa beberapa pengubatan tradisional. Kata mereka jarang jumpa orang yg ada ini. Guru yg menurunkan amalan ini seorang ustaz dan ia mendapat dr gurunya juga seorang ustz yg terkenal di malaysia. Alamdullilah melalui amalan ini saya dapat petunjuk dan duberi petunjukkan buat menambahkan keyakinan utk istiqamah. Kpd yg yg nak mengamal nasihat saya dptkan guru terlebih dulu ye. Ada juga saya berjumpa orang yg mendapat amalan ini berguru di alam jin. Mungkin amalan ini Allah nak jaga dr lenyap di atas muka bumi. Atau bila tiba masa akan dimenafaat utk membantu agama Allah. Wallah hu alah. Tuan tuan pembaca lebih arif dr saya

Unknown said...

kalau gitu Nabi Isa jalan atas air tu sihirlah ye...Saad bin Abi Waqqas dan para pengikutnya menyeberangi lautan menuju ke negeri China dengan menaiki kuda,,pun jalan atas air...tu pun sihirkah...Owais Al Qarni jalan atas air pun agaknye sihir juga ye...aku cuma tahu ilmu Allah terlalu luas...ilmu yang kita ada adalah setitik air dihujung jarum yang dicelup kedalam laut...sedang ilmu Allah tu...air laut pun tak cukup untuk menuliskannya...

Unknown said...

saudara memang cakap tanpa ilmu...saudara kurang belajar dan membaca...surah Yasin punya jutaan kelebihan bahkan lebih banyak dari itu...sebab sabda nabi " Surah Yasin itu dibaca mengikut niat"...apalah saudara cakap ikut sedap mulut saja...diam ajalah dan baca...mana yang baik ambil...yang tak baik jangan ambil....

Unknown said...

Minta maaf sya dahului..
Itu amalan pra anbiya mnta jgn sebarang ckp yg itu nama 40jin

Unknown said...

Salam maaf sya awali..
Kpd tuan anonymous..tlong jaga tutur kta..jgn tolak pra ulama krana al ulamak warasatul anbiya..klau tuan tolak tok janggut serta kitabnya berarti tuan tolak ulamak..bila tuan tolak ulamak jelaslah tuan tolak yg mewariskn ilmu yg ada dlm dadanya jadi untuk jaga akidah tarik balik kata2 tuan tu...
Hati2 jgn smpai tergelincir akidah tnpa disedari

Unknown said...

Selesai.. Hehehehe

Mohamad Lutfi said...

Boleh sertakan rujukan tuan?

Remboo said...

Bissmillah...assalamualaikum saudara semua...apa gaduh2 pasal ilmu nie...hidup kita kena mecarik dann amalkan ilmu...jgn bergaduh kerna ilmu sebab tinggi or rendah ilmu seorg allah yang tentukan...allah dah aturkan semua ilmu dalam dunie, anda rajin berdoa Dan mohon pada allah and a akan dapat..dalam hadis rasullah ada bersabda berdoalah Dan minta pada allah ilmu dunia Dan akhirat..insha allah ilmu2 milik allah, belajar bersabar, sabar, bersabar menuntut ilmu allah...jgn tunjuk sapa hebat dpn manusia n makhuluk, tepi tunjuk keiman kalian mengadap allah s.w.t....biarkan yang mana jadi racun Dan madu dalam menuntut serta mencari kaji ilmu, jgn sampai bertelagah...malu dgn allah Dan malu dgn diri sendiri

Unknown said...

Assalamu alikum ww . Ba ini saudaraku bagi yg tdk mengerti memahami apa yg kita bahas yg 40 . Bagi kami sangat sakral .dan yg ajar kami ato kami yg hidupnya di mesjid ,guru mengaji,hafalan 30 jus. Makanya kami sakralkan yg 40 ini. Toh yg tdk berkenan tdk usah mencaci . Terus nyalahin . Percaya silahkan dan cari susunan yg asli... Yg tdk berkenan kan tdk mengganggu saudara nafsih nasih di hadapan Allah Swt. Wassalam min soppeng

Conan hensem said...

Boleh terjemahkan ayat kaf 40 ni? Apakah maksud disebaliknya?

AURA TERAPI QUANTUM 69 (ATOK) said...

Btl tu

darmawanfikri said...

Amalkan ayat ayat yg Ada Dalam alqur'an itu lbih baik.itu mnurut sya.

Anonymous said...

Assalamualaikum wbt, saya dari Ipoh. Sy pencinta ilmu, perawat dan pengamal tariqah.. Pada pendapat saya menurut apa yg sy belajar, apa² amalan yg diterima dari guru yang alim, adalah baik, asalkan x melanggar syarak. Kaf 40 ini adalah amalan khusus, bahasa Tibthi, zaman Nabi Musa AS kalau x silap saya. Untuk mengetahui maksud ayat Kaf 40 ni kenalah rujuk kpd alim bahasa ini.
Janganlah kita bertelagah sebab permasalahan ini. Janganlah kita berhujah tanpa landasan ilmu. Kita bersaudara. Jagalah hubungan.

jersky72 said...

You should teach us the proper way how to practice kaf 40 because here in the philippines that is a lost art afterall we are all malays

Unknown said...

Assalammualaikum saudara2 islam semua,apa yg ada di dunia dan akhirat,itu semua milik allah,termasukla kaf 40 itu adalah milik allah,ilmu yg ada di dunia sampai akhirat itu pun semua milik allah,jadi pesanan saya kepada semua saudara2 islam terus beramal,berdoa dan terus menuntut ilmu,moga allah akan manambah ilmu saudara2 semua,Assalammualaikum

Unknown said...

Ben

Unknown said...

Apa yg ada di dunia dan akhirat itu semua milik allah tiadala milik jin tiadala milik syaitan,tiadala milik manusia

Unknown said...

Salam pada yg membaca jangan lah kita bertengkar sesama sendiri.kerana kaf 40 kita berbeda pendapat. nabi dah perpesan tuntut lah ilmu walau kenegeri cina sekali PON .kalau tak silap sy maaf lah pada saudara saudara seperjuangan ilmu itu luas .maafnya sekali lagi kalau ada yg tak betol tu tolong di perbetol kan .

Majapahit Descendant said...

Just wondering... Nabi Musa Kalimullah boleh bercakap dalam Bahasa Ibrani dan Bahasa Qibti..

Adakah Allah bercakap dengan Nabi Musa dalam Bahasa Ibrani atau Qibti?

Anonymous said...

Ini maksud kaf 40
cukuplah Tuhanmu
Berapa banyak yang cukup untuk anda?
hentikan ia seperti serangan hendap
telah dimusnahkan
Banyakkan mengulang zikir
apa khabar?
Ia tidak mungkin
Saya makan kamu semua
hentikan tuanmu
cukup-cukuplah
awak merosakkannya, planet

Anonymous said...

Alo wahabi..

Post a Comment