12 March 2009

Meninggal Di Negara Bukan Islam

alkathiri

Assalamualaikum

Ustaz nak tanya kalau kita mati kat negera Kafir, Mayat nak kena bawak balik ke tak??

********
kamin
Panel Feqh

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan alkathiri dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

Menurut Syiekh Abu al-Haaj al-Maaliki (al-Madkhil, 3/237) bahawa mayat perlulah diberi penghormatan kepadanya, iaitu dengan menguruskannya dan mengkebumikan jenazah tersebut dengan cepat. Perjalanan yang jauh dan memakan masa yang lama akan melambatkan kerja-kerja menyempurnakan mayat.

Adalah menjadi sunnah pada zaman Nabi saw dan para sahabat mengkebumikan jenazah di tempat mereka mati. Tidak ada dalil sahih yang menunjukkan bahawa para sahabat terutama yang mati syahid, jenazah mereka dipindahkan. Maka majoriti ulama' mengatakan bahawa tidak dibenarkan memindahkan mayat sebelum pengkebumian melainkan terdapat alasan yang kuat; seperti takut akan jenazah atau kubur itu dicerobohi.

Fatwa al-Lajnah al-Daaimah menjelaskan bahawa alasan perpindahan jenazah agar ahli keluarga merasa lega dan dapat menziarahinya juga dibenarkan. Akan tetapi, jika perpindahan tersebut mungkin akan menyebabkan jenazah tersebut rosak dsb, maka perpindahaan tidak dibenarkan. al-Lajnah al-Daaimah menyarankan agar jenazah tersebut sebaik-baiknya ditanam di tempat (bandar, negeri) dimana dia mati. [Fataawa Islamiyyah, 2/31-32]

Perkara yang paling penting disini adalah jenazah tersebut hendaklah dikebumikan di kubur orang Islam (walaupun berada dinegara kuffar). Menurut Imam al-Shirazi (al-Muhazzab) bahawa : orang bukan Islam tidak boleh dikebumikan didalam kubur orang Islam dan orang Islam tidak boleh dikebumikan di kubur orang bukan Islam. Ini jelas menunjukkan bahawa mesti ada tempat khas di sediakan untuk pengkebumian orang Islam [Fataawa al-Lajnah al-Daa'imah, 9/6]. WA.

Sekian, wassalam

0 comments:

Post a Comment