08 March 2009

Apabila berlaku kematian

nabilah said ali

assalamualaikum.

saya ingin bertanya beberapa kelakuan yang diamalkan bila berlakunya kematian:
adakah terdapat nas dari al-Qur'an dan juga Sunnah Nabi SAW selesai dikebumikan mayat perlu diadakan jamuan/tahlil juga diadakan niat sedekah/pahala membaca al-Qur'an untuk simati dan sembahyang teman untuk simati.

***************
kamin
Panel Feqh
wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdri/puan nabilah dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

Artikel amalan tahlil dan sedekah kepada mayat ini telah dimasukkan didalam ruangan artikel2 untuk diload. Artikelnya yang bertajuk Hukum menyediakan kenduri kematian karangan Hassan ahmad, yang ditulis didalam jawi dan telah dirumikan oleh Ust. Zayed. URL nya :-

Hukum menyediakan kenduri kematian
URL : http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=27451

Anda juga boleh merujuk beberapa penulisan Ustaz Rasul Dahri berkenaan dengan isu ini. Urlnya seperti berikut :-

KENDURI ARWAH
http://members.tripod.com/rasuldahri/articles/kenduri_arwah.htm

KENDURI ARWAH, TAHLILAN & YASINAN MENURUT ULAMA SYAFIE
http://members.tripod.com/rasuldahri/articles/kenduri_arwah_menurut_ulama_syafie.htm

MENGHADIAHKAN PAHALA BACAAN KEPADA SI MATI
http://members.tripod.com/rasuldahri/articles/hadiah_pahala_pada_simati.htm

PENGHARAMAN KENDURI ARWAH, TAHLILAN, YASINAN & SELAMATAN
http://members.tripod.com/rasuldahri/articles/pengharaman_ka_tahlilan_yasinan_selamatan.htm

Alhamdulillah. Ada beberapa perkara berikut dimana seseorang itu (lebih2 lagi anak2nya) boleh melakukan untuk memunafaatkan orang yang telah mati :-

a. BERDO'A - Perkara terpenting yang dapat memberi munafaat kepada seseorang setelah kematiannya ialah melakukan DO'A agar Allah swt memberi pengampunan baginya. Berdo'alah agar dia selamat dari api neraka dan dimasukkan kedalam syurga. Tambahan lagi jika yang melaukan do'a tersebut merupakan anak2 dia, insyaallah akan memberi kesan kepada si-mati, sebagaimana sabda Nabi saw :

إِنَّ الرَّجُلَ لَتُرْفَعُ دَرَجَتُهُ فِي الْجَنَّةِ فَيَقُولُ أَنَّى هَذَا فَيُقَالُ بِاسْتِغْفَارِ وَلَدِكَ لَكَ
"Taraf seseorang akan di naikkan didalam syurga dan da alan bertanya,'Bagaimana aku berada disini?', Dia akan diberitahu bahawa 'oleh do'a2 anak2 mu untuk mengampunkan kamu'"-[Hadith Riwayat Ibn Majah #3660, Sahih al-Jaami', #1617].

b. BERSEDEKAH - Seperkara lagi ialah memberi sedekah bagi pihak si-mati. A'isyah ra. meriwayatkan bahawa seorang lelaki berkata kepada Nabi saw :

إِنَّ أُمِّي افْتُلِتَتْ نَفْسُهَا ( أي ماتت ) وَأَظُنُّهَا لَوْ تَكَلَّمَتْ تَصَدَّقَتْ فَهَلْ لَهَا أَجْرٌ إِنْ تَصَدَّقْتُ عَنْهَا قَالَ : نَعَمْ .
"'Ibuku sudah mati, aku rasa bahawa jika ibuku boleh bercakap, dia akan bersedekah, apakah diakan menerima ganjaran jika aku bersedekah bagi pihaknya', Nabi menjawab :'YA'"-[Riwayat al-Bukhari, Fath, #1388].

Abu Hurairah ra meriwayatkan :-

أَنَّ رَجُلا قَالَ لِلنَّبِي ِّ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ أَبِي مَاتَ وَتَرَكَ مَالا وَلَمْ يُوصِ فَهَلْ يُكَفِّرُ عَنْهُ أَنْ أَتَصَدَّقَ عَنْهُ قَالَ نَعَمْ
"bahawa ada seseorang lelaki berkata kepada Nabi saw :'bapaku telah mati dan meninggalkan harta, dan tidak membuat wasiat, apakah boleh mengkifaratkan (dosanya) jika aku bersedekah bagi pihaknya?', Nabi menjawab :'Ya'"-[Hadith diriwayatkan oleh al-Nasaai'].

Sa'd ibn 'Ubadah berkata :-

قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّ أُمِّي مَاتَتْ أَفَأَتَصَدَّقُ عَنْهَا قَالَ نَعَمْ قُلْتُ فَأَيُّ الصَّدَقَةِ أَفْضَلُ قَالَ سَقْيُ الْمَاءِ
"Aku berkata : Ya Rasululllah, sesungguhnya ibuku telah mati, apakah boleh aku sedekahkan bagi pihaknya, baginda berkata : Ya, Aku berkata,'Sedakah yang mana yang afdal?', baginda menjawab : memberi minuman". [Hadith riwayat al-Nasaai']

c. HAJI / UMRAH / PUASA (yang tertinggal) - Seseorang itu boleh melakukan Haji dan Umrah bagi pihak ibu-bapa yang telah mati (setelah ia melakukan untuk dirinya terlebih dulu), dan boleh juga melakukan puasa ibu-bapanya yang tertinggal. Dari riwayat Abdullah ibn Buraidah bahawa bapanya ra berkata :

بَيْنَما أَنَا جَالِسٌ عِنْدَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذْ أَتَتْهُ امْرَأَةٌ فَقَالَتْ إِنِّي تَصَدَّقْتُ عَلَى أُمِّي بِجَارِيَةٍ وَإِنَّهَا مَاتَتْ قَالَ فَقَالَ وَجَبَ أَجْرُكِ وَرَدَّهَا عَلَيْكِ الْمِيرَاثُ قَالَتْ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّهُ كَانَ عَلَيْهَا صَوْمُ شَهْرٍ أَفَأَصُومُ عَنْهَا قَالَ صُومِي عَنْهَا قَالَتْ إِنَّهَا لَمْ تَحُجَّ قَطُّ أَفَأَحُجُّ عَنْهَا قَالَ حُجِّي عَنْهَا .
"Semasa aku duduk bersama Rasulullah saw , datang seorang wanita dan berkata : 'Sesungguh aku telah sedekahkan hamba kepadanya, dan dia telah mati'. Baginda menjawab :'anda telah mendapat ganjaran kamu dan hak warisan telah membawa hadiah anda kembali'.Dia berkata,'Ya Rasulullah, sesungguhnya dia mempunyai puasa satu bulan, apakah boleh aku berpuasa bagi pihaknya.'baginda menjawab : Puasalah untuknya'. Dia berkata :'Sesungguhnya dia tidak pergi haji lagi, apakah boleh aku menunaikan Haji baginya, maka baginda menjawab : Lakukan haji untuknya". [Hadith riwayat Muslim didalam Sahihnya, #1149].

d. MENUNAIKAN NAZARNYA - jika ibu-bapa seseorang itu mati, dan didapati bahawa ia pernah bernazar, maka bolehlah anak2nya menunaikan nazar bagi pihaknya. Dari Ibn Abbas ra. bahawa seorang wanita telah datang kepada Nabi saw dan berkata :

إِنَّ أُمِّي نَذَرَتْ أَنْ تَحُجَّ فَمَاتَتْ قَبْلَ أَنْ تَحُجَّ أَفَأَحُجَّ عَنْهَا قَالَ نَعَمْ حُجِّي عَنْهَا أَرَأَيْتِ لَوْ كَانَ عَلَى أُمِّكِ دَيْنٌ أَكُنْتِ قَاضِيَتَهُ قَالَتْ نَعَمْ فَقَالَ اقْضُوا اللَّهَ الَّذِي لَهُ فَإِنَّ اللَّهَ أَحَقُّ بِالْوَفَاءِ
"Ibuku telah bernazar untuk menunaikan Haji akan tetapi dia telah mati sebelum sempat melakukannya. Apakah boleh aku melakukan Haji baginya?' Baginda menjawab :'Ya, lakukan Haji bagi pihaknya. Apakah anda berfikir bahawa jika ibu kamu mempunyai hutang, kamu akan membayarnya? Dia berkata .'Ya'. Baginda berkata .'Maka bayarlah apa yang menjadi milik Allah, kerana Allah lebih berhak tunaikan nazarnya" -[Hadith riwayat al-Bukhaari, al-Fath, #7315]

e. MELAKUKAN KORBAN - dilakukan korban baginya, sebagaimana semada Nabi saw melakukan korban beliau berkata :

بِاسْمِ اللَّهِ اللَّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنْ مُحَمَّدٍ وَآلِ مُحَمَّدٍ
"Dengan Nama Allah, Ya Allah, bagi pihak Muhammad dan kaum keluarga Muhammad" -[Hadith riwayat Muslim #1967].

------------------
Demikian serba sedikit mengenai amalan2 orang hidup khususnya kaum keluarga si-mati yang boleh memunafaatkan si-mati. Bagi rakan2 si-mati, adalah dianjurkan sangat2 agar berdoa' moga2 Allah swt mengampunkan si-Mati dan menempatkannya dikalangan orang2 yang soleh. Tidak perlulah berkumpul beramai2 menghadiahkan al-Fatihah kepadanya yang disertai dengan pelbagai-bagai bacaan2 yang lain, yang tidak dilakukan oleh Nabi saw. WA.

wassalam

0 comments:

Post a Comment