04 March 2009

Simulasi Azab Kubur

Assalamualaikum Wmt Wkt

Apakah hukum menggambarkan perkara sam`iyyat seperti soal mungkar nakir, azab kubur, api neraka, sakaratul maut dalam bentuk lakonan, visual, audio? Ini adalah rentetan dari kenyataan Dato`Abd Hamid yang kata membina kubur buatan dan membuat simulasi azab menyalahi aqidah. Minta penjelasan yaun panel. Wassalam

*************************
thtl

Jawab:

Memang kita pernah mendengar ada simulasi alam barzakh di Country Homes, Rawang Selangor. Konsepnya mungkin diadaptasi dari konsep simulasi Rumah Hantu di Funfare2, Galeri Petrosains di KLCC atau Pusat Hiburan terkemuka spt Universal Studio Di Los Angeles atau Disneyland. Dengar ceritanya di Genting Highland pun ada menyediakan bilik Simulasi ini dalam salah satu pakej hiburannya. Simulasi sebenarnya suatu learning tool (alat bantuan pengajaran) yg berkesan terutama dalam industri aviation (penerbangan).

Kita tidak dapat menjelaskan hukumnya sebelum melalui dan memasuki bilik simulasi spt itu dan mengalaminya sendiri atau jika ada penjaring (surfers) yg pernah ke Rawang dan pernah memasuki bilik simulasi itu, maka bolehlah berkongsi pengalaman bersama kami, apa content sebenar simulasi itu.

Kita berpendapat dalam Islam ada dua metode pengajaran: Targhib dan tarhib ; targhib ialah menyampaikan berita2 gembira dan tarhib ialah menyampaikan berita dan khabar yg menakutkan. Kita tidak berani membuat ulasan mengenai simulasi tarhib ini selagi belum ada maklumat yg konkrit. Allahu a'alam

Hari ini (Ogos 24) saya terbaca dalam akhbar perdana, arahan JAKIM supaya kubur buatan itu ditutup. Dari penjelasan sumber kerajaan itu nampaknya ia berasal dari saki baki ajaran alArqam kerana ia beroperasi di bawah jenama Rufaqa' Corporation. Jika ia sudah diarah tutup bermakna sudah tentu ada isu-isu penyelewengan dan bid'ah. Kita anggap isu ini ditutup. Allahu a'alam

_________________

0 comments:

Post a Comment