12 March 2009

Tabik Hormat Dan Kalungan Bunga Di Tugu Negara

Guest

assalamualaikum..

kalau letak bunga atas tugu dan tabik hormat padanya dihukum haram kan?sila jelaskan boleh tak..?

bagaimana dengan menabbur,meletak bunga atas pusara atau kubur pula..adakah haram?..

*********
kamin
Panel Feqh

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba membantu dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

Berikut adalah beberapa fatwa yang dikeluarkan oleh beberapa negeri di Malaysia.

Fatwa Negeri Selangor wrote:
Kategori : Sosial/Syariah

Tajuk : FATWA TENTANG UPACARA HARI PAHLAWAN

(1) Amalan seperti tiupan “Last Post” , bertafakur dengan menundukan kepala,meletakkan kalungan bunga , bacaan sajak , nyanyian dan tiupan “Rouse” yang dilakukan di hadapan tugu dalam upacara menyambut Hari Pahlawan adalah bercanggah dengan Islam dan boleh membawa kepada syirik.

(2) Bacaan sajak yang boleh menimbulkan semangat kepahlawanan adalah diharuskan dengan syarat tidak dilakukan dihadapan tugu atau di tempat atau dalam suasana yang di larang oleh syara’.

Rujukan Pewartaan : Sel. P.U. 20.
Tarikh Pewartaan : 14 September 1995
Baca : 1312


Oleh : Jawatankuasa Perunding Hukum Syara'
Fatwa Negeri Pahang wrote:
Kategori : Akidah

Tajuk : Meletakkan kalungan bunga di Tugu Peringatan

Isu : Meletakkan kalungan bunga di Tugu Peringatan sempena upacara sambutan Hari Pahlawan dan upacara-upacara lain

Fatwa :

ENAKMEN PENTADBIRAN
UNDANG-UNDANG ISLAM 1991
(Enakmen 3/91)
FATWA DI BAWAH SEKSYEN 36

Fatwa berikut yang dibuat oleh Mufti Negeri di bawah subseksyen 36 (1) Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam 1991 setelah diluluskan oleh Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak menurut subseksyen 39 (6) Enakmen itu adalah disiarkan menurut subseksyen 36(2) Enakmen itu:

Meletakkan kalungan bunga di Tugu Peringatan sempena upacara sambutan Hari Pahlawan dan upacara-upacara lain adalah haram dan hendaklah ditinggalkan.”

Rujukan Pewartaan : 36
Tarikh Pewartaan :
16 Januari 1997
Baca : 1572
Oleh : Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang

sumber : http://www.e-fatwa.gov.my/mufti/fatwa_prosearch.asp?search=tugu

*******
kamin
Panel Feqh

Quote:
bagaimana dengan menabbur,meletak bunga atas pusara atau kubur pula..adakah haram?..

Ada yang cuba mengaitkan amalan menabur bunga atau meletakkan bunga dikubur merupakan amalan yang pernah dilakukan oleh Nabi saw. Didalam sebuah hadith sahih meriwayatlan bahawa Ibn Abbas ra menjelaskan bahawa Nabi saw melalui 2 kubur dan berkata - mereka sedang diseksa. Salah seorang dari mereka tidak prihatin dengan air kencing yang terkena pada pakaian dia. Dan seorang lagi pula suka menyebarkan gossip. Kemudian sambung Ibn Abbas ra :-

ثُمَّ أَخَذَ جَرِيدَةً رَطْبَةً فَشَقَّهَا نِصْفَيْنِ فَغَرَزَ فِي كُلِّ قَبْرٍ وَاحِدَةً ، قَالُوا : يَا رَسُولَ اللَّهِ ، لِمَ فَعَلْتَ هَذَا ؟ قَالَ : لَعَلَّهُ يُخَفِّفُ عَنْهُمَا مَا لَمْ يَيْبَسَا
"Kemudian baginda meletakkan pelepah tamar yang masih segar dan dipatahkan menjadi dua, dan meletakkan kepada kedua kubur, Mereka berkata : Ya Rasulullah, kenapa anda melakukan ini? Baginda berkata : Moga-moga ia akan menringankan (siksaan) kedua-duanya selama-mana ia tidak kering" [Hadith Riwayat al-Bukhari #218 dan Muslim #292].

Alasan beberapa pandangan adalah pelepah tamar yang masih segar itu bertasbih membesarkan Allah swt. Imam Nawawi mengatakan bahawa ada dikalangan ahli tafsir menjelaskan firman Allah didalam surah al-Isra', ayat 44 ("dan tiada sesuatupun melainkan bang ertasbih dengan memujiNya"). Dikalangan mereka berpendapat bahawa setiap benda yang masih segar seperti pokok, bunga dsb, selama-mana ia tidak kering akan bertsabi kepada Allah.

Al-Khattaabi telah mengkritik perbuatan orang lain yang meletakkan daun segar atau seumpamanya diatas kubur diatas alasan mengikuti hadith tersebut. Apa yang terpenting adalah pohon do'a kepada Allah swt agar diringankan dosa-dosa mereka.

al-Lajnah al-Daaimah menjelaskan bahawa hadith tersebut khusus bagi Nabi saw, kerana beliau diberi pengetahuan tentang azab yang dihadapi oleh mayat didalam kubur tersebut. Ini adalah kelebihan yang Allah berikan kepada Nabi saw. Para sahabat pun tidak diriwayatkan melakukan perbuatan tersebut! Syiekh Abdul Aziz bin Baaz rh. mengatakan tidak dibenarkan sesiapa yang meletakkan bunga diatas kubur. [Majallat al-Buhuth al-Islamiyyah, 68/50]

Kesimpulannya adalah amalan meletakkan bunga diatas kubur itu bukanlah amalan yang sunatkan. Amalan ini tidak boleh dikaikan dengan hadith Nabi saw yang meletakkan pelepah tamar diatas kubur kerana perbuatan tersebut adalah dikhususkan kepada Nabi saw sahaja. WA.

Sekian, wassalam.

1 comments:

dwellers said...

bis tu ustad, kalau melawat je macam mana pulak hukum nya? Maksud saya, pergi melawat macam melancong, tengok-tengok saja, makan angin, then lawat kat tugu negara, tak letak kalung bunga, tak buat apa, cuma pergi tengok saja, lawat, apa pula hukum nya ustad?

Post a Comment