12 March 2009

Doa Jama'iy

Guest

Salam

Ada kemusykilan ttg mengaminkan doa secara beramai2(jam'i).

1. Adakah ini satu amalan bid'ah?

2. Jika demikian, mengapakah byk doa2 samada dari Al-Quran atau Hadis Rasullullah s.a.w bacaanya di dlm jama', bkn mufrad?

Harap dpt pencerahan.
JKK...

***********
Abu_Umair
Panel Feqh

بسم الله
والصلاة والسلام على رسول الله
وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

Quote:
1. Adakah ini satu amalan bid'ah?

Tidak ada halangan daripada syarak untuk berkumpul dan berdoa secara jemaah, atau membaca quran, KECUALI amalan itu dijadikan amalan tetap seperti seminggu sekali, atau sebulan sekali, atau setiap kali selepas solat fardhu, atau apa2 yg berbentuk ratibah.

Imam Ahmad bin Hanbal ditanya: Adakah ditegah suatu kumpulan berkumpul sambil mereka berdoa dan mengangkat tangan mereka?
Jawab Imam Ahmad: Aku tidak menggapnya suatu yg dibenci, jika mereka tidak berkumpul secara berterusan.

Adapun menjadikannya sebagai suatu adat yg diulang-ulangi pada waktu2 tertentu, maka ia termasuk dalam perkara bidaah.

Wallahu A'lam.

rujukan:
Iqtidha' al-Sirat al-Mustaqeem oleh Ibn Taimiyyah 1/305

Quote:
2. Jika demikian, mengapakah byk doa2 samada dari Al-Quran atau Hadis Rasullullah s.a.w bacaanya di dlm jama', bkn mufrad?

Ada sesetengah doa baginda adalah secara mufrad. Dan ada sesetengah doa baginda pula dengan lafaz jamak, apabila baginda berdoa untuk dirinya dan umatnya.

Malahan, apabila seseorang berdoa dan di belakangnya ada jemaah yang mengaminkan doanya, maka HENDAKLAH berdoa dengan lafaz jamak, kerana hadis Thauban, Nabi SAW besabda:

ولا يؤم قوما فيختص نفسه بالدعاء دونهم فإن فعل فقد خانهم

ertinya: Jangan seseorang mengimami suatu kumpulan, lalu mengkhususkan doa untuk dirinya sahaja, tanpa mereka. Jika dia melakukan begitu, dia mengkhianati mereka.
HR: Ahmad (no: 22415), Abu Daud (no: 90), Tirmizi (no: 357), Ibn Majah (no: 923). Kata Tirmizi: Hadis Hasan.

0 comments:

Post a Comment