12 March 2009

Doa Dalam Tahhiyat Akhir

Guest

salam kpd semua panel feqh.

selepas saya abis baca selawat dlm tahiyyat akhir,sy terus berdoa. sy doa la ape yg patut dan ape yg saya perlu, lepas bagi salam. saya doa lagi dgn bertadah tangan.
soalan di sini, boleh ke berdoa selepas selawat?
dan kalau ianya boleh,nabi doa ape lepas selawat tu?
boleh kah sy doa tidak ikut nabi punya doa?

*******
Abu_Umair
Panel Feqh

بسم الله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه
أما بعد

Quote:
boleh ke berdoa selepas selawat?

Sabit dalam hadis2 sahih Nabi SAW berdoa sebelum memberi salam, dan menggalakkan kepada umatnya. antaranya:
- hadis Ibn Masud: "Kemudian (selepas tasyahhud akhir) hendaklah memilih daripada doa2 yg paling dikaguminya". HR Bukhari dan Muslim.

Berdoa ketika ini adalah masyruk dan sunnah dengan sepakat seluruh org2 Islam. Malahan ada kalangan salaf dan khalaf menganggapnya wajib. Sebagaimana Tawus bin Kaisan mengarahkan sesiapa yg tidak membaca doa sebelum salam supaya mengulangi sembahyangnya.

Quote:
dan kalau ianya boleh,nabi doa ape lepas selawat tu?
boleh kah sy doa tidak ikut nabi punya doa?

Berikut adalah beberapa doa yg diriwayatkan:

pertama:

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ، وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ، وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ، وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ
Ertinya: "YA Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan-Mu daripada azab neraka jahanam, daripada azab kubur, daripada ujian kehidupan dan kematian, dan daripada kejahatan ujian al-masih dajjal." (HR Muslim 1276)

kedua:

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي مَا قَدَّمْتُ وَمَا أَخَّرْتُ وَمَا أَسْرَرْتُ وَمَا أَعْلَنْتُ وَمَا أَسْرَفْتُ وَمَا أَنْتَ أَعْلَمُ بِهِ مِنِّي, أَنْتَ الْمُقَدِّمُ وَأَنْتَ الْمُؤَخِّرُ, لاَ إِلهَ إِلاَّ أَنْت
Ertinya: "Wahai Tuhan, ampunilah bagiku dosa-dosa yang terdahulu, yang terkemudian, yang aku rahsiakan, yang aku nyatakan, yang aku melampau, dan yang Engkau lebih mengetahui daripadaku tentangnya. Engkaulah yang mendahulukan dan mengemudiankan sesuatu, tiada tuhan sebenar melainkan Engkau." (Muslim 1762).

ketiga:

اللَّهُمَّ إِنِّي ظَلَمْتُ نَفْسِي ظُلْماً كَثِيراً وَلاَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلاَّ أَنْتَ. فَاغْفِرْ لِي مَغْفِرَةً مِنْ عِنْدِكَ وَارْحَمْنِي، إِنَّكَ أَنْتَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ
Ertinya: "Ya Allah, sesungguhnya aku telah menzalimi diriku dengan kezaliman yang banyak. Tiada sesiapa yang dapat mengampunkan dosa-dosa melainkan Engkau, maka ampunilah bagiku dengan keampunan dariapda-Mu dan rahmatilah aku. Sesungguhnya Engkau maha pengampun lagi maha penyayang." (Bukhari 6181 dan Muslim 6819).

Quote:
lepas bagi salam. saya doa lagi dgn bertadah tangan.

Berkenaan berdoa selepas memberi salam pula:

-Jika ia dilakukan secara individu, adalah tidak mengapa untuk dilakukan pada sesetengah ketika. kerana kita digalakkan berdoa pada bila2 masa sahaja. cuma tidak dijadikan ia sebagai wirid yg dilakukan secara lazim, kerana tiada dalil khas berkenaan amalan ini. cuma ada dalil2 umum galakan berdoa.

-Jika dilakukan secara jamaah antara imam dan makmum pada setiap keli selepas solat, maka tidak diragui bahawa amalan ini BUKAN SUNNAH NABI dan bukan sunnah khulafa' dan salaf selepas mereka. Andaikata Nabi pernah lakukan, nescaya akan dinukilkan secara sahih sebagaimana sahabat2 menukilkan semua ibadah2 Nabi yg lebih kecil drpd solat jemaah.

Quote:
saya doa lagi dgn bertadah tangan

Mengangkat tangan sambil berdoa sabit dalam banyak hadis. Cuma menyapu tangan ke muka selepas berdoa ada satu atau dua hadis yg tidak boleh dibuat hujah dengannya.

wallahu a'lam.

rujukan:
Majmuk Fatawa Ibn Taimiyyah 22/302-304 (cetakan Dar al-Wafa').

0 comments:

Post a Comment