08 March 2009

lambat berdoa bersama imam

rizal1039

Salam

saya ingin bertanya,

pada suatu ketika saya masbuk mengikut solat jemaah. apabila selesai solat, saya dapati imam sedang membaca doa diikuti jemaah2 lain yg mengaminkan. dalam doa tersebut didapati tahmid dan juga selawat nabi telah melalui saat saya mengangkat tangan untuk mengaminkan doa mengikuti imam. soalannya, perlukah saya membaca tahmid dan juga selawat nabi untuk memulai doa, walaupun imam telah melalui pada permulaan awal doa tadi? atau ikut sahaja mengaminkan bersama jemaah2 yg lain tanpa tahmid dan selawat nabi?

itu sahaja. terima kasih

**************
kamin
Panel Feqh

Assalamu'alaikum

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr rizal1039 dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

Didalam situasi ini, terdapat 2 kewajipan yang harus dilaksanakan :-

a. Makmum yang masbuk hendaklah meneruskan solat tanpa mengambil kira yang yang dilakukan oleh Imam; dengan kata lain : hendaklah meneruskan khusyuk didalam solat (tanpa memperdulikan apa2 do'a atau zikir yang dibaca oleh Imam, kerana qudwah Makmum dan Imam telah selesai). Khyusuk itu tuntutan kejayaan orang mukmin didalam solat, firman Allah swt :-

قَدْ أَفْلَحَ الْمُؤْمِنُونَ. الَّذِينَ هُمْ فِي صَلَاتِهِمْ خَاشِعُونَ.
"Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman.Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya." [Surah al-Mukminun :1-2]

b. Imam hendaklah memperlahankan bacaan zikir atau do'a agar makmum yang masbuk tidak terganggu solatnya. Situasi ini agak sukar didalam suasana solat jemaah di Malaysia dan situasi ini amat berbeza jika kita lihat di negara2 Arab walaupun Mazhab mereka Syafie, mereka tidak mengamalkan amalan2 membaca do'a secara beramai2 dan mengeraskan suara selepas solat, dimana para ulama' khilaf menentukan hukum membenarkan do'a selepas solat. Lebih2 lagi selepas solat Imam membaca dan makmum mengaminkan, tidak pula terdapat dalil mengenainya.

Kes ini membawa kepada 2 persoalan :-

i. Apakah sunnah berdo'a selepas solat? Bolehkan seseorang itu mengangkat tangan?
ii. Apakah sunnat Imam berdo'a dan makmum mengaminkan do'a Imam?

i. Kebanyakkan ulama' berpendapat bukanlah sunnah mengangkat tangan sambil berdo'a selepas Solat (al-Nawawi, al-Azkar). Mereka membenarkan berdo'a selepas solat tanpa mengangkat tangan. Kenyataan ini tidak mengira sama seseorang itu Imam atau makmum yang melakukan do'a secara bersendirian. Didalam fatwa yang dikeluarkan oleh Jawatan kuasa tetap Fatwa Arab Saudi mengatakan bahawa :-

لم يثبت عن النبي صلى الله عليه وسلم فيما نعلم أنه رفع يديه بعد السلام من الفريضة في الدعاء ، ورفعهما بعد السلام من صلاة الفريضة مخالف للسنة
"Tidak ada bukti/dalil yang menunjukkan bahawa Nabi saw mengangkat kedua2 belah tangan selepas solat fardu selama yang kami tahu, maka mengangkat tangan selepas solat wajib bertentangan dengan sunnah" -[Lajnah al-Daa'imah, 7/104; noFatwa : 5565].

Bagi mereka yang berdo'a tanpa mengangkat tangan, Jawatan Kuasa Tetap itu menyebut :-

أما الدعاء بدون ذلك فلا بأس به ، لورود بعض الأحاديث في ذلك
"Mengenai berdo'a tanpa seperti itu (mengangkat tangan), tidak ada masalah mengenainya, terdapat beberapa hadith2 berkenaan dengannya" -[Lajnah al-Daa'imah, 7/103; noFatwa : ].

Kesimpulannya, ulama' membenarkan berdo'a bersendirian selepas solat, cuma mereka khilaf mengenai samada perlu angkat tangan ataupun tidak.
---------------

ii. Do'a selepas solat yang dibaca oleh Imam dan di 'Amin'kan oleh makmum, tidak terdapat sandarannya dari Nabi saw, lebih2 lagi do'a dibacakan secara kuat dimana terdapat makmum2 yang masbuk masih belum selesai solat. Didalam buku fatwa yang lain Jawatan Kuasa Fatwa mengatakan :-

الدعاء جهرا عقب الصلوات الخمس والسنن والرواتب أو الدعاء بعدها على الهيئة الاجتماعية على سبيل الدوام بدعة منكرة ؛ لأنه لم يثبت عن النبي صلى الله عليه وسلم شيء من ذلك ولا عن أصحابه رضي الله عنهم ، ومن دعا عقب الفرائض أو سننها الراتبة على الهيئة الاجتماعية فهو مخالف في ذلك لأهل السنة والجماعة ، ورميه من خالفه ولم يفعل كما فعل بأنه كافر أو ليس من أهل السنة والجماعة جهل منه وضلال وقلب للحقائق
"Berdo'a secara jahr (kuat) selepas solat 5 waktu dan sunat rawaatib, atau membaca do'a didalam satu suara secara (di 'aminkan' beramai2) berjemaah secara berterusan merupakan bid'ah yang mungkar! Kerana sesungguhnya tidak ada dalil dari Nabi saw apa2 mengenainya, dan tidak juga dari sahabat ra., dan barangsiapa yang berdo'a selepas solat fardu atau sunnat didalam satu suara secara berjemaah maka ia telah bertentangan dengan jalan ahli sunnah wal-jamaah, dan bagi mereka yang mencerca sesiapa yang tidak bersetuju dengan mereka dan menganggap mereja kafir dan tidak tergolong dari ahli sunnah wal-jamaah adalah jahil, sesat dan faktanya berkecamuk" - [Fataawa Islamiyyah, 1/319]

Ibn Taimiyah rh. menyatakan bahawa do'a beramai2 selepas selesai solat tidak datang dari Nabi saw, dan apa yang para Imam lakukan adalah mengajar cara2 berzikir selepas solat. Menurut beliau :-

الأحاديث المعروفة في الصحاح والسنن والمساند تدل على أن النبي صلى الله عليه وسلم كان يدعو في دبر صلاته قبل الخروج منها وكان يأمر أصحابه بذلك ويعلمهم ذلك ولم ينقل أحد أن النبي صلى الله عليه وسلم كان إذا صلى بالناس يدعو بعد الخروج من الصلاة هو والمأمومون جميعا لا في الفجر ولا في العصر ولا في غيرهما من الصلوات بل قد ثبت عنه أنه كان يستقبل أصحابه ويذكر الله ويعلمهم ذكر الله عقيب الخروج من الصلاة
"Didalam hadith2 yang dikenali didalam Shahih dan Musand bahawa Nabi saw berdo'a selepas solat sebelum beliau keluar darinya, dan begitu diperintahkan keatas sahabatnya agar berbuat begitu dan mengajarnya, dan tidak terdapat riwayat bahawa Nabi saw apabila bersolat dengan orang Islam berdo'a selepas keluar dari solat bersama makmum berjemaah, tidak didalam solat subuh, asar, dan tidak didalam selain kedua2 solat tersebut, bahkan datang dari Nabi saw sesungguhnya telah menerima dari kalangan sahabat (dari nabi saw) zikirullah dan baginda mengajar zikrullah selepas keluar dari solat" [Fatwa IOL, FatwaID=76907].

Kesimpulannya, berdo'a secara berjemaah selepas solat fardu tidak terdapat sebarang dalil dari Nabi saw. Akan tetapi Nabi saw pernah kelihatan berdo'a selepas solat secara bersendirian.
--------------------

Membaca tahmid; memuji2 Allah dan berselawat disunatkan kepada orang yang sedang membaca do'a tersebut, sebagaimana sabda Nabi saw :-

إِذَا صَلَّى أَحَدُكُمْ فَلْيَبْدَأْ بِتَحْمِيدِ اللَّهِ وَالثَّنَاءِ عَلَيْهِ ثُمَّ لْيُصَلِّ عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثُمَّ لْيَدْعُ بَعْدُ بِمَا شَاءَ
"Apabila salah seorang dari kamu berdo;a, maka mulakan dengan memuji Allah dan membesarkannya, kemudian hendaklah dia berselawat keatas Nabi saw , kemudian biar dia minta apa yang dia mahu" - [Riwayat Imam al-Tirmudzi #3477].

Wallahu A'lam, wassalam
=============
Rujukan:

1. Fataawa al-Lajnah al-Daa'imah al-'ilmiyyah wa Ifta' - 7. susunan Syeikh Ahmad bin Abdul Razaq al-Dawish. cet. ke 3. Riyah : Dar al-Muayyad, 2000. ms 103-104.

2. Syiekh Ibn Taimiyah rh. الدعاء الجماعي بعد الصلاة . url : http://www.islamonline.net/fatwa/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=76907

0 comments:

Post a Comment