08 March 2009

Bagaimana Rasulullah Saw Berdoa

'Abdullah

Salam

ana nak tanye beberape soalan mengenai doa:

1) adakah nabi s.a.w bedoa setiap kali lepas solat fardhu??
2) bagaimanakah cara nabi s.a.w. berdoa? adakah baginda sentiasa mengangkat tgn bila berdoa??
3) bilakah masa yg lain baginda berdoa??

Wassalam

***************
g@y@t

Salam

Quote:
1) adakah nabi s.a.w bedoa setiap kali lepas solat fardhu??

Nabi mengajar umatnya setelah solat berzikir dan juga berdoa. Terdapat byk hadis sahih yg menunjukkan perkara ini. terlalu banyaklah utk disenaraikan satu2 persatu hadis2 yg berkaitan. Namun begitu saya sertakan satu hadis yg bermaksud:

Dari Sa'ad bin Abi waqqash ra, sesungguhnya Rasulullah saw selalu berlindung ketika seleai dari setiap solat sgn ucapan, "Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung pada Mu dari sifat bakhil, aku berlindung pada Mu pada sifat pengecut, aku berlindung pada Mu dari usia lanjut hingga pikun, aku berlindung pada Mu dari cubaan dunia dan aku berlindung pada Mu dari siksa kubur." [HR Bukhari dan Turmudzi]

Quote:
2) bagaimanakah cara nabi s.a.w. berdoa? adakah baginda sentiasa mengangkat tgn bila berdoa??

Nabi saw tidak mengangkat tangan setiap kali berdoa. Oleh yg demikian tidaklah salah utk tidak mengangkat tangan ketika berdoa. Antara doa yg tidak diangkatkan tangan baginda saw ialah doa selpas azan. Sila lihat URL berikut:
Re: Tertib dan kaifiat doa

Quote:
3) bilakah masa yg lain baginda berdoa??

Hmmm.....tak termampu utk kita senaraikan. Yg nyata Nabi saw sering berdoa tidak mengira masa dan tempat. Allah berfirman dalam surah al-Mukmin ayat 60 yg bermaksud:

"Allah swt telah berfirman, "BErdoalah kamu kepadaku, nescaya Aku kabulkan doamu itu!" Ini suatu janji Allah kpd hamba2nya."

Dalam surah al'A'raaf ayat 205 yg bermaksud,

"Dan ingatlah(berzikirlah, berdoalah) kpd Tuahnmu di dalam hatimu dgn merendahkan diri dan rasa takut, dan dgn tidak mengeraskan suara, di waktu pagi dan petang, Dan janganlah kamu menjadi orang2 yg lalai."

Sekian. WA.

Wassalam

Rujukan

Hadis2 Hukum Mengenai Bersuci dan Bersolat
Abu Soleh Nasaruddin

0 comments:

Post a Comment