07 June 2009

Doa dan Zikir

sir_erol

Salam sy ingin meminta pencerahan drpd ustz panel berkenaan 2 perkara..

1. adakah ini doa yg kita baca bila membuang angin(kentot)..'allahumma adlihi fi fahmi syaitonnirrojim'..apakah ia tsabit dr alquran&hadith..

2. berzikir dgn menggunakan zikir Hu,Hu haq,Hu allah,Ya hu adakah ini jg tsabit dgn alquran&hadith..jika tdk tsabit dgn 2 sumber yg kukuh ini adakah mengamalknnya blh menyebabkn kita terpesong(bknkah Hu 2 maksudnya Dia dn Dia 2 biasanye kita kaitkn dgn hanya allah).. Yellow Question Jzz

*****************
al-jawhar
Panel Feqh

بسم الله، و الحمد لله، و الصلاة والسلام على رسول الله، وبعد:

Doa membuang angin (kentut) seperti yang disebutkan oleh saudara adalah doa yang tidak ada sandarannya dari Rasulullah saw.Sepanjang pencarian kami , tidak di temui lafaz doa sebegini yang perlu diucapkan seseorang ketika membuang angin.Cukup sekadar dengan menjaga segala adab dan tatasusila yang sopan sewaktu melepaskan angin tersebut.

Quote:
berzikir dgn menggunakan zikir Hu,Hu haq,Hu allah,Ya hu adakah ini jg tsabit dgn alquran&hadith..jika tdk tsabit dgn 2 sumber yg kukuh ini adakah mengamalknnya blh menyebabkn kita terpesong(bknkah Hu 2 maksudnya Dia dn Dia 2 biasanye kita kaitkn dgn hanya allah).

Berzikir dengan kalimah : HU…HU..HAQ , HU ALLAH , YA HU adalah suatu bentuk zikir yang tidak ada asalnya , malahan merupakan zikir yang menyimpang dari ajaran Islam sebenar yang dibawa oleh Baginda saw.

Apakah terlalu susah untuk kita menyebut kalimah : SUBHANALLAH , AL HAMDULILLAH , ALLHU AKBAR atau kalimah LA ILAHA ILLALLAH atau apa sahaja zikir yang memang sahih dan thabit darii Baginda Rasulullah saw ??

Zikirlah sebanyak mana pun yang kita inginkan , tapi ikutlah zikir-zikir yang memang berasal dari Sunnah Rasulullah saw.Terlalu banyak bentuk zikir yang diamalkan serta disaran untuk diamalkan oleh Rasullullah saw.Jadi , kenapa kita perlu pilih yang lain dari yang di muktamadkan.??

WA

0 comments:

Post a Comment