04 March 2009

Salawat Tafrijiyah

Assalamu'alaikum Warah MatuLlah

Kita disarankan banyak bersalawat kepada Nabi Muhammad S.A.W. Antaranya salawat2 yang dianjurkan adalah seperti Salawat Munjiah, Badriyah, Tafrijiah dan lain2.

Tetapi contoh bagi Salawat Tafrijiah, maknanya agak membingungkan saya. Harap Uztaz dapat meleraikannya.

"Semoga terurai dengan berkahnya segala macam buhulan dilepaskan dari segala macam kesusahan",
"Ditunaikan segala macam hajat",
"Tercapai segala macam keinginan",
"Dan husnul Khatimah",
"Dicurahkan Air Hujan, dengan Berkah PeribadiNya yang Mulia",

1-Bukankah Semuanya itu ditangan Allah jua ?
2-Apakah Contoh2 bagi setiap satu?

JazakaLlah

*************************
pendekar

وعليكم السلام و رحمة الله وبركاته
{ بسم الله الرحمن الرحيم }
(( رب إشرح لي صدري و يسرلي أمري وأحلل عقدة من لساني يفقهوا قولي ))


***********************
Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta’ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama’ yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta’ala dan seluruh muslimin. Amin.

Wahai Saudara MicroScript yang dirahmati !,

Bukankah saudara sendiri telah bertanyakan isi soalan yang sama dengan soalan di atas sebelum ini ?.

Sila rujuk jawapan kami sebelum ini di SJ - 1758 : APAKAH "BERKAT" ? .

Dan kalau masih belum berpuas hati , silalah datang kembali kembali kepada kami ( dan yang lebihbaiknya dapat saudara sertakan teks Selawat At-Tafrijiyah itu sendiri di dalam B. Arab ataupun seumbernya daripada mana-mana kitab @ web )

Wallahu A’alam Bissowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad


و إلى اللقاء إن شاء الله تعالى
والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته

******************************
kamin
Panel Feqh

Assalamu'alaikum

Mungkin selawat At-tafrijiyyah yg sdr MicroScript maksudkan adalah seperti dibawah ini:

اللهم صلي صلاةً كاملة وسلم سلاما تاما على سيدنا محمد الذي (الذي كما ينطق بها بعضهم) تنحل به العقد، وتتفرج به الكرب، وتقضى به الحوائج ، وتنال به الرغائب، وحسن الخواتيم ويستسقى الغمام بوجهه الكريم وعلى آله وصحبه في كل لمحة ونفس

maknanya:

"Ya Allah, limpahkanlah rahmat yang sempurna dan berilah kesejahteraan yang sempurna kepada junjungan kita Nabi Muhammad saw yg menjadi sebab terlepasnya sesuatu yang masih mengalami jalan buntu dan terbukanya kesempitan serta didatanginya semua hajat dan diperoleh semua pemberian serta husnul khatimah dan diturunkan siraman mendung (hujan) lantaran keagungan baginda. (Dan limpahkanlah rahmat dan salam) kepada keluarga baginda, dan sahabat baginda di dalam setiap kerlipan mata dan nafas "

------------
Disini kita bawa beberapa petikan jawapan yg dikemukan dari laman web www.islam-qa.com (Islam Soal & jawab) oleh Sheikh Muhammad Saleh Al-Munajjid (seorang Ulama' Saudi) berkenaan dengan Selawat At-Tafrijiyyah:

1. Makna beberapa kalimah tersebut:

- "تنحلُّ به العقد" - apa-apa yg membawa kearah menyelesaikan masalah sukar dan complex yg dihadapinya. Mmungkin boleh bermaksud meredakan kemarahan

- "تنفرج به الكُرب" : mana-mana - kesedihan atau kekecewaan di lenyapkan dari dirinya

-"تقضى به الحوائج" : memohon apa yg diinginkan dan memohon pertimbangannya

-"تنال به الرغائب وحسن الخواتيم" :merealisasikan semua harapannya samaada di dunia atau di akhirat. darinya : penamat yg baik.

-"يستسقى الغمام بوجهه الكريم" : ia memohon do'a dari Allah akan menurun kan air hujan

-"والغمام" : awan

2. Jawapan kepada penggunaan selawat At Tarjiriyyah

ث. أن فيها عبارات مخالفة للشرع ، وشرك وغلو في النبي صلى الله عليه وسلم ، ونسبة أفعال له لا يصح أن تنسب إلا لله عز وجل ، كقضاء الحوائج ، وحل العُقد ، ونيل الرغائب ، وحسن الخاتمة . وقد أمر الله نبيه صلى الله عليه وسلم أن يقول : ( قل إني لا أملك لكم ضراً ولا رشداً ) ،
ج. أنه ترك ما جاء به الشرع ، وذهب ليخترع صلاة ودعاءً من عنده ، وفي هذا اتهام للنبي صلى الله عليه وسلم بالتقصير في بيان ما يحتاجه الناس ، وفيه استدراك على
الشرع .

d- Ia merupakan satu lafaz yg berlainan yg terdapat didalam shariah, dan 'polythesim' dan berlebihan-lebihan terhadap Nabi saw, dan perbuatan-perbuatan yg di nilaikan kepadanya bukanlah sifatnya yg betul melainkan ianya kepada Allah yg Maha Besar! sebagaimana didalam menyempurnakan keinginan, masalah ikatan-ikatan, dan sebagainya. "Dan Allah telah memerintahkan keatas Nabi Muhammad saw katanya :Katakanlah lagi; Sesungguhnya aku tidak berkuasa mendatangkan sebarang mudarat dan tidak juga berkuasa mendatangkan sebarang kebaikan bagi kamu".[Surah Jin:21]

e- Ia telah meninggalkan apa yg shariah telah bawa, dan mengikutinya agar dapat mencipta selawat dan jenis selawat, dan ini bagaikan suatu tuduhan terhadap Nabi saw kerana lalai [neglect] menyempurnakan kehendak manusia, didalam membetulkan syariah.

-----
wa'allahu 'alam

wassalam

2 comments:

Ibnu Ayub said...

Salam! Jadi apakah kesimpulannya, Ustaz? Adakah kita patut memberhentikan salawat ini dalam kehidupan kita, dan amalkan sahaja salawat seperti yng dalam sembahyang sahaja? Tolong jelaskan kesimpulannya. Jazakallah.

badrul said...

baca selawat yang biasa sahaja...tgk kitab hadis sohih lg bagus

Post a Comment