04 March 2009

Berubat Dengan Jin Islam

Assalamualaikum Wmt.Wkt

1. Apakah hukum berubat tradisional menggunakan jin Islam tanpa melakukan perbuatan yang boleh dikira sebagai syirik?

Wassalam

**********************
pendekar

وعليكم السلام و رحمة الله وبركاتهم
{ بسم الله الرحمن الرحيم }
(( رب إشرح لي صدري و يسرلي أمري وأحلل عقدة من لساني يفقهوا قولي ))

***********************

Alhamdulillah, berdasarkan butiran-butiran berikut adalah merupakan jawapan-jawapan bagi setiap soalan yang diajukan menurut pengetahuan kami yang sedikit , yang dikurniakan oleh Allah Ta’ala :

01 - Di antara tentera Iblis ( laknatulLahu 'Alahi ) ialah Golongan Jin & Manusia (( Minal Jinnati Wan Nas )). Andainya manusia yang menipu pun agak sukar untuk dijauhi, apatah lagi dengan Jin yang boleh ghaib ?. Maka sudah tentu tipu-dayanya juga lebih licik drp manusia yang boleh dilihat oleh mata kasar.

02 - Apabila Jin boleh menipu lebih licik, maka tiada sebab untuk berubat dengan Jin, walaupun Jin Islam. Ini agar kita tidak terjerumus ke arah rawatan yang dipenuhi dengan bid'ah, takhyul dan lebih-lebih lagi Syirik.

03 - Bagaimanakah JIn itu boleh saudara kenal sebagai seorang Islam ?. Kalau setakat pengakuannya, maka ia belum memadai kerana sebagai mana munafiq manusia boleh mengaku sbg muslim, maka apatah lagi Jin.

Kalau setakat Jin itu boleh membaca Al-Quran, itu belum tentu lagi dia benar-benar muslim, sebab Iblis ( laknatulLahu 'alaih) yang menjadi Jeneral Syaitan drp bangsa Jin & Manusia pun hebat tajwidnya dan tahu hukum-hakam agama !.

Manusia yang mengaku sebagai muslimin ini pun , ramai yang " putar alam ", maka bagaimana pula dengan Jin yang memang sukar dilihat dek mata kasar ?.

04 - Apakah sudah tiada lagi manusia yang boleh melakukan rawatan hinggakan Jin Islam pula yang dicari ???.

05 - Oleh kerana Jin itu sendiri pun ghaib, dan sukar dilihat oleh mata kasar, dan kelakuannya pun sukar diramal, maka di sini sesuai dengan kaedah Fiqh " Saddul Adz-Dzaraiek : ( Menutup Pintu-Pintu Kemaksiatan @ Kederhakaan kepada Allah Ta'ala " , maka kita nyatakan HARAM BERUBAT DENGAN MENGGUNAKAN JIN MUSLIM KERANA IANYA BERKEMUNGKINAN BESAR MEMBAWA KEPADA SYIRIK YANG MERUPAKAN DOSA YANG TIDAK DIAMPUNI OLEH ALLAH TA'ALA ( Wal'iyadzubilLahi Min Dzalik ).

***********************

Begitulah jawapan-jawapan berdasarkan soalan-soalan yang tersurat, walhal Allah Ta’ala Lebih & Maha Mengetahui setiap apa yang tersirat.


SARANAN RUJUKAN & PEMBACAAN :

01 - BERDIALOG DENGAN JIN WALI ALLAH
Oleh : Al-Fadhil Dr. Amran Kasimin
Percetakan Watan Sdn. Bhd , K. Lumpur.


Wallahu A’alam Bissowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad

و إلى اللقاء إن شاء الله تعالى
والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته

0 comments:

Post a Comment