09 March 2009

Autopsi - Bedah Mayat

Salam
Ana cuma nak bertanya kepada panel al-ahkam dan khususnya kepada akhi jawana berkenaan post-mortem yang sudah lama dibahasakan. Apakah pandangan-pandangan ulama' berkenaan post-mortem. Dalam keadaan apa yang dibenarkan jika boleh.

Wassalam

************
g@y@t
Salam

Jwpn ringkas dari saya.

Sheikh Attiyyah Saqr(bekas Ketua Lujnah Fatwa Al-Azhar). dan Sheikh Muhammad Ali Hanooti(member of the North American Fiqh Council). mengatakan autopsi ataupun bedah mayat dgn tujuan pembelajaran ataupun penyelidikan mayat(cthnya kes jenayah) adalah diharuskan oleh syara' dan ulama' meletakkan ia dibawah skop darurat. Ia tidak termasuk dalam hukum haram dan bukan menghina mayat. Sekian.

Wassalam

*************
kamin
Panel Feqh

Assalamu'alaikum

Alhamdulillah. Terima kasih kepada sdr Ateed kerana bertanyakan soalan mengenai post-mortem dan kepada Sdrku Gayat yang telah menjawabnya soalan diatas. Benarlah apa yang dikatakan oleh sdr Ateed bahawa post-mortem itu bertujuan melakukan penyiasatan, untuk mengetahui akibat dan sebab kematian seseorang.

Islam amat mengambil berat keadaan dan konsisi umatnya baik semasa hidup, maupun setelah ia meninggal dunia. Ini dapat dilihat dari hadith dari Jabbir r.a. :

خرجْنا مع رسول الله ـ صلّى الله عليه وسلم ـ في جنازة فجلس النبيّ على شَفير القبر وجلسْنا معه، فأخرج الحَفّار عظمًا ـ ساقًا أو عضوًا ـ فذهب ليكسِره، فقال النبي ـ صلى الله عليه وسلم: "لا تكسرْها، فإنّ كسرَك إيّاه ميّتًا ككسرِك إياه حَيًّا، ولكن دُسَّه في جانب القبر

"Suatu hari kami menemani Rasulullah saw di pengkebumian seseorang, dan [di kubur] kami pun duduk bersamanya ditepi kubur, Tukang gali telah mengeluarkan tulang- kaki atau organ - kemudian ia mula mematahkannya, maka Nabi saw berkata : 'Jangan mematahkannya, mematahkan tulang mayat adalah seperti mematahkannya semasa dia hidup, akan tetapi memasukkan ketepi kubur'" - (hadith riwayat Malik, Ibn Maajah, Abu Duad dengan isna Sahih melainkan seorang Sa'id Al-Ansari, Imam Ahmad telah mendhaifkan hadith ini, akan ramai yang meriwayatkannya, dan diriwayatkan oleh Muslim.)

Begitulah perihatinnya Islam tehadap umatnya baik yang hidup atau pun yang telah mati, sehingga tulang-tulangnya hendaklah dijaga dengan rapi.

Shiekh Atiyyah Saqr didalam memberi komen mengenai persoalan diatas telah memetik fatwa yang telah dikeluarkan oleh Rumah Fatwa Mesir pada 31-10-1937 (Lihat - Mufti Sheikh Abd Al-Majid Salim - Al-Fatawa Islamiyyah 4/1331) mengenai membedah perut mayat yang terdapat duit didalamnya, diantaranya menyatakan :

أنّ علماء الحنفيّة أجازوا شقَّه إذا كان المال لغيره ولم يترك الميِّتُ مالًا يُعطَى لصاحبه؛ لأن حقَّ الآدمِي مُقدَّم على حق الله تعالى، و مقدَّم على حق الظالم المُعتدِي، وقد زالت حُرمة هذا الظالم بتعديه على مال غيره.

"-Mazhab Hanafi membenarkan jika duit itu kepunyaan orang lain dan si-mati tidak meninggalkan apa-apa duit untuk diberikan kepada pemiliknya. Sesungguh hak manusia mendahului Hak Allah swt, dan mendahului keatas hak si penzalim (pembuat), maka larangan keatas penzalim itu hilang kerana serangannya keatas wang yang bukan miliknya

أما مذهب الشافعي فالمشهور للأصحاب إطلاق الشق حينئذ ـ يعني جوازه ـ من غير تفصيل إن كان المال لغيره وطلبه،

-Bagi Mazhab Syafie dan yang Masyhur dikalangan pengikutnya - iaitu dibolehkan - dengan tujuan mengambil wang tanpa memberi penjelasannya.

وبالنسبة لشقِّ بطن الميتة لإخراج الجنين، أجازه الحنفية إن عُلم أن الولد حيٌّ؛ لأن الشقَّ وإن كان فيه إبطال لحُرمة الميت ففيه صيانة لحرمة الحي وهو الولد، وأجازه الشافعية إن كان يُرجَى حياة الجنين بعد إخراجه، ومنعه المالكية والحنابلة.

"Bagi membedah mayat wanita bagi mengeluarkan janin, Hanafi membenarkan jika ia mengetahui bahawa bayi tersebut masih hidup, kerana ini merupakan sebahagian darinya, dan bukanlah tidak menghormati mayat kerana ia membantu nyawa manusia, iatu bayi tersebut. Shafie membenarkan jika ia dapat menyelawatkan nyawa janin tersebut setelah dikeluarkan, sementara Maliki dan Hanbali menegahnya."
--------------------

Sheikh Atiyyah Saqr merumuskan :

والذي يقتضيه النظرُ الدقيق في قواعد الشريعة وروحها أنه إذا كانت هناك مَصلحة راجِحة في شقِّ البطن وتشريح الجُثّة، من إثبات حق القتيل لدى المتّهم، أو تبرئة المتّهم من تهمة القتل بالسُّم مثلًا أنه يجوزُ الشقُّ والتشريح. والحديث المذكور في عدم كسر عظم الميّتِ يُحْمَلُ عَلى ما إذا لمْ تَكُن هناك مَصْلحةٌ راجِحةٌ أو حاجةٌ ماسّةٌ
"Pandangan yang lebih tepat melihat kepada peraturan dan objektif syariah bahawa jika terdapatnya kelebihan (advantage) didalam membedah perut dan melakukan autopsi, bagi mengesahkan hak mangsa yang telah dituduh atau mendakwa seseorang yang membunuh mangsa dengan menggunakan racun sebagai contoh, maka mengorek atau membenar adalah dibenarkan. Hadith yang disebut diatas dalam melarang mematah-matahkan tulang mayat dilaksanakan jika tiada apa-apa munafaat / kelebihan / sebab untuk mematah-matahkan tulang mayat atau dengan tujuan yang buruk."

Mengenai pembedahan bagi tujuan pembelajaran, Shieikh Atiyyah Saqr mengatakan :

إنَّ التشريح من أجل التعلُّم والتعليم محلُّ خِلاف بين العلماء، ومن أجازه قال: لا يُصار إليه إلا عند الضرورة في أضيق الحدود، ولو أمكَنتِ الدّراسة على حيوانات مماثِلة لكان أولى، وكذلك لو أمكنَ الاستغناء عن التشريح بالنماذج المصنوعة ـ وهي دقيقة إلى حدٍّ كبير ـ فلا يجوز اللُّجوء إلى جثة الآدميّ

"Sesungguhnya pembedahan bagi tujuan pembelajaran dan pendidikan terdapat khilaf dikalangan ulama. Bagi yang membenarkan berkata : ia tidak datang melainkan dalurat/perlu didalam batasan yang terhad, dan jika ia boleh melakukan studi yang sama keatas haiwan, maka hendaklah utamakan dan juga dengan penggunaan model kalau boleh tanpa pembedahan - ini adalah detik-detik kearah had yang lebih besar - maka tidak dibenar menggunakan badan manusia".

---------------

Kesimpulannya : Jika pembedahan itu dilakukan dengan tujuan penyiasatan, seperti autopsi atau bedah siasat, ulama membenarkan. Dan jika tiada apa-apa tujuan, walaupun tulang sekalipun, ia tidak dibenar untuk merosakkannya. Cuma didalam soal-soal pembelajaran, jika ada alternatif lain seperti haiwan, maka lebih utama didahulukannya.

wallahu'alam, wassalam

Rujukan :

Sheikh Atiyyah Saqr. ما حكم تشريح جُثث الموتى لتحقيق الجِناية أو التعليم؟ . url : http://www.islamonline.net/fatwa/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=11995

0 comments:

Post a Comment