05 March 2009

Menggunakan Tasbih

Assalamualaikum..dapatpun guna login lama masuk balik, alhamdulillah, JKK ... terus kpd soalan...

Saya banyak terjumpa dalam website2 brothers salafi (ke yg mengaku salafi? ntah la Us. Pendekar..Razz..wallahu a'lam) yg menentang keras penggunaan rantai tasbih dalam berzikir. Pada masa yg sama, banyak pula kisah- kisah yang menceritakan auliya' zaman dahulu, bahkan sahabah R.A., menggunakan tasbih dlm kehidupan seharian mereka.

Antara hujah yg menentang : Rasulullah S.A.W pakai jari, x pakai tasbih.
Tapi, ada pulak yg reply, bahwa Rasulullah S.A.W mengizinkan para sahabah ( dan juga para Ummul Mukmineen R.A) menggunakan tasbih sebagai alternatif.

Apa pendapat dan pentahqeeq panel al-ahkam mengenai penggunaan rantai (biji- bijian) tasbih?

Wallahu a'lam bissowab.
p.s.: ada rantai tasbih, tapi segan nak pakai depan pak2 arab kat masjid....

**********************
thtl


Salaf, salafi dan salafiyya ni memang banyak jenis. Macam juga Ikhwan, ada ikhwan mesir, sudan, iraq, syria..

Berbalik pada isu tasbih. Apa yg dibahaskan oleh aliran salafi itu ialah bertujuan menolak suatu kepercayaan setengah orang Islam bahawa menggunakan biji tasbih itu sebagai sunnah Nabi.

Kita menyokong bahawa rantai tasbih itu bukan dari asSunnah.

Isu kedua: kemungkinan para sahabat yg membuka kawasan dan empayar baru melalui perdagangan atau peperangan melihat ada umat lain yg menggunakan rantai tasbih ini, lalu digunakan. Manakala aliran salafi menentang sebarang bentuk penciplakan dari bukan Islam dalam urusan ibadah, zikir dan do'a. Itulah isunya.
Sama juga dalam isu menetapkan waktu puasa dan raya. Salafi hanya menerima cara rukyah shj, manakala cara sains falakiyah adalah bid'ah dan berasal dari ilmu ramalan bintang.

Maka rantai tasbih ini hanyalah alat mengira sahaja, kalau nak canggih lagi gunalah elektronik counter, tidak menjadi masalah jika anda mampu menjaga sifat riak dgn membawa rantai tasbih itu. (Qardhawi, Kaifa nata'amalu ma'a sunnah) WA

0 comments:

Post a Comment