05 March 2009

Doa Anak Yang Soleh

Ana ada kemusykilan lagi ni....

Dalam hadith Rasulullah S.A.W. yang biasa didengar... iaitu berkenaan dengan tiga perkara yang tidak akan terputus pahalanya kepada si mati ialah "anak yg solih yang mendoakan ibu bapanya"... Jadi... berkenaan dengan majlis tahlil yang heboh diwartakan sebagai bida'ah tu.... ana sentiasa "terpaksa" untuk menghadiri majlis-majlis tersebut disebabkan ingin menjaga hati jiran, tetangga, saudara mara dsb.... dan ana usahakan diri ana untuk tidak terjebak dengan amalan bida'ah ni dengan memasang niat bahawa ana ingin sedekahkan pahala tahlil itu kepada kedua-dua Arwah Datuk ana yang telah meninggal dunia memandangkan kedua ibu bapa ana masih lagi diizinkan Allah untuk hidup di muka bumi ni....

Soalan ana ... "Datuk" tu... sama ngan "ibu bapa" ke ? sebab dalam hadith tu...hanya dinyatakan ibu bapa sahaja....?Macam mana ni,... hiey... musykil...musykil...

Wallahua'lam...

***************
zain-ys
Founder

Salam

Alhamdulillah, inilah jawapannya:

Masalah ini di sekitar, apakah amalan orang hidup sampai kepada si mati.

Menurut jumhur ulama, amalan yg diniatkan pahalanya kepada si mati, maka akan sampai kepada si mati. Ia meliputi doa, istighfar, zikir, tahlil, bacaan al-Quran, sedekah dsbnya.

Manakala menurut pendapat masyhur dalam mazhab al-Syafi'I amalan2 berkenaan tidak sampai. Mereka menghadkan sampai atau tidaknya pahala berkenaan kepada perkara yg disebut oleh hadis sahaja, iaitu: Anak soleh yang mendoakannya, ilmu yang memberi manfaat iaitu yg diajarkan olehnya semasa hayatnya dan sedekah jariahnya si mati semasa hayatnya.

Maksud anak soleh yang mendoakannya, tidaklah semestinya anak sahaja. Ia meliputi doa orang Islam agar kepada si mati diberi keampunan.

Ini bermakna menurut mazhab al-Syafi'I tahlil, zikir, bacaan al-Quran dan lain2 tidak memberi manfaat atau tidak sampai.

Masalah: Soalan ana ... "Datuk" tu... sama ngan "ibu bapa" ke ? sebab dalam hadith tu...hanya dinyatakan ibu bapa sahaja....?

Jawab: Bahkan ia meliputi semua orang mukmin yang telah meninggal dunia. Bukan sekadar ibubapa atau datuk sahaja. Kerana pengajaran dari hadis berkenaan ialah, doa dan istighfar orang yang hidup sampai kepada si mati.

Jika kita berpegang kepada pendapat mazhab al-Syafi'I, maka masalah mengadakan kenduri arwah tidak wujud samasekali. Kerana di dalam kenduri arwah ada dibacakan tahlil, selawat, zikir dan bacaan al-Quran yang diharapkan agar sampai kepada si mati. Sedangkan mazhab al-Syafi'I menganggap bahawa amalan2 itu tidak sampai kepada si mati.

Manakala jika kita berpegang kepada jumhur ulama, di mana zikir, selawat, bacaan al-Quran dsbnya boleh sampai kepada si mati jika niat disedekahkan kepadanya, maka timbul satu persoalan lain, apakah boleh zikir, tahlil dsbnya itu dilakukan secara beramai2 dalam satu majlis kenduri?

Di sinilah timbul pertikaian di kalangan ulama. Ada yang mengatakannya sebagai tidak mengapa. Dan di kalangan ulama beraliran salafi mengatakannya sebagai bid'ah yang dikeji.

Sekian, Wassalam

0 comments:

Post a Comment