21 July 2009

Penggunaan Tasbih Menyerupai Agama Lain

zifee_kl

salam....

ustaz, penggunaan buah/butir tasbih dikalangan umat Islam sudah menjadi sinonim apabila mulut melafazkan zikir.

saya pernah melihat sami-sami budha juga menggunakan buah tasbih (ada yg kecil &
besar) untuk berzikir cara mereka.

soalan saya ttg butir tasbih ini :

1- adakah penggunaan ini dari sunnah Rasulullah s.a.w?
2. Bukankah RAsulullah melarang kita menyerupai agama lain?

harap ustaz dapat menghuraikan simpulan keliru saya ini...syukran Yellow Wink

JAWAPAN:
kamin
Panel Feqh

Wa’alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, In Sya Allah.

Tasbih merupakan alat mengira jumlah atau bilangan zikir yang dilakukan oleh individu. Ia bukanlah matlamat, tapi cara (wasilah). Begitu juga alat-alat pengira yang lain, yang lebih canggih dari tasbih, terutamanya yang ada paparan nombor. Kebetulan alat-alat pengira ini agak global penggunaannya.

Beikut kami petik dua fatwa ulama’ mengenai tasbih.

Soalan mengenai hukum tasbih pernah diajukan kepada Syeikh Ibn Utsaimin rh. :-

"Jawab beliau : Tasbih bukanlah bid'ah agama, manusia tidak bermaksud mengabdikan diri kepada Allah dengannya [tasbih]. Maksud tasbih adalah bilangan pujian yg disebutkan, atau tasbih, atau tahmid, atau takbir, perkara adalah cara (wasilah) dan bukannya tujuan (maqsud). Tetapi yang paling afdal untuk seseorang itu ialah menggunakan hujung jari dari mana-mana jari... dan hukum keatas berzikir/memuji menggunakan tasbih bukanlah bid'ah agama, kalau tujuannya adalah menyempurnakan bid'ah, maka ia adalah bid'ah agama. Dan puji-pujian menggunakan tasbih sesungguhnya hanyalah cara (wasilah) pusingan pengiraan, dan lebih afdal bertasbih menggunakan jari."

Berkata Ibnu Taimiyah rh:

"Bagi tasbih (puji-pujian) yang kaedahnya menggunakan manik-manik dan sejenis dengannya. Maka di sana terdapat manusia yang membencinya dan ada yang tidak membencinya, dan jika ia memperbaikkan niat maka ia adalah kebaikan dan bukannya kebencian (makruh). Dan kepada mereka yg mengambil tanpa keperluan atau menunjuk-nunjuk di hadapan orang ramai, misalnya memakai di lehernya atau menjadikan gelang pada tangannya, maka, sungguhnya ia adalah riya' kepada manusia, atau riya' didalam fikiran dan persamaan munafik tanpa diingini. Yg pertama haram (yg bermaksud riya') dan kedua (yg bermaksud menzahirkan - menunjuk) kurang keadaan kebenciannya." – ( Majmu' fatawa 22/506).

Jelas apa yang dinyatakan oleh Syiekh diatas ini adalah :-

a. Tasbih bukan bid’ah agama. Ia cuma alat pengira . Yang paling afdal berzikir adalah menggunakan jari.

b. Tasbih jika digunakan untuk tujuan bid’ah, maka bid’ah lah ia….. misalnya mengira lafaz-lafaz zikir yang tidak syara’.

c. Hendaklah berhati-hati menggunakan tasbih kerana ditakuti timbulnya Riya’, Ujub, dsb., seperti memakai tasbih di leher, gelang atau menunjuk-nunjuk kewarakannya.

Sekian, wassalam

ps- Untuk mengatakan tasbih ini bid’ah, agak sukar sekali. Terlalu banyak athar-athar yang mengisahkan penggunaan tasbih. Imam Ahmad rh sendiri ada meriwayatkan bahawa Abu Hurairah ada pada beliau simpulan benang sejumlah 2000 simpulan.

Apa yang perlu dielakkan adalah perbuatan2 yang boleh membawa kepada Riya’ dan menunjuk-nunjuk, dan perbuatan pembaziran, seperti memberi tasbih yang ratusan malah ribuan harganya. WA.

1 comments:

Fakir said...

Assalam....sya prna baca kisah sahabat Nabi yg pergi bercukur smbil berzikir mngunakan "lafaz" dan trpaksa brhanti mlafazkan zikir kerana tukang cukur tdk dpt mncukur kumisnya krna mulutnya brgerak-gerak berzikir. Tidk habis ceta ni sya baca, ttpi msti sahabat Nabi tu mgalihkan zikirnya ke jari...WA

Post a Comment