10 March 2009

Memberi Makan Dalam Majlis Zikir

sa51

assalamualaikum.

saya ingin bertanya!

adakah terdapat pada zaman nabi saw dan para sahabatnya apabila memberi makan mereka akan membaca sesuatu zikir dan sebagainya. saperti kita lakukan sekarang ini. contohnya majlis kesyukuran, memasuki rumah baru dan sebagainya.

wassalam.i

************
kamin
Panel Feqh

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. kami akan cuba menjawab soalan sdr sa51 dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

Memang menjadi sunnah orang Islam, jika diberi sesuatu, mereka akan mendo'akan keatas orang yang memberinya. Sebagi contoh, jika seseorang melakukan kebaikkan keatasnya, dia akan mendo'akan :

من صنع إليه معروف فقال لفاعله جزاك الله خيرا فقد أبلغ في الثناء
"Barangsiapa yang mendapat perbuatan ma'ruf, lalu ia mengucapkan untuk orang yang melakukan : 'Moga Allah memberikan yang baik kepada Mu' (Jazzaka Allahu Khairan)" [Hadith Riwayat al-Tirmudzi; hadith ini Hasan Jayyid Gharib dari Usamah ra.]

Begitu juga dengan seseorang yang dijemput berbuka dirumahnya, tetamu akan mendo'akan diberikan lagi makanan2 yang baik2 kepada tuan (host) rumah.
Riwayat dari Anas bin Malik : "Sesungguhnya Nabi saw datang berkunjung kepada Sa'ad bin Abu Ubadah, Maka Sa'ad menghidangkan roti dan minyak tumbuh-tumbuhan (mentega) kepada beliau, maka beliau makan lalu membaca :

أَفْطَـرَ عِنْدَكُم الصّـائِمونَ وَأَكَلَ طَعامَـكُمُ الأبْـرار، وَصَلَّـتْ عَلَـيْكُمُ الملائِكَـة
"Orang2 yang berbuka puasa disisi kamu, orang2 yang baik memakan makanan kamu dan semoga para malaikat memohon rahmat buat kamu (Aftara AAindakumus-sa-imoon, wa-akala taAAamakumul-abrar, wasallat AAalaykumul-mala-ikah.)" [Hadith Riwayat Abu Daud].

Umumnya tetamu (guest) mendo'akan kepada Tuan Rumah (host) :-

اللّهُـمَّ بارِكْ لَهُمْ فيما رَزَقْـتَهُم، وَاغْفِـرْ لَهُـمْ وَارْحَمْهُمْ.
"Ya Allah, berkati mereka, dengan apa telah direskikan kepada mereka, ampunkan mereka dan rahmati mereka (Allahumma barik lahum feema razaqtahum, waghfir lahum warhamhum.)" [Hadith Riwayat Muslim, 3/1626]

Begitu juga, jika kita diberi minuman, orang orang tersebut hendak memberi minuman kepada kita, kita akan berdo'a :

اللّهُـمَّ أَطْعِمْ مَن أَطْعَمَني، وَاسْقِ مَن سقاني.
"Ya Allah, berilah makan kepada mereka yang memberi makan kepadaku, berilah minuman kepada mereka yang memberi minuman kepadaku (Allahumma atAAim man atAAamanee wasqi man saqanee.)" [Hadith Riwayat Muslim, 3/1626]

A'isyah ra. melapurkan bahawa Rasulullah saw menghadiahkan seekor kambing dan mengarahkan ia di agihkan. Selepas selesai diagihkan, A'syah ra. bertanya : 'Apa yang mereka katakan'. Dia menjawab : Mereka akan berdo'a :

بارَكَ اللهُ فيكُمْ.
"Moga Allah memberkati kamu (Barakal-lahu feekum.)". [Hadith dikeluarkan oleh Al-Nasaa'i #278]

dan A'isyah ra. akan menjawab :

وَفيهِـمْ بارَكَ الله.
"Dan moga Allah memberkati mereka (Wafeehim barakal-lah.)"

Demikianlah do'a dikembalikan dengan ucapan yang sama.
--------------

Islam begitu kaya dengan do'a2. Mereka saling mendo'akan diantara sama sama lain, samalah seperti menyampaikan dan menjawab salam. Ini merupakan sunnah Nabi saw. Tidak perlu mengadakan upacara official (resmi) untuk melakukan do'a. Setiap tetamu boleh mendo'akan kepada Tuan Rumah tersebut, dan do'a diatas yang diajar oleh Nabi saw sangatlah pendik dan padat. Ini lebih menampakkan keikhlasan tetamu2 yang mendo'akan. Wallahu A'lam.

Lihat juga :

SJ - 2746 : [U] Adab adab / tatacara memasuki rumah/bangunan
http://al-ahkam.net/forum2/viewtopic.php?t=16184



wassalam
=========
Rujukan :

Saed bin Ali bin Wahf al-Qathaani. Hisnu al-Muslim : min Azkar wa Kitab al-sunnah.

0 comments:

Post a Comment