10 March 2009

Perlukah Doa Didahului Dengan Selawat

SOALAN:

CariilmU

Assalamualaikum

1. Adakah setiap doa perlu dimulai dengan selawat ke atas nabi S.A.W ? Sebab pernah terbaca dalam kitab yang ia perlu, jika tidak doa tersebut tidak terangkat dan tergantung2 antara langit dan bumi...

********
JAWAPAM:

hilmi07
Panel Fiqh

salam

1. Adakah setiap doa perlu dimulai dengan selawat ke atas nabi S.A.W ? Sebab pernah terbaca dalam kitab yang ia perlu, jika tidak doa tersebut tidak terangkat dan tergantung2 antara langit dan bumi...

konteks doa amat luas mencakupi kesempurnaan ibadah jenis ini yang diwarisi daripada petunjuk Nabi s.a.w. Sedang ulama pula membahagikannya kepada beberapa jenis iaitu doa masalah & doa ibadah (lihat: Ibn Taimiyah r.h, Majmuk Fatawa, 3/313, Ibn Uthaimin, Qaul Mufid, 1/120, Dr Saleh al-Fauzan, إعانة مستفيد , 1/267)

Dan ia terbina pada hukum asal ibadah, iaitu Al-Quran & Sunnah sebagaimana disebut oleh Imam Ibn Taimiyah bahawa:

وينبغي للخلق أن يدعوا بالأدعية الشرعية التي جاء بها القرآن و السنة

(rujuk: Majmuk Fatawa, Ibn Taimiyah,1/346). Dan ia adalah antara amalan ibadah yang penting dalam bab ikhlas berdoa kepada Allah Taala dan ia diasaskan atas kedua-dua usul ini, sebagaimana diriwayatkan oleh Ibn Abi Dunya,

إن العمل إذا كان خالصا و لم يكن صوابا لم يقبل و إذا كان صوابا و لم يكن خالصا لم يقبل حتى يكون خالصا صوابا و الخالص ما كان لله والصواب ما كان على السنة

Sesungguhnya suatu amal (ibadah) itu jika ia ikhlas akan tetapi tidak tepat, tidak diterima, begitu juga jika betul namun tidak ikhlas, tidak diterima, sehinggalah menjadi ikhlas dan betul. Sedang ikhlas itu ialah kerana Allah, dan tepat itu apabila menurut sunnah.

(Rujuk: الإخلاص و النية, hlm.50-51, juga Abu Naim dalam Hilyah, 8/95, lihat: Fiqh Ad'iyyah wal Azkar, Dr Abd Razzaq al-Badr, UIM, hlm.45)

bab selawat ke atas Nabi S.A.W dalam doa, memang thabit sebagaimana direkodkan oleh Imam Tirmizi r.h, dan Imam Nasaie r.h dari Fadhalah bin Ubaid r.a berkata,

سمع رسوالله صلى الله عليه وسلم رجلا يدعو في صلاته لو يمجد الله و لم يصل على النبي صلى الله عليه وسلم فقال رسو الله صلى الله عليه وسلم : عجلت أيها المصلي ثم علمهم رسول الله صلى الله عليه وسلم

Suatu hari Rasulullah S.A.W mendengar seorang pemuda berdoa ketika dalam solatnya, tidak mengagungkan Allah dan tidak berselawat ke atas Nabi S.A.W lalu baginda berkata: Wahai si pesolat, engkau terlalu tergesa-gesa, kemudian Rasulullah S.A.W mengajar mereka (cara berdoa-pen)

seterusnya, dalam hadis sama,

وسمع رسو الله صلى الله عليه وسلم رجلا يصلي فيمجد الله و حمده و صلى على النبي صلى الله عليه وسلم فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم : ادع تجب و سل تعط.

Rasulullah S.A.W mendengar seorang pemuda dalam solatnya (dan berdoa) dengan mengagungkan Allah, memujiNYA dan berselawat ke atas Nabi S.A.W , lalu baginda S.A.W berkata, berdoalah lalu akan makbul, mohonlah (apa-apa) akan dipenuhi.

Rujukan: Sahih Sunan Tirmizi, Al-Albani, no: 2765, begitu juga Sunan Nasaie, 2/44)

hukumnya? dalam konteks doa masalah, maka ia wajib. hadis yang anta kata tu, ana serah pada panelis hadis untuk semak semula... والله أعلم

0 comments:

Post a Comment