12 March 2009

Zikir Jama'iy Hadis Riwayat Ibn Mas'ud

assalamualaikum....
minta maaf kt ust thtl sbb salah cara bertanya....
mcm ni, dlm buku Dr Asri "menilai tarekat menurut syriat........"
ade athar dr ibn mas'ud, dr sunan ad-Darimi.....psl ibnu mas'ud larang ade satu golongan yg duduk berkumpul sambil berzikir mcm puak2 tekong tarekat ni la....

sy baru2 ni "berperang" dgn sorg pengamal tarekat...dia ckp athar ibnu mas'ud tu diriwayatkan oleh Imam ad-Daarimi dalam sunannya, jilid 1 halaman 68, dengan sanad daripada al-Hakam bin al-Mubarak daripada 'Amr bin Yahya daripada ayahnya daripada datuknya (Amr bin Salamah). Menurut sebahagian muhadditsin, kecacatan atsar ini adalah pada rawinya yang bernama 'Amr bin Yahya (yakni cucu Amr bin Salamah). Imam Yahya bin Ma`in memandang "riwayat daripadanya tidak mempunyai nilai". Imam adz-Dzahabi menyenaraikannya dalam kalangan rawi yang lemah dan tidak diterima riwayatnya, dan Imam al-Haithami menyatakan bahawa dia adalah rawi yang dhoif. betulke??

terus terang,sy ni mmg budak lg,msh mentah,pernah hampir2 masuk tarekat,tp kebetulan mase melayari internet,terjumpa web ni,sejak dr itu sy berubah pandangan dgn diorg.....maaf kalu salah cara bertanya lg...

lg 1,pensyarah sy ckp,tarekat ni kena ikut,sy jwb xblh,sbb bid'ah byk,dia tnya,awk blaja mna,sy jwb sy bukak web al-ahkam,dia ckp awk xbetul ikut diorg(al-ahkam)...sy ckp,xbaik ust ckp mcm tu Yellow Cry lg 1 ust thtl,sy mintak halal la sbb byk amik artikel dr web ni letak kt blog sy

************
thtl

Wassalam

al-Jawab:

Isu zikir jama'iy atau zikir khalifah ni bukanlah menggunakan atsar Ibn Mas'ood sahaja, malah perlu dilihat secara menyeluruh kepada zikir RasuluLlah saw.

Syaikh al-Albani menjelaskan atsar Ibn Mas'ood ni sahih dalam Silsilah alSahihah. Imam Syuyuthi alSyafi'iy pun kata sahih dalam al- Amr bil Ittiba'. Ibn Jauzi dalam Talbis Iblis pun kata sahih.

al-Hakam bin Mubarak ni, kata Imam Ahmad ibn hanbal adalah tsiqat. Siapakah yang lebih handal dari Imam Ahmad yang mendirikan manhaj mutaqaddimin dalam kajian hadith.

Amar bin Yahya dikatakan tsiqah oleh Yahya bin Mu'in dan Ibn Hibban. Akhir sekali syaikh al-Albani kata sahih.

Katakanlah, atsar ini dipertikaikan, maka ada banyak lagi dalil yang lain. antaranya Larangan Umar alKhattab dan mengancam akan mencambuk golongan yang zikir dan berdoa jamaiy (Ibn Abi Syaibah, alMusyanif 8/08)

Ibn Taymiyah dalam Fatawa alKubraa (2/132), kaum salaf tak pernah zikir jamaiy selepas solat ataupun berdoa jama'iy. Ini juga penegasan Syaikh Bakar Abu Zaid dalam tashhih adDoa. sekian WA

0 comments:

Post a Comment