08 March 2009

40 Hari Ruh Beredar Di Bumi

SOALAN
Salam
Betulkah mengikut ustaz saya (pelajar tasauf) mengatakan bahawa roh seseorang akan beredar di bumi selama 40 hari? Kerana saya pernah mengalaminya baru baru ini, saya telah ternampak rakan se asrama saya yg meninggal kerana demam-denggi-berdarah masuk ke dalam dorm saya untuk mengambil barangnya yg ditinggalkan olehnya.

Wassalam

*************
JAWAPAN
ziy@d

Salam,

Mereka yg mati, tidak akan kembali ke dunia. Ini jumhur pendapat fuqaha dan tsabit dari Al-quran itu sendiri.

“…sedang di hadapan mereka ada alam barzakh (yang mereka tinggal tetap padanya) hingga hari mereka dibangkitkan semula (pada hari kiamat)” (Surah Al-mukminuun: ayat 100)

Ayat di atas, terdapat satu halangan pada org yg sudah mati dan mereka akan kekal selamanya sehinggalah mereka dibangkitkan pada hari kebangkitan. Dan org yg mati tidak mungkin boleh keluar dari alam barzakh. Al-Barzakh membawa maksud ruang atau halangan antara buat benda. Secara asasnya, ia adalah duduk pertengahan antara kehidupan di dunia dan kehidupan selepas mati, jarak antara kematian dan hari pengadilan.

Apa yg anda nampak bukanlah beliau tetapi mungkin berpunca dari khayalan anda kerana terlalu menyayangi beliau ataupun makhluk lain yg anda nampak.

Dan pendapat ustaz awak adalah tertolak.

Wallahua'lam

************
thtl

Wassalam

Tahqeeqan:

Pada dasarnya jawapan dari saudara kami berdua itu BOLEH diterima. Tapi kami berpendapat ia tidak semestinya jawapan yg benar kerana urusan ruh ini masih terbuka luas utk kajian lanjut.

Dalilnya: "da mereka bertanya akan dikau mengenai ruh. Katakanlah," Roh otu termasuk urusan Tuhan-ku dan tidaklah kamu diberi ilmu kecuali sedikit." terjemah AQ 17: 85

Mengenai lembaga yg dilihat itu kemungkinan dijelaskan pula oleh ayat ini:
"Qarinnya berkata," ya Tuhan kami, aku tidak menyesatkannya tetapi dialah yg berada dlm kesesatan yg jauh." AQ 50:27

Ruh ialah aspek keilmuan yg belum diteroka kajiannya dgn meluas dan adanya hint dari alQur;an tentang Qarin.
Kemudian hampir semua masyarakat dunia mempercayai keujudan Ghoul (hantu) dna ini juga memerlukan kajian lanjut.

Oleh itu masih terlalu awal utk kita menutup pintu ilmu dalam bidang ini dan mengatakan dengan mudah ia batil atau tidak mungkin berlaku.

Bagi kami, kami belum ada kesempatan mengkaji sedangkan banyak kitab2 klasik yg membahaskannya begitu juga kajian2 terbaru yg mungkin belum sampai kepada kami. Tapi kami tidak menolak mentah2 cerita anda dan akan kami maklumkan dari masa ke semasa. INi juga jawapan Prof Hayei Abdul Syukor dalam kolumnya di Mingguan Malaysia setahun dua yg lepas, 1001 Masalah. WA

0 comments:

Post a Comment