12 March 2009

Beristifar dgn kuat sebelum takbir solat jenazah

manhaj

Salam

Saya pernah hadir solat jenazah berimam ustaz lepasan pengajian di Yaman dan Indonesia. Beliau beristifar dengan suara kuat berkali-kali sebelum bertakbir solat jenazah.Makmun sampai berpeluh-peluh menanti
takbir.

Selepas salam ada baca doa lagi.

Adakah dalih daripada Quran dan sunnah amalan ini.
Wassalam

********
thtl

Wassalam

al-Jawab:

Kaifiat solat Janazah dalam Musnad asy-Syafi' iy:

أن السنة في الصلاة على الجنازة أن يكبر الإمام ثم يقرأ بفاتحة الكتاب بعد التكبيرة الأولى سرا في نفسه ثم يصلي على النبي صلى الله عليه وآله وسلم ويخلص الدعاء للجنازة في التكبيرات ولا يقرأ في شيء منهن ثم يسلم سرا في نفسه

Terjemahnya: Dari Umamah bin Sahl bin Hunaif al-Ansari ra:
" bahawa seorang sahabat menyampaikan kepadaku tatacara solat jenazah menurut sunnah. Hendaklah Imam bertakbir, kemudian setelah takbir yg pertama , dia membaca al-Fatihah secara sirr, kemudian membaca selawat atas Nabi SAW dan setelah itu pada takbir berikutnya hendaklah ia membaca do'a atas jenazah dan tanpa membaca apa-apa lagi selepas itu, kemudian memberi salam secara sirr juga." disahihkan oleh al-Albani, ahkam alJanaiz (155) dan disahihkan oleh al-Baihaqi, Sunan al-Kubra (3/94)

Maka amalan ust lulusan Yemen dan Indon itu adalah tertolak.
ingatan Nabi saw dsari Aisyah ra
" من أحدث في أمرنا هذا ما ليس فيه فهو رد
"siapa yg menciptakan hal yg baru dalam urusan kita yang bukan bagian darinya, maka ia tertolak." [Bukhari: 2967, alMuntaqa: 32] sekian WA

0 comments:

Post a Comment