23 March 2009

Doa Dalam Tasyahhud

meon_infinity

Salam saya agak keliru..semasa berdoa dlm tasyahud..kita bleh tak berdoa dlm dlm bahasa melayu, memandangkan doa2 selepas tasyahud sebelum memberi salam dalam bahasa arabb, saya hanya membaca maknanya bahasa melayu, dan membacanya dalam hati. bleh ke???

saya ade terbaca, bila berdoa lg baik bhasa arab?? tp kalau kita nak berdoa dlm bahasa melayu bleh tak?? maaf sekiranya soalan ulangan. sekian

**************
al-jawhar
Panel Feqh

al-Hamdulillah...

al-Jawab ,

Persoalan berkenaan dengan bahasa yang boleh digunakan dalam sembahyang seperti berdoa dan sebagainya telah pun dijawab oleh salah seorang Panel Fiqh AAN , Syaikh Izrail sebagaimana dibawah :

Imam Nawawi telah menjelaskan perkara yang dibenarkan terjemahan ke bahasa asing di dalam solat, ringkasannya:


1. Surah Al-Fatihah dan ayat-ayat Al-Quran tidak boleh diterjemahkan ke bahasa lain, kerana akan menghilangkan kemukjizatannya.


2. Lafaz-lafaz yang wajib seperti takbir ihram, tahiyat akhir dan selawatnya dibenarkan terjemahan bagi orang yang tidak mampu menyebut dalam arab dan tidak dibenarkan kepada orang yang mampu.


3. Ucapan-ucapan yang tidak wajib seperti doa-doa ma'thur dibenarkan terjemahan bagi orang yang tidak mampu menyebut dalam arab. Dan tidak dibenarkan kepada orang yang mampu dan terbatal solatnya jika diterjemahkan.


4. Tidak boleh mencipta doa yang tidak ma'thur kemudian disebut dengan bahasa asing dan ini membatalkan solatnya. Tetapi boleh mencipta doa dalam bahasa arab.


5. Zikir-zikir lain seperti tahiyat awal, selawatnya, tasbih rukuk dan sujud, doa qunut dan takbir-takbir perpindahan dibenarkan terjemahan bagi orang yang tidak mampu.


Dan pengarang "al-Hawi" ada menyebut: Sekiranya seseorang itu tidak boleh bahasa arab, dia boleh membaca semua zikir dengan bahasa asing. Dan jika dia boleh bahasa arab, hendaklah membaca dengannya. Jika sebaliknya dan dibaca bacaan yang wajib dengan bahasa Parsi, ini tidak dibenarkan. Dan jika bacaan itu perkara sunat seperti tasbih dan doa iftitah ia dibenarkan, tetapi dia telah melakukan perkara yang buruk.

Rujukan:

- al-Majmuk: 3/247-248.
Apa yang penting , adalah lebik baik setiap doa dan bacaan yang warid dari Rasulullah saw , dihafaz dalam bahasa Arab dan diamalkan dalam kehidupan seharian.Sebagaimana kita boleh menghafaz setiap bacaan sembahyang dalam bahasa Arab , seperti bacaan doa iftitah , bacaan rukuk , bacaan 'iktidal , sujud dan sebagainya , maka apakah tidak boleh kita melakukan perkara yang sama ketika ingin berdoa dalam sembahyang pada tempat-tempat yang dibenarkan berdoa.

WA

3 comments:

Anonymous said...

bodoh tak menjawab soalan..jawab bagi terang la boleh ke tak..korang ni bukan jawab soalan tapi nak menunjuk korang pandai

Anonymous said...

org tnya boleh ke tak doa dlm hati guna bahasa melayu masa sujud dan tasyahud tu jwb je lah dgn jawapan yg mudah..jgn bg jawapan berjela jela ntah apa2..

Guest said...

Dia orang ni memang selalu macam tu..

Post a Comment