13 January 2010

Zikir dengan ahad... ahad... ahad...

MUSTAQILL »

salam

ada beberapa sahabat kami dari beberapa tarekat tidak bersetuju bahawa amalan zikir tidak semestinya 100% thabit dari rasul s.a.w...mereka mengemukakan beberapa hujah

1.baginda rasulullah mengajar sahabat yang berlainan dengan zikir yang berlainan...kepada muadz lain, fatimah lain, dsb...lalu mereka katakan para sahabat tidak dipaksakan keatas mereka beberapa zikir yang khusus, tetapi pelbagai, malah tidak disuruh agar para sahabat ini menyebarkan zikir2 yang diajar kepada sahabat lain..

2.mereka juga berhujah dengan zikir Bilal ketika diseksa ketika awal Islam..Bilal ditimpakan batu lalu berzikir Ahad..Ahad...dan ini hujah bagi mereka untuk menyatakan zikir Bilal ini tidak datang dari nabi, dan boleh berzikir dengan lafaz mufrad..seperti Allah...Allah...

3. begitu juga dengan ayat quran, wadzkurisma rabbak...dan ingatlah nama tuhanmu....maka nama tuhan kita ialah Allah jua, maka apa2 nama Allah boleh dizikirkan waimma mufrad atau tidak

4.bolehkah berzikir dengan asma' Allah diawali dengan harf nida' Ya...seperti ya hayyu, ya qayyum, dan seluruh asma' husna yang 99?

Al-ahkam ada menjawab persoalan zikir ini, tetapi dalil yang mereka datangkan ini tidak kita jumpa jawapannya..mohon diterangkan

wassalam

****************************************
Postby Abu_Umair »

بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

Sebenarnya sebahagian besar persoalan yang saudara ajukan sudah dijawab di dalam beberapa forum sebelum ini. Saudara boleh merujuk thread ini: viewtopic.php?f=159&t=34120&start=0

Apapun, jawapan ringkas terhadap persoalan saudara adalah seperti berikut:

1) Benar apa yang saudara katakan, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam mengajar banyak zikir kepada para sahabat. Malah, lafaz-lafaznya berlainan dan beraneka. Tetapi persoalannya, adakah ada satu dalil yang sahih dan sarih (nyata) bahawa disyariatkan kita berzikir dengan menyebut: "Allah, ALlah, Allah....". Itu pokok persoalan.

2) Kisah Bilal r.a menyebut 'Ahad, Ahad..', jawapannya begini:\

i) Ia bukan dalil kepada masalah ini. Masalah kita ialah: Zikir "Allah, Allah, Allah....". Manakala Bilal menyebut Ahad, Ahad.

ii) Ya, mungkin dipersoalkan: "Walaupun Ahad, Ahad, ia tetap lafaz mufrad". Jawapannya: Ia adalah mufrad secara zahir, kerana perkataan "Ahad" adalah khabar kepada mubtada' mahzuf, iaitu "Allah". Jadi, apa yg disebut oleh Bilal ialah kalam sempurna yg mahzuf mubtada'nya.

Sebagaimana kita menyebut "Bismillah", secara zahirnya kalam tidak sempurna. Tetapi ada mahzuf iaitu "Abtadiu" (Aku mulakan).

3) Berkenaan ayat Quran "Dan sebutlah nama Tuhanmu..", ia bukan dalil bagi masalah zikir 'Allah, Allah'. Adakah bila Quran suruh sebut nama Tuhan bermakna kena sebut 'Allah, Allah..'?

Dalam ayat sembelihan, Tuhan sebut: "Dan makanlah apa yang disebutkan nama Allah ke atasnya". Adakah maksudnya masa sembelih kena sebut "Allah, Allah"? Bukan!! Masa sembelih kena sebut "Bismillah". Sebab itu yang Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam ajar.

Dalam ayat lain menyebut, "Wazkuru nikmatallah" Dan sebutlah nikmat Allah. Adakah maksudnya sebut "Nikmat Allah, nikmat Allah, nikmat Allah"?

Begitu juga dalam zikir, perintah-perintah supaya sebut nama Tuhan hendaklah dipadankan dengan hadis-hadis yang mengajar tatacara dan lafaz zikir.

4) Berkenaan dengan menyebut "Ya Allah, Ya Rahman". Ia adalah seruan kepada Allah yang disebut ketika berdoa, mengikut kesesuaian.

Contoh, berdoa untuk disembuhkan penyakit, maka gunakan lafaz 'Ya Syafi' (Wahai Tuhan yang maha penyembuh).

Doa untuk dimurahkan rezeki, gunakan lafaz Ya Razzaq (Wahai Tuhan Yang maha pemberi rezeki).

Wallahu A'lam.

0 comments:

Post a Comment