12 March 2009

Wanita Berdoa Dengan Meninggikan Suara

wka

Salam,

Apa hukum seorang perempuan yg menbaca doa dgn meninggikan suara supaya dpt di dengar org ramai semasa sesuatu perhipunan/keramaian. perhimpunan itu juga di hadiri oleh org lelaki.

jazakallah

***********
thtl

Wassalam

al-Jawab:

Sebagaimana mafhum hadith sahih, "do'a adalah ibadah (sahih alJami' #3407)", maka pelaksanaan do'a itu mestilah jua menurut apa yang disyari'atkan.

Telah disepakati oleh kaum salaf akan bid'ahnya do'a secara jama'iy yang dipimpin oleh pak kiyai ata pak Imam, maka bertambahlah lagi kebid'ahannya bila do'a itu dipimpin oleh perempuan.

Suatu masa dulu heboh satu dunia, bila Amina Wadud memimpin solat Juma'at dan berkhutbah di USA, maka bila wanita tampil membaca do'a dan diamimkan oleh orang-orang yg bodoh, maka bertambahlah bid'ahnya dua kali lipat.

Inilah maksud alhadith:

"Jauhilah kamu akan perkara-perkara yg diada-adakan, kerana setiap yg diada-adakan adalah bid'ah dan setiap bid'ah itu sesat." (HR Abu Daud, Ibn Majah dan atTermidzi, dinilai sahih oleh atTermidzi, disahihkan oleh Ibn Hibban dan al-Hakim, disahkan oleh azZahabi, peringkas kitab al-Mustadrak dan disahihkan oleh al-Albani) sekian WA

0 comments:

Post a Comment