14 March 2009

Air Zam Zam

abuabdillah

assalamualaikum,

ana nak tny betul ke ada hadis mengatakan bahawa air zam-zam itu mengikut apa yang diniatkan oleh peminumnya? hadis tu soheh ke? jika kita minum dgn niat untuk dapat sesuatu hajat, tidakkah itu dikira sebagai syirik kerana kita menganggap dgn meminumnya akan menyebabkan hajat tercapai?

niat hajat tu macam mana? sekadar dalam hati atau dilafazkan sblm/slps minum air? saya lihat ada org berdoa sblm minum zam2 sambil memegang segelas zam2, cara ini betul ke?

*************
Abu_Umair
Panel Feqh

بسم الله
والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

Quote:
ana nak tny betul ke ada hadis mengatakan bahawa air zam-zam itu mengikut apa yang diniatkan oleh peminumnya? hadis tu soheh ke?

Ada hadis berbunyi:

ماء زمزم لما شرب له
Maksudnya: "Air zamzam adalah untuk perkara yang dikehendaki peminumnya".
Direkod oleh Ahmad (no: 14849), dan Ibn Majah (no: 3062) daripada hadis Jabir. Dan direkod sebagai hadis Ibn Abbas oleh Daruqutni (no: 238), al-Hakim (no: 1739) dll.

Hadis ini dinilai sahih atau hasan oleh sebahagian ulama, dan sebahagian mereka menilainya dhaif. Antara mutaqaddimin yang menilai sahih hadis ini ialah: Sufian bin Uyainah (dinukilkan oleh Ibn Jauzi dalam al-Azkiya').

Dari sudut makna, tidak syak bahawa kalau seseorang minum untuk kenyang, akan menjadi kenyang. Kalau minum untuk hilang dahaga akan hilang dahaga. Dan kalau unt sembuhkan penyakit, akan disembuhkan dgn izin ALlah.

Quote:
jika kita minum dgn niat untuk dapat sesuatu hajat, tidakkah itu dikira sebagai syirik kerana kita menganggap dgn meminumnya akan menyebabkan hajat tercapai?

Tidak ada sebarang bentuk syirik dalam perkara ini, samada niatnya berbentuk suatu hajat lahiriyyah spt hilang dahaga atau sembuhkan penyakit, atau berbentuk doa-doa spt minum dengan bedoa supaya menjadi alim, atau mahu murah rezeki. Kerana ia termasuk dalam bab doa kepada Allah.

Quote:
niat hajat tu macam mana? sekadar dalam hati atau dilafazkan sblm/slps minum air?saya lihat ada org berdoa sblm minum zam2 sambil memegang segelas zam2, cara ini betul ke?

Jika niatnya untuk kenyang dan hilang dahaga, maka tidak perlu kepada lafaz. Kalau niatnya mahu berdoa kepada Allah untuk kebaikan dunia atau akhirat, maka berdoalah dengan berlafaz kerana Allah Maha MENDENGAR doa-doa hambanya.
Diriwayatkan Ibn Abbas bedoa dengan doa ini:

اللهم إني أسألك علما نافعا ورزقا واسعا وشفاء من كل داء
Direkod oleh Daruqutni 2/288.

Namun begitu tidak ada hadis sahih tentang Nabi berdoa ketika minum zamzam, dan tentang kaifiyat doanya. Cuma diamalkan oleh sesetengah salaf.

2 comments:

Anonymous said...

jika isteri meminum air zam2 dgn niat kuatkan iman suami dan berdoa suapaya suami jadi alim adakah cara itu betul?

aizuddin said...

Mengikut hadis riwayat Imam Ahmad di atas betullah kaedah begitu, niat yang diiringi doa untuk perkara yang baik insyaallah mudah-mudahan dikabulkan Allah.

Post a Comment