11 March 2009

Penggunaan Allahyarhamah

stutroop

ada org kata (org agama ni, dan ramai), si mati, samada lelaki atau perempuan, akan dipanggil 'Allahyarham'. tiada istilah 'Allahyarhamah' untuk simati perempuan.

mohon pencerahan
wassalam

***********
kamin
Panel Feqh
wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan stutroop dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

1. Contoh penggunaan Allahyarham :

الله يرحم الشافعي
"Allah Yarhamu Syafie - Allah merahmati Syafie"

a. Allah - berbentuk kata Nama / Nouns / Isim (الله)
b. Yarham / Yarhamu - (يرحم) - berbentuk perbuatan Allah (Present tense Verb/ Fa'il Mudhari'). Iaitu Dia (Allah) yang merahmati.
c. Syafie - Nama orang (الشافعي)

Yarhamu / Yarham itu merujuk kepada perbuatan 'DIA/He' iaitu Allah, dan bukan kepada orang yang bernama Syafie. Samalah kalau nama yang di do'akan untuk mendapat rahmat itu adalah seorang wanita yang bernama Fatimah :-

الله يرحم فاطمة
(Allah Yarhamu Fatimah) "Allah merahmati Fatimah" - kerana perbuatan merahmati itu adalah perbuatan Allah, dan bukan Fatimah.

2. Memasukkan tamarbutah ( ة ) didalam Yarham menjadi Yarhamah pun merupakan satu kesilapan tatabahasa. Kalau nak menunjukkan yang di rahmati itu adalah seorang wanita, maka ia akan menjadi :-

الله يرحمها
"Allah Yarhamuha" - Allah merahmati NYA (Wanita).

3. Diantara perkataan yang boleh di gunakan untuk membezakan lelaki dan perempuan ialah pergunaan al-Marhum (المرحوم) dan al-Marhumah (المرحومة) pada permulaan nama mereka.

Kesimpulannya, AllahYarham digunakan kepada lelaki dan juga wanita. al-Marhum dan al-Marhumah boleh digunakan untuk menunjukkan perbezaan gender.

Sekian, wassalam.

0 comments:

Post a Comment