04 March 2009

Doa , Ruqyah, Hadis Dan Sheikh Jamil Zeeno

Soalan (1):
Di dalam hadith ada dinyatakan yang do'a itu suatu ibadah, dan setiap ibadah itu pula mesti ditujukan kepada Allah sahaja; oleh itu dikatakan menjadi kufur orang yang menyeru di dalam do'a mereka pertolongan kepada malaikat, nabi, jin atau apa-apa sahaja makhluk Allah. Bagaimana pula dengan kedudukan jampi (ruqyah)? Adakah ia juga suatu bentuk sembahan (worship)? Apakah hukum seseorang (bomoh/kahin) yang menyeru nama-nama malaikat, nabi atau orang Soleh terdahulu di dalam jampi mereka?

Soalan (2):
Apakah yang harus dilakukan apabila seorang Melayu yang sudah biasa dengan amalan/kepercayaan "mazhab Shafi'ee versi Nusantara" kemudian tejumpa atau diberitakan dengan satu hadith sahih yang menunjukkan perbuatan menyentuh anggota badan (tanpa syahwat) antara suami-isteri tidak membatalkan wudhu? Patutkah ia berdiam diri sahaja dan terus berpegang kepada apa yang diajarkan oleh generasi Melayu terdahulu? Adakah perbuatan ini bererti mengingkari hadith sahih? Bolehkah juga ustaz confirmkan hadith tersebut?

Soalan (3):
Adakah mendapat ganjaran di sisi Allah perbuatan suka mencari kebenaran dan bertanya mengenai asal-usul, bukti dan dalil sesuatu hukum di dalam agama dengan tujuan untuk menambahkan lagi keyakinan kepada agama Allah? Bagaimana dengan mereka yang tidak berminat untuk mencari ilmu dan kebenaran tetapi hanya menumpukan kepada penambahan amal-ibadat semata-mata? Alasan yang diberi contohnya, cukuplah dengan apa yang telah diajarkan, siapalah kita ini untuk bertanya itu/ini dan macam-macam lagi.

Soalan (4):
Saya terbaca suatu karangan oleh seorang bernama Jameel Zeeno. Beliau mengatakan apa yang dipanggil sebagai imam-imam mazhab hari adalah ahli hadith pada zamannya. Perbezaan di antara satu imam dengan imam yang lain menurut beliau disebabkan oleh kesukaran logistics di waktu tersebut kerana pengumpul hadith tinggal di merata-rata tempat seperti Basrah, Mekah, Baghdad dan lain-lain. Jameel Zeeno mengatakan yang kesemua imam-imam tersebut meninggalkan pesanan/nasihat supaya kita hanya mengikut hadith sahih sebagaimana mereka dahulu, dan terdapat amalan-amalan mereka yg. mengaku mengikut Imam As-Shafi'e hari ini walhal As-Shafi'e sendiri telah meninggalkan amalan tersebut selepas beliau berjumpa hadith sahih yang baru. Siapakah Jameel Zeeno ini dan apa pandangan ustaz tentang pendapat beliau itu?


**********************
thtl

Jawab:

Soalan (1):

Seseorang yg menyeru selain ALlah dalam do'anya telah melakukan syirik. Dalil: " Katakanlah, panggillah mereka yg kamu anggap Tuhan selain Allah, maka mereka tidak akan mempunyai kekuasaan untuk menghilangkan bahaya dari mu.." terjemah AQ: 17: 56. Dalil Hadis: HR Imam Ahmad (musnad Imam Ahmad, 1/293) " jika engkau memohon, mohonlah kpd Allah dan bila engkau meminta, pintalah (terus) kpd Allah."
Mengenai ruqyah atau jampi, ia dibolehkan jika ada tiga (3) syarat:

a. menggunakan kalam Allah atau asma dan sifat Allah

b. menggunakan bahasa Arab atau maknanya

c. meyakini ruqyah itu tidak memberi kesan dgn sendirinya melainkan dgn kekuasaan Allah jua. (Fathul Bari, 10/195) dan Fatwa Ben Baz Jld 2/384

Adapun perbuatan mengunjungi dukun atau kahin yg menyeru makhluk selain Allah dalam perubatannya, ada dua hukum:

a. Dia telah syirik jika sekadar ingin tahu mengenai penyakitnya, dalilnya," sesiapa yg mendatangi bomoh/dukun untuk bertanya kepadanya tentang sesuatu, maka tidak diterima solatnya selama 40 hari. (HR Muslim)

b. Dia menjadi kafir jika bertanya dukun dan meyakini berita dukun tersebut. Dalil: sesiapa yg mendatangi kahin (dukun) lalu membenarkan perkhabarannya, maka ia telah kafir dgn apa2 yg diturunkan kpd Muhammad." (HR kitab-kitab sunan dari Abu Hurayrah. Ia hadis hasan. (Ruj: Syaikh alGhazali, Laisa minal Islam; Syaikh Ismail asSulaimi, Mufti Yaman dalam koleksi fatwanya silsilah Fatawa Syar'iyah Fatwa no 17)

Soalan (2)

Batalnya wudhu' bila menyentuh perempuan bukanlah amalan orang Melayu/Nusantara sahaja, bahkan ia adalah amalan semua orang yg berpegang dgn pendapat Syafi'iyah. Semua orang maklum bahawa madzhab Syafi'iy amat keras dalam bab Taharah berbanding madzhab lainnya.

Bagi pengkaji dan muttabi' (mereka yg belajar dan berusaha mencari kebenaran dalam urusan fiqhnya) hendaklah berpindah pegangan bila saja ia menemukan dalil dan hujah yg lebih rajih. Ini kerana berada dalam satu2 madzhab itu bukan perintah agama. Imam Rashid Ridha (alManar 4/256) merumuskan jika ada riwayat hadis mengenai batalnya wudhu' dengan semata-mata sentuhan, ia adalah hadis2 yg tidak sahih. Tetapi banyak hadis2 sahih yg sebaliknya (tidak batal) Jika benarlah batalnya wudhu' dengan bila tersentuh, maka sudah tentu ada riwayat yg mutawatir dalm hal ini.

Antara hadis2 sahih yg menegaskan tidak batal:

HR Bukhari-Muslim-Ahmad dari Aisyah ra, bahawa ketika malam hari Nabi saw bertahajjud dan semasa baginda turun sujud, Nabi menginjakkan kaki Aisyah. Dalam kitab 'Aun alMa'bud, Jld 1/69 ada satu hadis, di mana Nabi saw mengucup isteri beliau dan tidak pula berwudhu'. Pendapat yg paling rajih (tepat) ialah tidak batal wudhu' bila tersentuh dgn perempuan jika tidak ada rasa syahwat. (Syawkani dalam Nailool Awthor), maka dengan itu mana-mana muqallid Syafi'iyah yg sudah meneliti tahqeeqan ini hendaklah menukarkan pegangan lamanya. Jika dia enggan bercanggah pula dgn ruh madzhab-madzhab itu yakni mengutamakan hadis sahih dari pendapat atau ijtihad. WA (bersambung)

Soalan 3:

Salah satu maksud Islam ialah ilmu pengetahuan (Risalah ta'alim lil Banna), maka sudah tentu orang yg berilmu melebihi orang lain beberapa derjat. Dalil: Allah akan meninggikan orang2 beriman di antaramu dan orang2 yg diberi ilmu beberapa derjat. Mengenai usaha mencari ilmu ini lihatlah kesungguhan salaf dalam mencari ilmu, merantau dengan segala susah payah merentasi padang pasir. Tapi bila umat malas belajar, maka bermulalah kemunduran umat. Imam Hasan dalam hal ini menulis pada Asas ke 7 Rislaah Ta'lim: adalah suatu yg baik jika seseorang itu mencari dan mengetahui dalil2 Imamnya." Sikap muqallid yg selesa dalam comfort zone itu adalah suatu yg salah di sisi Islam jika dia ada kemampuan.

Soalan ke 4:

Syaikh Jamil Zeeno, adalah seorang pensyarah di sebuah kolej di Mekah, Darul Hadis alKhairiyah. Beliau adalah ahli hadis dan dari aliran salafiyah. Bukunya boleh dijadikan rujukan sebagaimana Albani, Ben Bazz, dll. Kita bersutuju dgn pendapat beliau spt yg anda lampirkan. WA

0 comments:

Post a Comment