08 March 2009

Ucapan Istighifar (Astaughfirullah)

semutapi

Salam

Sudah agak lama tidak mengemukakan soalan. Ada ustaz mengatakan ucapan Istighifar (Astaughfirullah) oleh Rasulullah s.a.w hanyalah sekadar sebutan "Astaughfirullah" dan bukannya panjang seperti "Astaughfirullah haazim allazi laillah....hingga akhir" seperti yang diucap kan oleh kita sekarang. Benarkah demikian?

Wassalam , didahulukan dgn ucapan Terima Kasih

**************
Kamin
Panel Feqh

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr semutapi dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

Sebenarnya, kedua2 lafaz istighfar ini terdapat didalam hadith yang sahih, yang datang dari riwayat yang berlainan.

(a) Imam al-Nawawi didalam kitab al-Azkar telah memasukkan hadith istighfar ini didalam bab zikir2 selepas solat (بابُ الأذكارِ بعدَ الصَّلاة ) :-

أنه كان إذا انصرف من صلاته قال أستغفر الله ثلاثا
"Sesungguhnya apabila seseorang itu setelah habis solat hendaklah dia membaca 'Astaghfirullah' (Aku memohon ampun kepada Allah) 3 kali" - [Riwayat Muslim 1/414]

Didalam satu riwayat Auzaa'ii berkata:

كيف الاستغفار‏؟‏ قال‏:‏ اسْتَغْفِرُ اللَّهَ، أسْتَغْفِرُ اللَّهَ‏
"Bagaimanakah cara beristighfar?? Baginda berkata :'Astaghfirullah, Astaghfirullah'"

(b) Cara istighfar yang kedua itu (yang panjang sikit) adalah dari sunan Abi Daud, dari Bilal bin Yasaar berkata, mendengar dari bapaku, dari datukku, sesungguhnya telah mendengar Nabi saw berkata :

من قال أستغفر الله العظيم الذي لا إله إلا هو الحي القيوم وأتوب إليه غفر له وإن كان فارا من الزحف
"Barangsiapa yang mengucapkan: Aku meminta ampunan kepada Allah Yang tidak ada tuhan selain Dia, Yang Hidup kekal dan selalu mengatur (makhluk-Nya) dan aku bertaubat kepadanya: niscaya diampunkan segenap dosa-dosanya meskipun ia pernah melarikan diri dari medan perang" (Hadith Riwayat Abu Daud 1517, At Tirmidzi 3495 dan Hakim 1: 511) - Syiekh Nasyiruddin Al-Albani mengkelaskan sebagai sahih didalam Sahih al-Targhib wa Tarhib.

Begitu juga kita disunatkan membaca penghulu istighfar setiap hari :-

اللهم أنت ربي لا إله إلا أنت خلقتني وأنا عبدك وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت، أعوذ بك من شر ما صنعت، أبوء لك بنعمتك علي وأبوء بذنبي فاغفر لي فإنه لا يغفر الذنوب إلى أنت
"Ya Allah Engkaulah Tuhanku, tiada Tuhan selain Engkau yang telah menjadikanku, sedangkan aku adalah hamba-Mu, aku sentiasa dalam kekuasan Mu dan janji-Mu sepanjang aku mampu untuk itu, aku berlindung kepada-Mu dari keburukan perbuatanku, aku mengaku kepada-Mu atas nikmat yang Kau kurniakan kepadaku dan aku mengaku atas-atas dosa-dosa yang aku perbuat, maka ampunilah aku, tiada yang mengampuni dosa-dosa selain Engkau"-[hadith Riwayat al-Bukhari]

WA, wassalam.

0 comments:

Post a Comment