"Mesej dari sahabat cyber ana....
rase sesuai kalau dihantar disini...
harap-harap ia dijadikan ikhtibar buat kita bersama
Pengunaan "Masyaallah" dlm percakapan seharian.
Sebarkan kepada kawan/sahabat. kadang2 kita terpengaruh dengan movie, terutama cerita p ramlee yang banyak menggunakan "MasyaAllah dalam situasi yang silap. bayangkan jika anda forward kan kepada sahabat2 lain, pahala akan terus berganda macam juga buat selling-networking.
Saya dapati ramai di kalangan kita menggunakan lafaz "MasyaAllah" ketika berhadapan dengan situasi yang tidak disukai atau tidak elok, contoh ketika anak2 kita buat perangai nakal.
Sebenarnya istilah "MasyaAllah" bermaksud ALLAH THE ALMIGHTY atau ALLAH YANG MAHA AGUNG .
Mengikut buku "What Do Say" by Kathyn Abdullah, kita menggunakan istilah "MasyaaAllah" bila kita melihat "something nice" seperti melihat bayi/kanak2 yg comel, ketika menjamah makanan yang sedap, terbau wangi- wangian dan sebagainya.
Jadi pengunaan MasyaAllah ketika berhadapan dengan situasi yg tidak elok adalah salah dan tidak digalakkan. Yg patut kita lafaz ialah"Astagfirrullahhalazim" (Aku memohon ampun kepadamu Ya Allah) atau pun "Innalillah" (Kepada Allah kita kembali)."
Sepanjang pengetahuan saya, Allahuakbar itulah ALLAH THE ALMIGHTY.... Yellow Question Yellow Question Yellow Question Minta Ustaz2 atau sesiapa saja yang mahir Bahasa Arab meresponnya...Wallahua'lam.
***************
kamin
Panel Feqh
wa'alaikumussalam
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr SunanDrajad dari UIAM dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.
Benar makna Allahuakbar itu ialah Allah the almighty atau Allah Yang Maha Besar. Manakala makna Maa-Syaa-a-Allah adalah lebih kurang maksudnya "apa yang diKehendaki Allah" atau "As Allah Willing" atau "As God Willing". Perkataan Maa-Syaa-a-Allah ini terbahagi kepada 3 perkataan :
1. Ma (مَا ) - harf (huruf atau particle), yang boleh membawa maksud Dia yang (الَّذِي) (he whom, that which, which, what ever, what so ever) Apa (مَاذ) dan juga bukan (not,لَمْ ).
2. Syaa-a (شاءَ) - fa'il (perbuatan atau verb), yang membawa maksud (أَرَاد) - kehendak, keinginan, (design to , be willing(to) , designate , intend ). Kamus al-Muwrid menambah - "to want, wish, desire, will, be willing (to), to intend, purpose, have in mid".
3. Allah ( الله) - Isim (nama atau nouns).
"Apa yang Allah kehendaki", "As Allah willing " ما شاء الله
Didalam scenario kita di Nusantara, perkataan Maa-Syaa-a-Allah ini menunjukkan keta'juban atau terkejut atau sesuatu yang mengemparkan. Di negara Arab, perkataan Maa-Syaa-a-Allah disebut sebagai menandakan kegembiraan. Keadaan dan suasana perkataan Maa-Syaa-a-Allah digunakan dengan pelbagai maksud. Akan tetapi, maksudnya tidak berubah :- dari segi kegembiraan pun ia merupakan "Apa yang Allah kehendaki" dan juga terperanjat juga merupakan "Apa yang Allah kehendaki". Ibn Kathir menyatakan bahawa terdapat dikalangan salaf apabila melihat perkara yang ajaib mengenai harta dan anak akan menyebut :-
ما شاء الله لا قوة إلا بالله
"Maa-Syaa-aAllah La Quwata illa billlah"
Sebagaimana firman Allah swt :-
وَلَوْلَا إِذْ دَخَلْتَ جَنَّتَكَ قُلْتَ مَا شَاءَ اللَّهُ لَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ إِنْ تَرَنِ أَنَا أَقَلَّ مِنْكَ مَالًا وَوَلَدًا
"Dan sepatutnya semasa engkau masuk ke kebunmu, berkata: (Semuanya ialah barang yang dikehendaki Allah)! (tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah)? Kalau engkau memandang aku sangat kurang tentang harta dan anak berbanding denganmu." [al-Kahfi : 39].1. Yang salah ialah apabila kagum melihat maksiat, perkara buruk dsb lalu berkata Maa-Syaa-a-Allah - "Apa yang Allah kehendaki", seolah2 menyatakan 'apa nak buat, dah takdir buat maksiat/jahat'. Sebaik2nya hendaklah kita berlindung dengan Allah dari kemaksiatan tersebut dan juga beristighfar.
2. Kesalahan kedua ialah kesalahan dari segi sebutan panjang MAA dan juga tulisannya. Kesalahan ini akan membawa kepada pengertian yang salah. Dari segi tulisan, huruf MA di kombinasikan dengan huruf Syaa-a :-
"MaSyaa-a-Allah" - مشاء الله - yang membawa maksud "Penyebar adalah Allah / A spreader is Allah"
Kesalahan2 ini bukan sahaja berlaku kepada mereka2 yang bukan Arab, malah ini diberlakukan juga dikalangan orang2 Arab sendiri. Disini saya paparkan beberapa website yang melakukan kesalahan tersebut (terutamanya forum2 arab) :-
مشكورين أبناء سالم على الرد والترجمه مشاء الله عليكم الله يحفظكم
http://bukhalifa.com/zayed/archive/index.php/t-5861.html
مشاء الله عليك اختي فطامي
http://www.uae2020.net/forum/archive/index.php/t-296.html
مشاء الله أهلا وسهلا
http://www.atteb.com/Forums/lofiversion/index.php/t4414.html
مشاء الله تبارك الله
http://alm3na.net/vb/printthread.php?t=5080
مشاء الله ............. مشاء الله
http://www.4gg4.com/vb/archive/index.php/t-2067.html
Sekian, wassalam
=========
Rujukan :
1. Munir Baalbaki dan Dr Rohi Baalbaki. Al-Mawrid. cet pertama. Beirut : Dar Al-Ilm LilMalayin, 1997.
0 comments:
Post a Comment