04 March 2009

Wuduk Doa Dan Zikir

Assalammu'alaikum.
Menurut Mazhab Imam Syafie:

1. Bolehkah menyapukan air saja diatas stokin yg tebal (tidak berlobang) ketika mengambil wuduk (tanpa membuka stokin itu)? (Ini berdasarkan hadis yg menyatakan mengambil wuduk dgn memakai khuf (kasut kulit).)

2. Bolehkah kita menggoyangkan badan ketika membaca wirid, doa, zikir & tahlil? (Ini berdasarkan hadis yg menyatakan jangan mengikut perbuatan & amalan orang Yahudi & Nasrani yg menggoyangkan badan ketika mereka sembahyang/doa)

3. Apakah dalil yg menyatakan kita beramai-ramai membaca wirid secara kuat, bersama imam & mengaminkan doa imam, selepas solat berjemaah?

JazakAllah...

************************
thtl

Jwb:

1. Dalil menyapu sepatu/kasut/khuf ialah dalil sahih: HR Bukhari-Muslim-Abu Daud-Termidzi dari Hammam anNakha'iy ra dari Jarir bin Abdullah ra, bahawa dia melihat RasuluLlah saw buang air kecil, berwudhu' dan menyapu kedua khufnya."
Dalil menyapu stokin ini dari amalan sebahagian besar sahabat, antaranya Umar, Ali, Ibn Abbas, Ibn Mas'ud (raa) dan terdapat hadis riwayat Ahmad, Ibn Majah, Termudzi, Thahawi dari Mughirah bin Syu'bah ra, bahawa Nabi saw berwudhu' dan menyapu stokin dan sandalnya." Hadis ini didha'eefkan oleh Abu Daud tapi Albani berpendapat ia tidak menjejaskan kesahan hadis ini sebagai sumber hukum. (Albani, Tamamul Minnah)

2. Amalan berlebihan dalam melakukan zikir termasuk menari, menggoyangkan badan ini adalah bid'ah kaum sufi (Dr Sabir Tha'imah, asSufiah Mu'taqadan wa Maslakan dan Pejabat Mufti Arab Saudi, Syaikh Saleh alUthaymin, Hakikat atTasawwuf, juga Ibn Taymiyah, Majmu' Fatawa 11/201, Ibn Taymiyah, alUbudiyah) P/S: Jika goyang yg sedikit kerana tabi'at itu dima'afkan tapi tidak boleh mempercayai goyang itu suatu sunnah.

3. Memang terdapat dalil berbuat demikian. Tetapi Imam Ibn Hajar Asqalani (syarh Sahih Bukhari) menjelaskan ia dilakukan oleh Nabi saw untuk mengajar sahabat2 di permulaan Islam, selepas mereka menghafaznya, maka amalan wirid beramai-ramai dgn suara keras itu dihentikan kerana terdapat larangan dalam surah alIsra': 110 (asySyaqiri, asSunan, 50) WaLlahu a'alam

0 comments:

Post a Comment