13 March 2009

Qunut Dalam Solat Witir

Guest


Adakah bacaan qunut dalam solat witr pada rakaat terakhir bersumber dari sunnah Rasulullah SAW?


*************
kamin
Panel Feqh

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

Do'a - do'a qunut yang dibaca didalam Solat Witir memang bersumberkan dari hadith Nabi saw. Contoh yang selalu kita dengar (bacaan Qunut yang dibaca oleh Mazhab Syafie) : اللهم اهدني فيمن هديت "Allaahummahdinee fiman hadayta.....(sehingga akhir) " datang dari Hasan bin Ali, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abu Dawood #1213, al-Nasaa'i, 1725.

Contohlah seperti Do'a yang dilaporkan oleh Ali ibn Abi Taalib ra. bahawa Nabi saw berkata pada akhir witir:-

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِرِضَاكَ مِنْ سَخَطِكَ وَبِمُعَافَاتِكَ مِنْ عُقُوبَتِكَ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْكَ لا أُحْصِي ثَنَاءً عَلَيْكَ أَنْتَ كَمَا أَثْنَيْتَ عَلَى نَفْسِكَ
"Ya Allah, aku memohon keredhaan kamu dari kemarahanmu, dan keampunanmu dari azabmu. Aku tidak boleh memujimu secukupnya; Engkau adalah sebagaimana Engkau Memuji diri kamu" [Hadith Riwayat al-Tirmudzi #1727, Sahih Abi Daud #1282

Mengenai do'a-do'a tambahan yang dibaca didalam Qunut tersebut, Imam al-Nawawi rh. mengatakan tidak menjadi masalah, kata beliau :-

الصحيح المشهور الذي قطع به الجمهور أنه لا تتعين بها ( أي بهذه الصيغة ) ، بل يحصل بكل دعاء.
"Sahih terkenal sebagaimana yang diputuskan oleh jumhur ulama' bahawa tidak ada perkataan yang khusus, malah apa-apa do'a boleh dibaca" [al-Majmu' Sharh al-Muhazzab, 3/497]. WA.

Sekian, wassalam

0 comments:

Post a Comment