13 March 2009

Doa Qunut solat sunat witir

Guest

Salam,

Bacaan doa Qunut witir terdapat banyak yang shahih dari rasullulah saw,jadi sekiranya kita belum hafal doa tersebut bolehkah kita membaca doa qunut itu sambil memegang buku doa?

Bolehkah dalam doa qunut witir itu selepas membaca doa yang warid dari rasullulah kita menambah mengikut doa yang kita sendiri kehendaki?

jazakallahu khairan

*************
thtl

Wassalam

al-Jawab:

1. Status Qunut Witir adalah diperselisihkan kesahihannya. al-Muhaddith al-Albani mensahihkan hadith qunut witr, manakala Muhaddith mutaqaddimun spt Ibn Khuzaimah dan Ibn Hibban al-Busti mendha'ifkannya. Muhaddith kontemporer seperti Syaikh Bakar Abu Zayd dari KSA juga mendha'ifkan hadith2 qunut witr. Persis (persatuan Islam) dari Indonesia yang diasaskan oleh Ust A Hasan Bandung juga mendha'ifkan qunut witr.
Jika anda memilih pendapat ahli hadith yang mensahihkannya (al-Albani), maka anda boleh saja mengamalkan qunut witr dan inilah amalan Jumhur.

2. Hukum memegang buku do'a qunut ketika bersolat witir dan membaca do'a darinya. Berkata Syaikh Uthaimin dan Syaikh Ibn Baz, pada dasarnya memegang musyhaf atau semisalnya tidak dilarang, tapi ia adalah amalan tersebut akan mencacatkan solat anda, antaranya:

a. perbuatan memegang buku do'a akan menghalang pesolat dari melihat tempat sujud, kerana tumpuannya beralih kepada kitab.

b. amalan meletakkan kedua tangan di atas dada juga tidak dapat diteruskan lagi kerana memegang kitab do'a,

c. banyak berlaku pergerakan dalam solat ketika aksi memegang kitab dan membeleknya

d. pergerakan mata kerana membaca baris-baris do'a
Oleh kerana perbuatan memegang kitab itu mematikan banyak sunnah yang lain, maka langkah terbaik ialah tidak usah berbuat demikian dan solatlah mengikut keupayaan anda sahaja. (Fatawa Ibn Uthaimin, Riyadh: Daar Alam Kutub, cet ke 4,1994)

3. Penambahan do'a tambahan seusai do'a witr yang makthur:

Mengikut Syaikh Ibn Uthaimin, mantan Mufti 'Aam KSA, hukumnya boleh saja, ia kembali kepada hukum asal, boleh memperpanjangkan ucapan do'anya. Tapi yang terbaik ialah kekal dengan apa yang diajar oleh Nabi saw, tidak mengurang atau menambahnya. (Syaikh Ibn Uthaimiin, Syarh Du'aail Qunut, Riyadh: Daar Ibn Khuzaimah, 1997) Tambahan Syaikh Bakr Abu Zayd, tambahan do'a qunut itu tidak dijadikan rutin atau kebiasaan dan jika menjadi Imam, tambahan itu tidak boleh membebankan makmum. (Tashhih ad-Du'a, Riyadh: Dar al-Ashimah, 1999) WA

0 comments:

Post a Comment