10 March 2009

Doa Akasyah

zulnaim

1)Bolehkah saya menjadikan doa saidina akhashah sebagai doa tiap tiap lepas sembahyang?

2)apakah kelebihan doa akhashah?

3)adakah benar hadis yang menyatakan "barang siapa yang syak dia akan doa ini maka jadi kafir ia"?

4)tolong beriterjemahan doa akhashah ini untuk saya lebih dapat menghayati doa tersebut.

*************
kamin
Panel Feqh

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr zulnaim dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

Do'a Akashah ini dijumpai didalam kitab Majmu' Syarif yang mana terdapat beberapa do'a2 yang lain seperti Do'a Nisfu Sya'ban, Istighfar Rejab, Doa Kanzu 'Arash dan lain2. Didalam kitab tersebut, tidak pula terdapatnya riwayat2 mengenai do'a2 tersebut, yang dapat membuktikan bahawa do'a2 mempunyai periwayatan yang sahih.

Malahan2 do'a ini disertakan dengan 'hadith2' bagi membuktikan bahawa do'a ini memang mempunyai fadhilat2nya yang tertentu, sepertimana yang sdr nyatakan : 'barangsiapa yg syak dia akan do'a ini maka jadi kafir ia". Ini merupakan sandaran2 yang palsu atas Nabi hadith Nabi saw. Mengada2 sesuatu bersandarkan nama Nabi saw itu satu bid'ah yang mungkar,

مَنْ أَحْدَثَ فِي أَمْرِنَا هَذَا مَا لَيْسَ فِيهِ فَهُوَ رَدٌّ
"Barang siapa yang mengadakan sesuatu perkara kami dan ia bukan sebahagian darinya maka ia adalah tertolak" [Riwayat al-Bukhari, Fath al-Baari #2697].

Akashah ibn Muhsan ra. merupakan sahabat Nabi saw. Beliau merupakan kumpulan2 sahabat2 Nabi yang dijanjikan syurga Allah swt selain dari mereka yang 10 orang. Tidak pula terdapat riwayat2 yang sahih menceritakan bahawa Akashah ra. telah meriwayatkan do'a yang diberi nama 'Do'a Akshah'. Riwayat mengenai Akashah meminta Nabi saw mendo'akannya agar masuk syurga tanpa hisab adalah sahih, dimana Akashah ra. berkata :

ادع الله أن يجعلني مني. قال: "أنت منهم".
"Do'akanlah kepada Allah agar menjadikanKu dari Ku (mereka)". Nabi saw bersabda : "Kamu adalah dari kalangan mereka" [Riwayat al-Bukhaari #6541, Muslim #216, 218 dan 220]

Hadith ini juga menjadi dalil bahawa orang Islam boleh bertawwasul dengan Nabi saw semasa baginda masih hidup.Tidak ada riwayat2 lain yang menyatakan bahawa terdapatnya do'a Akashah.

Jika anda ingin berdo'a menggunakan do'a yang datang dari Nabi saw, ambillah do'a dari kita kitab al-Azkar karangan Imam al-Nawawi, atau kitab moden yang berukuran kecil berjudul Hisnul Muslim : min azkar al-kitab al-sunnah karangan Saed bin Ali bin Wahf al-Qahthaani yang telah pun diterjemahkan didalam pelbagai bahasa. Do'a2 dari 2 kitab ini memang sahih datang dari Nabi saw dan selamat digunakan.

Kalau kita mempunyai hajat2 yang tertentu (specific) , baca sahaja do'a didalam bahasa yang kita fahami maksudnya.

Disini saya ingin memaparkan fatwa dari Ibn Taimiyah rh mengenai do'a dan zikir yang disandarkan kepada Nabi saw atau sahabat2nya. Kata Ibn Taimiyah :-

لا ريبَ أنَّ الأذكارَ والدعوات مِن أفضل العبادات، والعبادات مبناها على التوقيف والاتِّباع ، لا على الهوى والابتداع، فالأدعيةُ والأذكارُ النبويَّةُ هي أفضل ما يتحرَّاه المتحري من الذكر والدعاء ، وسالكها على سبيل أمانٍ وسلامةٍ ، والفوائد والنتائج التي تحصل لا يعبر عنها لسانٌ ، ولا يحيط بها إنسانٌ ، وما سواها من الأذكار قد يكون محرَّماً ، وقد يكون مكروهاً ، وقد يكون فيه شركٌ مما لا يهتدي إليه أكثرُ النَّاسِ ، وهي جملةٌ يطول تفصيلها .

وليس لأحدٍ أنْ يَسُنَّ للنَّاسِ نوعاً من الأذكار والأدعية غير المسنون، ويجعلها عبادةً راتبةً يواظب الناس عليها كما يواظبون على الصلوات الخمس، بل هذا ابتداعُ دينٍ لم يأذن الله به... وأما اتخاذ وردٍ غيِر شرعيٍّ، واستنانُ ذكرٍ غيرِ شرعيٍّ، فهذا مما يُنهى عنه، ومع هذا ففي الأدعية الشرعية والأذكار الشرعية غايةُ المطالبِ الصحيحةِ ونهايةُ المقاصدِ العليَّة ، ولا يَعدلُ عنها إلى غيرها من الأذكارِ المحدَثة المبتدعةِ إلاّ جاهلٌ أو مفرِّطٌ أو متعَدٍّ. أ.ه

"Tidak dapat diragukan bahawa Do'a dan Zikir adalah merupakan seafdal2 Ibadat, Ibadat didasarkan kepada Tawqif (terhenti; tidak berubah) dan "Ittiba' (ikutan), bukan berdasarkan kepada hawa nafsu dan rekaan atau bid'ah, Zikir dan Do'a dari Nabi saw adalah yang afdal (yang terbaik) dari mana-mana do'a dan zikir yang lain, dan bagi sesiapa yang menghadkan dirinya kepada itu (do'a dan zikir) akan adalah tepat dan selamat. Faedah dari amalan yang dibawa tidak boleh tunjukkan dengan perkataan atau diketahui keseluruhannya oleh manusia. Zikir2 yang kemungkinan hukumnya haram atau mungkin makruh. Ia mungkin melibatkan syirik dimana kebanyakkan orang tidak perasan/sedari dan akan mengambil masa yang panjang menjelaskannya secara terperinci.

Tidak ada orang yang berhak menunjukkan kepada manusia apa2 zikir atau do'a yang tidak diriwayatkan didalam sunnah dan menjadikan ia sebagai ibadat agar manusia mengamalkannya sebagaimana manusia melakukan solat 5 waktu. Malah ini merupakan satu rekaan atau bid'ah didalam agama dimana Allah tidak memberi kebenaran... didalam kes memasukkan amalan pelik yang tidak dijelaskan oleh syariah dan juga zikir yang tidak dijelaskan didalam syariah, ini merupajan sesesuatu yang dilarang, malah so'a dan zikir yang telah dijelaskan oleh syara' merupakan yang terbaik dan akan mencapai tujuan dan maksud.Tidak ada sesiapa yang memalingkan darinya dan mengambil amalan2 yang direka dan mencipta zikir2 melainkan orang itu jahil, lalai atau melampau batas" [Majmu' Fatawa, 22/510-511].

Membaca do'a (yang bukan datang dari Nabi saw) yang tidak mengandungi unsur2 yang salah menurut syara' tidaklah mengapa (bukanlah menjadikannya sebagai amalan harian). Meninggalkannya adalah lebih selamat dan tepat oleh kerana yang terbaik adalah do'a2 yang datang dari hadith Nabi saw. Akan tetapi menyandarkan sesesuatu do'a dengan menggunakan hadith2 palsu yang dikaitkan dengan Nabi saw adalah perbuatan yang haram lagi terlarang. Wallahu A'lam.

wassalam
========
Rujukan :

1. Mohammad bin Abdul Rahman Qasim. Majmu' Fatawa Shiekh Al-Islam Ibnu Taimiyah - 22. Mekah : Percetakan Al-Hukumah, 1969.

6 comments:

faris said...

saya nk mengulas sikit ttg soalan no 3. Barang siapa syak akan doa ini maka kafirlah ia. - Kalau tak silap ada 23 Laillaha illa Allah hu Muhamaddar rasul Allah. Jadi siapa yang tidak percayakan syahadah?

mawar putih said...

Sedang sy melayari internet untuk mendptkan doa2 yg terbaik, sy tlh terjumpa satu blog yg menyatakan selain dr mengalamkn surah yasin untuk lulus peperiksaan, terdpt satu lg doa yg baik utk diamalkan iaitu doa akasya. Sejujurnya, sy tak pernah tau adanye doa akasya ni..dan setelah sy melayari lg untuk megetahui doa2 tersebut, ia panjang sekali. sy ingin bertanye bolekah ia diamalkan untuk lulus dlm peperiksaan.

intan said...

Assalamualaikum , saya mengamalkan doa akasyah ini setelah doktor mengesahkan bayi dlm kandungan saya yg berusia 7 bulan bayi perempuan ,saya amat mengharapkan anak lelaki sebab telah ada 3 anak perempuan ,setiap lepas isyak dlm bulan ramadhan saya x putus2 mengamalkannya dan berdoa agar dikurniakan anak lelaki.. anak yg saya lahirkan lelaki .Alhamdullilah .Yakin lah dengan janji Allah.

Ali B said...

Doa Akasah ini bagus diamalkan, sebagaimana doa2 lainnya. Riwayat doa ini memang tidak terdokumentasi dengan baik. Tetapi melihat isinya/membaca artinya, tentu kurang patut kita meninggalkannya. Analisa saya, mungkin doa ini selalu dibaca/diamalkan oleh Akasah r.a sendiri, lalu diamalkan oleh pengikut2nya. Wallahu 'alam bi sawab. Hanya Allah Yang Maha Tahu.....

Anonymous said...

Doa yg begitu indah tutur bicara memohon keampunan kehadrat illahi. Jgn mudah membidaahkan doa ini. Amat lembut dan mantik bila ianya dihayati. Menjadikan kita lebih dkt dan terasa hinanya kita disisi penciptanya.....
Telah lama diamalkan oleh mereka2 yg terdahulu dan yg lebih mulia dr kita.

Anonymous said...

Jangan nak cakap lulus peperiksaan, adik... Kalau bercita cita nak sampai ke bulan pon boleh.. Nothing is impossible.. Doa akashah baik kalau adik rasa kan banyak berdosa di dalam diri. Logically, setiap individu yg bersih zahir dab bathin nye dari dosa, sudah pasti segala macam doa akan cepat termakbul.. Biznillah

Post a Comment