07 March 2009

Doa Mustajab 40 Orang Awam

Ana ada sedikit kemusykkilan…

Ttg doa 40 org awam menyamai dengan doa seorang wali, betul ke? Ada nas? Macam mana pulak dengan mulut masin? Lagi satu, misalnya kalau kita masuk hutan dsb. Kenapa kita dilarang menyebut benda-benda tak elok macam ttg harimau, ular dsb? Katanya sbb takut betul-betul datang…ada nas ke?

Wa

***************
thtl

Salam

a. Keutamaan wali ke atas awami.

Sepintas lalu, siapakah wali dan siapakah orang awam.

Wali ialah orang2 yg suci dan ta’at mengerjakan suruhan Allah (Kamus Dewan), wali ialah salah satu nama2 Allah yg bermaksud penolong dan pelaksana segala urusan (Ibn Mundzir,lisanul Arab). Dari sudut syara’, Wali ialah mana-mana mu’min yg bertaqwa.

Dua kekeliruan:

a. Allah sebagai wali orang beriman (AQ-2:257)

b. Orang beriman menjadi wali kepada sebahagian yg lain (AQ-9:71)
Maksud Allah wali kepada orang beriman ialah secara umum (sifat rububiah, Allah mengurus kehidupan makhluk-Nya), secara khusus ialah memberi taufiq, inayah dan hidayah.

Maksud sebahagian manusia menjadi wali ke atas yg lain ialah saling bantu-membantu utk kepentingan bersama (ummah).

Kata Imam Ridha (Tafsir alManar: 3/42) kebanyakan orang jahil tidak tahu membezakan sifat2 Wali.

Wali-wali Allah ini memang ujud (Yunus: 62), yaitu orang2 yg melakukan keta’atan kpd Allah dan Allah mengasihi mereka dan menempatkan meninggikan derjat mereka. (Zamakhsyari: alKasyaf: 2/193)

Siapa pula orang awam?

Orang awam ialah rakyat biasa yg mengikut ulil amri (pemerintah dan ulama’).” Jikalau mereka (orang awam) menyerahkannya kepada Rasul dan Ulil amri di kalangan mereka..” AQ-4:83

Orang awam ialah orang yg tumpuan mereka ialah dunia sahaja, lalai akan akhirat (arRum: 6-7)

Mereka juga adalah muqallid .

Maka sudah tentu, wali jauh memiliki kelebihan ke atas awami
AnNahl: 97 (Kami akan memberikan balasan kepada mereka dgn balasan yg lebih baik dari apa yg mereka kerjakan)

AnNisa’: 69 (mereka itu akan bersama-sama dgn orang soleh yg Allah anugrahkan nikmat)

Hadis Qudsi (Bukhari 4/143) “ Aku telah siapkan bagi hamba-Ku yg soleh, hal2 yg tidak pernah terlihat oleh mata, terdengar oleh telinga, tidak pernah terlintas oleh hati.”

Tapi bilangan 40 orang awam itu tidaklah kita ketahui dari mana asalnya.

2. Mulut masin ini bermaksud Firasat (cahaya Allah utk menunjuk) HR atTermidzi dari Abi Sa’eed alKhudry ra,” Takutilah kalian kpd firasat mukmin kerana ia memandang dgn cahaya Allah.” Ia juga bermaksud kasyaf (ilmu2 Allah yg ditimbulkan dalam hati utk melihat hal2 yg tesembunyi (kasyaf).(Ibn Qayyim alJauzea, Madarij asSaalikin :3/322) Cth Abu Bakar yg mengetahui jantina janin dlm kandungan, Uthman ra yg mengenal orang yg berzina.

Juga bermaksud ilham bermaksud pengaruh dari Allah utk mengerjakan atau meninggalkan sesuatu (AQ-asSyams: 7-8)

3. Celupar ketika di hutan

Ini sudah menjadi kepercayaan umum baik Bangsa Arab atau Melayu di mana mereka measa gerun dgn persekitaran dan ada yg meminta dan menyeru Jin supaya tidak mengganggu mereka. (alJinn:06) (Khalf alHusaini, alIfrit fil Qur:an), memanglah kita disunnahkan berdo’a bila malam atau berada di tempat yg ada gangguan jinn (sebagaimana dalam hadis Jami’ asSogheer, no3651, Jinn ada tiga jenis: yg bersayap dan terbang, yang merayap dan yg berpindahrandah.” Maka utk mengelak dari gangguan makhluk halus itu kita hendaklah berdo’a dgn do’a2 yg makthur (lihat Risalah alMakthurat) WA

0 comments:

Post a Comment