11 March 2009

Duduk Di Kuburan

tanpanamaX

sedikit kekeliruan mengenai duduk di sekitar kubur,
saya telah mendengar kuliah seorang ustaz yg berasal dari utara yg mengatakan tidak boleh duduk di atas kubur berdasarkan dalil2 yg kuat juga ,seperti dari riwayat muslim dan lain2...

saya juga telah mendengar kuliah seorang ustaz dari pantai timur yg mengatakan BOLEH duduk di atas kubur, kerana haram duduk itu adalah bukan duduk biasa, berdasarkan dalil yg kuat juga seperti daripada riwayat bukhari dan lain2....

yang mana paling kuat diantara pendapat diatas???

terima kasih....

**************
thtl

al-Jawab:

Anda keliru kerana ia adalah isu khilafiah. Pendapat jumhur menurut Imam Nawawi ialah makruh. Manakala madzhab Maliki sebagai harus dan ahli tahqiq (peneliti) sebagai haram, antaranya Imam al-Syawkani, Imam Syun'ani dan Imam al-Albani (ahkam alJanaiz). mengenai dakwaan ustaz tersebut bahawa ada hadith Bukhari yang kata boleh, hendaklah dibuktikan kerana setahu saya tidak ada hadith Bukhari yang sedemikian. yang paling hampir yang saya temui ialah atsar Imam Malik yang mengatakan maksud duduk di atas kuburan ialah buang air. Adapun duduk-duduk yang biasa dilakukan itu tidaklah dilarang. (Syun'ani Subulus Salam 2/588)
Pendapat yang benar ialah menghindari duduk di atas kubur dan bersandar kepada batu nisannya kerana banyaknya hadith2 yg melarangnya. sekian

0 comments:

Post a Comment