07 March 2009

Zikir Dalam Hati

Salam
Saya ingin bertanya adakah kita boleh berzikir, misalnya menyebut "la ilaha illallah" di dalam hati dan tidak mengira berapa banyak yang kita sebut? Apabila teringat maka kita membacanya sehingga behenti. Ini kerana agak sukar untuk sentiasa memegang 'tasbih', juga kerana khuatir dikata orang hendak menunjuk atau orang mungkin fikir yang kita ini sangat wara'. Diharap ustaz2 di sini sudi menjawab. Syukran. Jazakallahu khairan kathiran.
Wassalam

****************
g@y@t
Salam

Kita akan pecahkan persoalan saudara kepada beberapa pecahan.

1) Zikir dengan hati dan lisan

Zikir boleh dilakukan sama ada dengan hati dan lisan, hati sahaja ataupun lisan sahaja. Sebaik2 zikir ialah dengan hati dan lisan. Jika hendak dilakukan salah satu daripadanya, maka zikir dengan hati adalah terlebih afdhal.

2) Berapa banyak zikir yang perlu kita amalkan

Allah tidak menetapkan had zikir itu. Kita diperintahkan Allah untuk sentiasa mengingatiNya dalam apa jua keadaan. Orang yang sentiasa ingatkan Allah akan banyak berzikir.

Imam Ibn Salah ditanya tentang batas orang yang dapat digolongkan orang2 yg berzikir byk kpd Allah ia menjawab:

"Apabila ia mengamalkan dengan disiplin zikir2 yang bersumber dari Rasulullah saw pada pagi hari, pada petang hari, pada setiap waktu, pada setiap keadaan yg berbeza2 siang ataupun malam. Seabgaimana yang terhimpun dlm kitab 'amalan Siang dan Malam' maka ia termasuk dlm kelompok org2 yang berzikir banyak kpd Allah, baik lelaki ataupun perempuan."

3) Zikir yang terputus

Menurut Imam Nawawi, sunat memutuskan zikir apabila ada sesuatu sebab yang menghalangnya. Kemudian disambungnya setelah penyebab itu sudah tiada. Cth sebab2 pemutus adalah, menjawab salam, mendoakan org bersin dlln.

4) tasbih

Tasbih itu hanyalah alat mengira. Sekiranya anda khuatir kalau2 datang perasaan riyak, maka elakkanlah memakainya.

5) Riyak kerana zikir

Menurut Imam Nawawi, tidak sepatutnya org meninggalkan zikir lisan dan hati semata2 kerana takut disangka riyak. Sepatutnya zikir itu dilakukan dgn ikhlas dan kerana Allah.

Kesimpulannya

-Tidak menjadi kesalah untuk berzikir dalam hati
--menyambung kembali zikir yang terputus adalah tidak salah

Sekian.
Wassalam

Rujukan

Terjemah Al-Azkar oleh Imam Nawawi

Fiqh Sunnah Funerals & Dzikr oleh Sayyid Sabiq

***************
thtl
Wassalam

Berzikir adalah suatu ibadah yg disyari'atkan. Tetapi sebelum kita berzikir, kita hendaklah ada ilmu tentang tasawwur zikir itu. Ini kerana antara salahfaham bagi kebanyakan orang Islam ialah mereka ingat zikir itu hanya zikir lisan sahaja dan tidak lengkap jika tanpa biji tasbih.

Zikir ada tiga jenis:

a. Zikir lisan. Ia memerlukan si muslim berzikir di waktu2 yg sunnah dgn zikir2 yg
makthur (yg diterima dari Sunnah). kaifiatnya : berzikir dgn lisan yg didengar oleh telinga sendiri, kemudian hendaklah difahami dan direnungi setiap apa yg dizikirkan. Pendapat anNawawi yg dikutip oleh alHubaisyi, alBarakah fi Fadhli al Sa'yi wal harakah, ms 309)

b. Zikir arRi'ayah (zikir hati), maksud zikir ini ialah bukanlah zikir "La ilaha illaLlah" dalam hati, tapi seseorang merasai dirinya dibawah pengawasan Allah, merasai dirinya diperhati Allah setiap masa.

c. Zikir umum iaitu kita sentiasa menjauhi diri dari kelalaian dan tipu daya nafsu dan syaitan juga zikir.
(Ibn alQayyim alJauzea, Madarij asSaalikin Jld 2/434)

Mengenai misteri biji tasbih. ia perkara baru dan tidak diamalkan oleh salaf assoleh. Tradisi salaf ialah menghitung dgn jari-jemari sahaja. Dalil: HR Ahmad, atTermidhi, dan Abu Daud dari Yusrah ra,"hitunglah dgn jari-jari, sebab jari2 itu akan ditanya". WA

1 comments:

Anonymous said...

kamu semua orang2 yang tidak cukup ilmu tapi nak menjawab persoalan agama. lalu dipetik dari kitab2 tanpa usul konteks petikan kitab2 tersebut.

Post a Comment