Minta ilmuwan sekalian kalau tahu asal usul kaifiat di atas.
jkk in advance.
***************
kamin
Panel Feqh
wa'alaikumussalam
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan syahrezan dengan kadar kemampuan yang terhad, Insya-Allah.
Kaifiat membaca al-Fatihah diantara dua do'a tidak terdapat dalil mengenai kesahihan dan kaifiatnya. Malah, amalan membaca al-Fatihah selepas berdo'a pun tiada nas. Menurut Fatwa al-Lajnah al-Daaimah :-
لم يثبت عن النبي صلى الله عليه وسلم أنه كان يقرأ الفاتحة بعد الدعاء فيما نعلم
"Tidak thabit dari Nabi saw mengenai membaca al-Fatihah selepas do'a dari apa yang kami tahu"Didalam hadith yang di riwayatkan oleh al-Tirmudzi dan Abu Daud, bahawa ada seorang lelaki yang berdo'a dan tidak mengkhirinya dengan berselawat keatas Nabi, Nabi saw mengatakan : Apabila seseorang berdo'a hendaklah di memulakan do'a dan mengucap bertahmid (al-hamdulillah), kemudian (pada akhirnya) dia berselawat keatas Nabi saw.
Telah tercatat didalam Ensaiklopedia Fiqh Kuwait bahawa seseorang itu selepas selesai berdo'a hendaklah membaca :
وَآخِرُ دَعْوَاهُمْ أَنِ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
"Dan akhir doa mereka ialah segala puji dipersembahkan kepada Allah yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam! " [Surah Yunus : 10]
Mengenai asal usul kaifiat membaca al-Faithah diantara dua do'a, tidaklah kami tahu sejarahnya, cuma amalan ini tidak di buat oleh Nabi saw dan para sahabatnya. WA.
Sekian, wassalam
====
rujukan :
1. Fatwa IslamWeb (pengawasan Dr Abdullah al-Faqih) حكم قراءة الفاتحة بعد الدعاء- url : http://www.islamweb.net/ver2/Fatwa/ShowFatwa.php?lang=A&Id=42768&Option=FatwaId
0 comments:
Post a Comment