07 March 2009

Rawatan Quran Pusing

Saya ada menyaksikan satu proses rawatan (Islam?) terkena sihir yang dilakukan oleh seorang warga Indonesia. Rawatannya dipanggil sebagai "Quran Pusing". Cara rawatannya ialah dengan menggunakan Al-Quran yang diikat dengan tali (ditengah-tengah) kemudian dijuntaikan tali diatasnya dan diikat pula dengan satu anak kunci yang berkepala. Pesakit ataupun waris pesakit dikehendaki menyangga/memegang kepala anak kunci dengan menggunakan hujung jari telunjuk manakala disebelah kepala lagi akan disangga/pegang oleh perawat.

Sebelum melalui proses rawatan, perawat akan membaca beberapa potong ayat Al-Quran, antaranya surah Al-Fatehah dan menghadiahkannya kepada Nabi Muhammad & para sahabat juga kepada wali-wali Allah. Kemudian itu, perawat akan bertanya kepada pesakit/waris apakah soalan yang ingin diajukan sebelum menjalankan rawatan. Contoh soalan seperti " … adakah pesakit terkena ilmu sihir?" atau " …. Apakah pesakit akan sembuh?"

Selepas itu perawat dan pesakit/waris akan menyangga/memegang kepala kunci (yang diikat pada Al_Quran tadi) kira-kira separas dada (sambil duduk) menjadikan Al_Quran itu tergantung. Selepas itu perawat akan mengajukkan kembali soalan pesakit/waris tadi dan menambah " …. Jika betul berhentilah berpusing"

Selepas itu perawat kan memusingkan Al-Quran tadi dan jika Al-Quran itu berhenti berpusing, maka benarlah andaian pesakit "terkena ilmu sihir dan jika berhenti juga pada soalan kedua maka perawat akan membantu/mencuba untuk memulihkan pesakit. (Ada juga ketikanya A-Quran akan terus berpusing/tidak berhenti pada soalan yang bertentangan)

Kaedah rawatan ialah dengan memberi minum pesakit dengan air halia yang dijadikan serbuk bersama sebiji telor ayam kampung yang dikacau sehingga sebati/pekat. Pantang larang rawatan ialah pesakit tidak boleh sama sekali memakan apajua makanan yang bercili sepanjang rawatan iaitu diantara 1 hingga 2 bulan. Pesakit juga akan diberi minum air jampi dari air kolah masjid yang telah dimasukkan/rendam bersama sepotong kertas bertulisan jawi (tak sempat nak tanya ayat apa)

Kemudian itu perawat akan memberi beberapa ayat Al-Quran sebagai amalan harian dan antaranya ialah membaca Ayatul Qursi sebanyak 4000 kali (kalau tak silap) selama 44 hari dengan niat " …. Pahala bacaan ayat ini aku pulangkan kepada pembuat/penganiaya polan bt polan……. (nama pesakit).

Bila ditanya rasionalnya …. Perawat akan berhujah, antaranya " …. menggembalikan penyakit si pesakit kepada pembuat/penganiaya agar proses rawatan tidak tergangu iaitu pesakit akan sembuh tetapi akan membias kepada keluarga terdekat pesakit (anak/isteri/suami) dan selepas habis tempoh 44 hari pembuat/penganiaya akan terkena musibah atas bacaan Ayatul Qursi berkenaan.

Adakalanya pesakit (bergantung pada kes) akan diberi sehelai kertas bergambar rajah tubuh manusia siap dengan huraian disetiap susuk tubuh sebagai tangkal/pendinding. Perawat ini tidak mengenakan sebarang bayaran tententu dlam rawatannya.

Kerapkali juga saya perhatikan perawat ini dipergunakan oleh ahli-ahli politik parti pemerintah untuk kepentingan peribadi.

Soalan saya.
Apakah kewajaran cara rawatan ini didalam Islam?

*** Sorry panjang ..... nak bagi detail

*****************
thtl

Jawab:

Itulah rawatan dukun atau paranormal yg diharamkan Islam.

"Dan janganlah kamu berobat dgn perkara yg haram." "Sesungguhnya Allah tidak menjadikan perkara haram sebagai alat penyembuh." [Albani, Sisilah Hadith Sahih no 1633 dan 2881]

Rawatan Qur'an pusing ini banyak variasinya, di Malaysia, dukun menggunakan keris sakti, jika keris berpusing, bermakna benarlah ramalan dukun itu.

Jika kita mendatangi dukun begini ada dua hukum:

a. Jika semata-mata bertanya, maka hukumnya si fulan itu tidak akan diterima solatnya selama 40 hari (HR Muslim)

b. Jika dia datang bertanya dukun dan membenarkan apa yg dijelaskan oleh dukun itu, maka dia kafir (HR asyab sunan dari Abi Hurairah) Sumber: Fatwa Yaman, Fatawa Syar'iyah, syaikh Abul hasan Sulaimani alMisri. Syaikh Abd Rahman Ali, fathul Majid, 235; Syaikhul Islam Ibn Taymiyah, aljami'ul Farid, 125; KH Bey Ariffin, Bersihkan Tawhid Anda dari Noda Syirik, 92) WA

0 comments:

Post a Comment