07 June 2009

Zikir Berjemaah Lepas Solat

AbuQuds

Salam

saya ada kemusykilan tentang zikir selepas solat berjemaah, dimana biasanya iman akan berzikir secara kuat bunyinya(pakai microfon). Jadi apakah cara sebegini tidak bida'ah(berdosa).Kerana, ini sudah tentu menggangu jemaah lain yg sedang solat. Saya mohon penjelasan ustaz.

Terima Kasih

**************
al-jawhar
Panel Feqh

بسم الله، و الحمد لله، و الصلاة والسلام على رسول الله، وبعد:

Zikir secara jama’I ini adalah merupakan perkara yang diperselisihkan oleh para ulama akan hukumnya.Sebahagian ulama mengharuskan zikir jama’I dan sebahagian yang lain tidak mengharuskan.

Walaubagaimana pun , jika zikir jama’I itu dilakukan dengan menggunakan microfon yang boleh menyebabkan orang lain yang sedang solat merasa terganggu , maka amalan tersebut hendaklah ditinggalkan kerana ianya jelas dilarang dalam Islam.

Rasulullah saw pernah bersabda yang bermaksud :

“Sesungguhnya setiap orang dari kalian bermunajat kepada Tuhannya.Janganlah sebahagian dariapada kamu mengganggu sebahagian yang lain dalam melakukan amalan munajat tersebut.Jangan sebahagian daripada kamu mengangkat suara ke atas sebahagian yang lain dalam membaca Al-Quran.”

(HR Abu Daud no : 1332.Dinilai Sahih oleh Albani dalam Sahih Abu Daud no : 1183 , Sahih Al-Jami’ As-Saghir no : 2639 )

Dalam Kitab Bada’ie As-Sana’I 1 /196 disebutkan bahawa amalan berzikir sebenarnya disunnahkan dengan cara yang sederhana , bukannya dengan nada yang lantang dan kuat.Ini dapat dilihat daripada firman Allah swt dalam surah Al-A’raf ayat 55 :

ادْعُوا رَبَّكُمْ تَضَرُّعًا وَخُفْيَةً إِنَّهُ لَا يُحِبُّ الْمُعْتَدِينَ

“Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) perlahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang melampaui batas”.

WA

0 comments:

Post a Comment